Chinese New Year punye cerita

Setelah 4 hari cuti, hari ni bebudak dah sekolah. Jangan tanya kenapa, sekolah dorang lain sikit ye. Tapi memang terisi dengan aktiviti lah. Kiterang tak balik kampung sebab 4 hari memang tak cukup nak cover 2 rumah. So kite melepak je. Bermula hari Sabtu, My siblings datang rumah then kiterang keluar makan sate ramai-ramai. Terus rasa pening ada anak ramai hahaha. Bebudak ni lah lari sana-lari sini. My sis cakap pening aku , tak tahu mana satu nak tengok. nasiblah ada lagi 3 beradik yang single tolong melayan. Biasalah bebudak jumpa sepupu. Rayyan plak menjadi tumpuan orang sebab dia topless kat Satay Samuri. Dia cakap baju basah, padahal peluh. Abis makan kiterang balik layan bunga api kat tepi tingkap rumah. Memang macam nilah rutin setiap tahun, cuma tahun ni pertunjukan bunga api macam kurang. I rasa sebab tokey-tokey takde duit kot maklumlah harga barang semua dah naik kan.

safe_image

<< nak tengok bunga api click gambar>>

Pagi plak, bangun tido lepas breakfast pergi swimming. Swimming pool tu macam kitarang yang punya sebab tak de orang. Suka lah bebudak ni dapat swimming especially sikecik . pandai dah selam-selam kepala dalam air.Masa takde orang nilah boleh ajar bebudak berenang. Afrienalah terutamanya. penakut sangat. Rayyan kelakar… tanya dia papa tak swimming ke? dia jawab, no papa ipad (main ipad) pastu abang n kakak dia cakap papa lazy bone .

Antara breakfast dipagi hari, tengok apa yang dimimpi untuk di masak

boss kecik nye breakfast. telur wajib setiap pagi. mee goreng makan bertambah

tengok muka memasing kalau cakap nak pi swimming

Ni jiran depan rumah yang bagi. Memang jiran depan and sebelah depan tu akan kasi something every CNY. rapatla jugak kadang bersembang tepi pintu kiterang bertiga. cite pasal anak la apa lagi.

2 hari berturut-turut pi swimming, cuma semalam tak sbb kena stock up barang dapur.mahal betul barang sekarang. paling terkejut, pencuci pinggan sunlight yang dulu RM3.99 kadang kadang RM2.95, sekarang dah RM7.30? terpaksa pakai jenama lain. seriously, kalau pi survey barang dapur kat singapore terus rasa sakit hati. Like that day masa beli Milo Australian recipe cuma S$17, pastu nampak Australia Milo, imported nya harga baru S$21.60 kat fairprice tapi kat Village grocer yang 700g harga dah 49.99??? giler mahal. Ada yang tanya sedap ke Australian recipe milo ni? my kids love it so much sbb milky taste.

290120131273

Hari tu beli kat Cold Storage Singapore. Nutella tu cuma S$5.95 kat sini RM18 (kalau yang besar S$10.25 kat sini selalu RM29.99 paling murah nampak RM24.99), Skippy S$4.95 sini RM15-18 and the Milo. Memang la tak banyak beza n kalau drive semata ke sana nak beli barang dapur memang tak berbaloi, just nak compare harga. Kalau duduk sana dengan gaji yang S$3000 , boleh survive beli macam ni kot, tu tak termasuk perks lain . just saying. tak puas hati sorry kua..

Oh ya CNY ni, 2 kali gak lah pi pasar malam semata nak makan chicken dinasour… haih budak-budak ni. buat homework yang banyak esp Ashraff ada assignment kena pakai computer. Advance betul dorang. Dia siap cakap my hand so tired typing. hahaha takpe Ashraff practise nanti boleh update blog plak. Sekian lapuran untuk hari ni

tengah taip assignment

Note: Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham Jejai of  teratakarmo.com atau Azhar Ramli yang telah pulang ke Rahmatullah jam 3pm semalam sehari selepas hari lahir beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.