Yearly Archives: 2012

My First Kate Spade

wink wink wink

Ini jelah yang mampu pun nak beli…Alhamdulillah. Jangan pulak kata show off ok! Sebenarnya, selama 3 minggu , I kehulu kehilir dgn purse koyak. Nak keluarkan purse bayar barang pun sogan pastu risau takut barang jatuh. I pakai pun purce cap Vincci jo..So setelahdibebelkan oleh husband…dia suruh masuk Coach , pilih satu tengok mana berkena..I masuk memang ada berkenan but satu purse RM800? Den terus takdo selero nak beli…survey harga then masuk Coach.com…lagi sogar bijik mato den.

Bila dah banyak cuci mata..terus rambang… pastu cuci mata kat Kate Spade plak..sbb nowadays ramai pakai Coach kan… tak unik plak so masuk Kate Spade. Kate Spade ada banyak kaler yang lawa. Ada yang berkenan kaler fink…tapi tukang approve kata tak lawa… dia kata nanti nampak sangat dari jauh..mengundang mata orang dok nengok..pastu cuci mata lagi..terus nampak si kuda belang tu..apa lagi… order je online. Lagipun dia ada ciri-ciri yang I nak..kecik tapi muat segala barang penting. Masa susun barang dalam purse baru, I keluarkan barang dari purse lama..mak aih banyak betul sampah..patutlah koyak…

I order hari Sabtu lepas, dapat Sabtu ni. Kira seminggu je lah. guna HSG je… Afriena dah berkenan.. hehehe

 

Online Shopping via HopShopGo

Semenjak dah bertukar kerjaya nikan..iaitu dari menjadi seorang wanita korporat kepada surirumah tangga, kerja shopping dah tak jadi kerja shopping harian. Dulu masa lunch ada je tempat tersinggah. Walaupun bukan designer’s stuff tapi ada je. Dah tu office dalam Shopping mall. First dulu kerja kat KLCC pastu kerja kat MidValley. Bayangkan setiap kali lunch ada je tempat menyinggah. Bila stress je…hahaha ada je jadi mangsa.Ye kerja I stress sbb boss ramai, plak tu boss jepun sorang yang very perfectionist, Boss Dutch yang suka-suka tukar cara kerja. Anyway itu dulu..sekarang tidak lagi. Sejak dok rumah ada anak, mana pergi kena bawak, kerja shopping dah tak best. I lebih suka shopping online. Pakai internet then lepak, pilih-pilih. Selalu benda yang I beli online adalah benda  yang susah nak jumpa kat  KL ataupun benda yang ada sale. Selalunya baju  bebudak la. Mana tak menggangu emosi kalau benda sama yang jual kat KL more then 100 but bila beli online after convert I masih lagi save 50%-70%? Dah menjadi kebiasaan..before beli something online, I survey dulu harga kat sini..saja untuk mengukuhkan lagi bukti untuk dikemukan kepada suami. hehehhe

Tapi kalau you all yang selalu online window shopping, mesti you all perasan banyak USA online store tak ship to Malaysia and ada juga yang tak nak terima Malaysia credir card..Yang bengang nya kan most of the store ship sampai Singapore je…aihh kapal terbang tak pi Malaysia ke??? So solutionnya sekarang I guna je HopShopGo. Sebab sedara-mara, adik beradik dok tanya macam mana nak guna, meh lah akak ni citer yer. Orang suruh baca je kat www.hopshopgo.com, malas kan…Senang je

Step 1

Sign Up PayPal account. Ha ada paypall account senanglah nak shopping. selamat le sikit. Nak ada PayPal, kena ada credit card or debit card. .Senang je nak sign up. Kalau ada masalah dok pahang ke gape..call je bank and paypal, nanti dorang tolong.

Step 2

Dah ada PayPal account, signup HopShopGo account plak

Step 3

Settle semua sign up…bolah lah shopping. Click je Start Shopping . HopShopGo ni ada dua cara nak guna,

  1. BuyForMe Service
  2. Buying Direct from Merchant

Selalu I guna BuyForMe Service.  So I akan citer BuyForMe Service je. Yang ni senang, kita suruh dorang beli, kita bayar kat dorang, pastu barang sampai kat alamat US kita, then kita boleh suruh dorang ship . Kalau tak nak ship lagi pun boleh…dorang boleh tolong simpan sementara kita tuggu barang lain sampai ke alamat US kita tu. Simpan selama sebulan free lebih dari tu ada charge dia. Tu yang best tu…shopping banyak-banyak kedai then shipping dalam satu packaging.

Contoh: Kak Kiah guna BuyForMe Service beli baju anak-anak kat OshKosh, pastu dia nak beli kasut anak-anak kat Ralph Lauren, pastu nak beli kasut kat ninewest.com , then nak beli hadiah kat husband kat The Tie Gallery. Jadi, Cik Kiah instruct HopShop Go untuk beli barang tu semua. Jadinya Cik Kiah kena bayar

  • harga barang dia shopping tu thru HopShopGo dan BuyForMe fee (yang ni kena bayar masa beli tu ye)
  • Bila barang dah sampai kat US address, bayar harga shipping, baru HopShopGo ship kat alamat kita kat Malaysia ni
  • Bila barang dah sampai rumah, kalau ada tax kena bayar..maka kita kena bayar ye

Tips: Beli barang, satu shipment jangan lebih dari RM500, kalau lebih kena tax

Inilah rupa BuyForMe Service.

