Nak kata plan gila tak juga memang tak plan pun nak Singapore. Hari jumaat tu lah before Kheirul pik kerja, I cakap kat dia
Abang…ada kenduri kahwin lah kat Singapore
Sapa kahwin? ala Siti anak cik Ani
Dia ada jemput tak?
Ada last year lagi tapi dah cakap tak leh pi sbb bebudak sekolah
pastu dia keluar bilik, pastu masuk balik…and cakap apakata Jom?
saja je kan..mana lah nak cari hotel dalam masa terdekat ni semua kan, so I contact je my cousin cakap nak pi sana, nak tumpang tido boleh… dia cakap..datang je.
masuk kereta terus suruh on TV nak tengok citer Puss In Boot
Kakak kena duduk kat belakang supaya tak bergadun dengan Rayyan
same goes to Ashraff. I plak kena flexible bila-bila diperlukan. jap dok depan, jap dok tengah, jap dok belakang yang penting Rayyan tak melalak. kena susu tempat duduk gitu. bantal kena bawak sorang satu.
So Sabtu pukul sepuluh pagi kemas baju and siap siap. Tu pun banyak barang terlupa. benda paling penting kalau travel iaitu Camera . Hahahah rasakan no camera masa kat Singapore?? dah lah terlupa bawak kain sembahyang Afriena.Ni semua gara-gara Rayyan yang mengamuk sbb dia dah tak sabar nak keluar rumah. Dia pagi-pagi dah mintak mandi, jadi bila dia siap yang dia tahu nak keluar je lah.Finally pukul 11 keluar rumah and pukul 3 dah sampai JB. lambat sikit sbb jalan jam sampai Ayer Keroh. Nama je highway..lepas bayar tol terus mengadap jam.Entah apa-apa. Sampai JB, kiterang singgah ZZ Sup Tulang for late lunch. Lepas makan terus masuk Singapore. Singgah masjid untuk solat jap , jadinya takdelah kelam kabut kat rumah orang. Ada cerita istimewa kat masjid nanti buat special entry. Lepas ke masjid terus ke rumah my cousin yang sorang lagi sbb rumah yg nak tumpang ni takde orang , sbb dorang pi majlis akad nikah. Dekat je pun. Sampai lepak minum-minum then baru kerumah yang nak tumpang tido. Bebudak nak mandi. LEpas mandi gedebak gedebuk, kiterang keluar pi makan. Bebudak dah kenyang sbb dah pekena Double Cheeseburger kat McD. Murah rega S$2.50 je. sorang satu la makan dah lah besar.Syok makan kat Long Beach..satay kambing terbaik wa cakap lu , pastu dorang order Sup tulang merah. Kiterang keluar ramai-ramai. Cousins, my auntie and anak sepupu.Habis makan, balik rumah dah pukul 12. Tido jelah semua. Sebab besok nak ke kenduri.
Nanti kita sambung ye. ada citer pasal kuda kepang.