Ha ..nampak tak yang kaler hijau (ke cyan) tu kan product name, unit price and so..yang tu kita kena isi. jadinya kalau you nak beli barang seperti dibawah, isi je tempat kosong yang berkenaan. Nak senang buka 2 page sebelah-sebelah

 

Step 4

Dah settle fill in the blank..click ADD ITEM , kalau ada barang nak beli lagi, buat langkah yang sama sampai habis dah barang nak beli then click CHECKOUT. Lepas Click tu.. click je continue lepas you all pilih option tertentu. Bila dah nak bayar, dia akan suruh kita login ke PayPal then bayarlah.BuyForMe service fee adalah sebanyak 10% dari harga total barang yang kita beli . Jadinya

contoh

Summary of charges

Value of order $9.95
BuyForMe fee (10%) $1.00
Sub total $10.95
Faham tak? Jangan risau setiap kali beli, complete step, you all akan dapat email dari HopShopGo. Dah settle beli barang, kita tunggu je berita dari HopShopGo. dalam 3 jam hingga ke 2hari akan email mengatakan.HSG dah belikan kita barang , dia akan mention EDD barang dari online store yang kita beli tu samapai bila kat US address kita. Bila barang dah sampai, kita boleh decide nak simpan dulu untuk tuggu barang lain dulu ke tak or nak ship je.
Step 5
Bila dah nak ship, so click je Click Ready to Ship dan sekali lagi kena bayar. So login to PayPal account lagi sekali, then bayar la kita. Pastu akan dapat email dar HSG dan paypal (juga SMS) mengatakan kita buat bayaran sekian sekian.So bila dah  settle, barang ready to ship dan once shipment dah buat, akan dapat email mengenai shipment details and EDD again.
contoh email

Step 6

So sekarang kita tunggu je lah barang kita sampai ye.

Untuk Buying Direct from Merchant tu kan, once you dah paham Buy For Me service tu…yang ni pun akan paham. Sorrylah kalau penerangan ni buat you all tak baper paham..tapi mintak-mintaklah you all paham sebab step dia senang je.

Below shipping rate dia

Description Express Standard
First 0.5kg US$ 24.90 US$ 20.75
Every additional 0.5kg US$ 3.90 US$ 3.25
Speed of Delivery (business days) 3 – 5 6 – 8

 

 

 

contoh untuk senang paham

Example:

Faham tak? senang kan?
Tak faham? nak lagi senang… suruh je I shoppingkan.
You all kasi details, …Bayar 50% dulu, ngeh ngeh..
 I charge 10% dari total harga barang tu. Kang barang sampai Malaysia..pandai-pandai kita set time jumpa or pos.
Sekian…saya nak pi masak breakfast.
Note: Ini bukan Sponsored post ye…kang ada plak yang yg tanya. ni sbb nak terangkan pada adik badik macam mana nak guna HSG.

Pizza Tanpa Yis

Tak pernah pernah I buat pizza tak pakai yeast. Nak jadi cerita nya, Ashraff suruh buat pizza untuk breakfast, bangun pagi..tengok kat stor makanan, aik mana ada yis? dah lama dah takde yis kat rumah. So apa lagi kita google la…Free yis pizza. Jumpa la blog mat saleh mana ntah…dia buat pizza untuk bakal mak mertua dia tak guna yis sbb mak mertua dia alergik yis. Rupanya buat pizza tak pakai yis lagi senang and for me lagi sedap. It’s more like thin crust pizza. I suka breakfast pizza. as simple as that.  Yang penting ada cheese. Untuk breakfast pizza, you all boleh nak letak apa pun asalkan berselera. I buat 2 biji pizza. For kids… ada slice of sausage, baked bead, onion, tomato sauce ,cheese and egg. Sorry no picture sbb masak je dorang ngap. And for me (sebab I tak suka telur kuning , so I buat baked bean and cheese je.  Resepi pizza tan yis adalah seperti berikut. Untuk rasa yang lebih sedap, I tambah oregano dan bawang putih dalam doh. Nak buat kat pizza biasa pun boleh. INGREDIENT

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil
  • 1 sudu kecil bawang putih yang dicincang
  • 1/2 sudu kecil oregano
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3/4 cawan air

Method

  • Satukan semua bahan kering, gaul rata
  • masukkan minyak gaul rata
  • lepas tu, baru masukkan air dan uli
  • Uli sampai doh tak melekat kat tangan dan bekas doh
  • Bila dah siapkan uli, panaskan oven, siapkan topping and boleh bakar untuk 15-20 pada suhu 180

Ini rupa breakfast pizza..topping cheese n baked bean

Note: pizza tu tak tak canaikan dia pun…just tekan tekan pakai tangan . masa bakai drizzle sikit olive oil. Bau dia memang menggoda. garlic olive oil  and oregano… perfect!!!