Yearly Archives: 2012

Baked Macaroni.. nak resepi tak?

 

Baru 2 hari sekolah dah buka. Idea nak masak takde. susahnya  kalau kehabisan idea nak masak. Nak masak apa ni? Nasi? nanti tak laku . bebudak ni tak nak makan. Kalau suap laju lah. Tapi takkan asala makan nasi je kena suap?? So, lepak-lepak pikir-pikir akhirnya, I buat makaroni bakar je lah. Senang. Rebus makaroni, buat sos daging, buat bechamel sos. Kali ni bechamel sos, I letak pinch of nutmeg. Rasa lagi lemak.

 

Ini lah rupa yang belum dibakar. I buat siap, siap simpan dulu kasi dia rest sebab budak-budak sampai rumah  pukul 6.30 kan, so elok dorang sampai, I pop in the makaroni dalam oven. So nanti masak boleh makan panas-panas. Dorang kalau nampak makanan macam ni, sukalah. I love you mama. Makan pun banyak. Masak sebekas ni, cukup 3 beradik makan.Memang senang nak kasi dorang kenyang.Ingatkan boleh simpan sikit untuk esok…hahah yelah dorang dah membesar makan pun banyak. Alasan, makan banyak sebab nak tinggi.

Ini rupa yang dah masak dan dipotong. I buat with less cheese. Rayyan makan bertambah. Macam orang tua punya portion dia makan. Ashraff and Afriena tak yah cakap memang suka sangat makanan ada keju, berlemak macam ni. Yang kaler hijau tu parsley. I tabur before nak bakar.

You all nak resepi ke?

INGREDIENT

  • 1/2 pack of makaroni
  • 300g daging kisar
  • 1 tin tomato kisar/diced
  • 10 biji cherry tomato – potong 4
  • 1/2 biji capsicum
  • 1 biji besar bawang kuning – dadu
  • 2 ulas bawang putih -dadu halus
  • 1 sudu kecil rempah bolognese – oregano, daun parsli,bay leave
  • 3 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 gelas susu segar
  • 100g mozarella cheese yang telah diparut
  • 2 sudu minyak zaitun/jagung
  • sedikit air
  • garam dan lada hitam

METHOD

Sos Daging

  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang besar
  • masak sehingga layu
  • selepas itu masukkan daging kisar, kacau sehingga masak
  • tambahkan tomato kisar , rempah dan sedikit air
  • rasakan dengan garam dan gula, letak tomato ceri dan capsicum
  • bila masak tutupkan api

Sos Putih

  • Cairkan mentega
  • masukan gandum, masak sehingga sedikit berbuih
  • selepas itu, masukkan susu segar, masak sehingga sedikit pekat di atas api yang kecil
  • letak secubit garam dan serbuk buah pala
  • bila pekat tutup api, masukkan sedikit keju

Cara melapis:

  • Lapis secara alternate  pasta, meat sauce, sos putih, pasta, meat sauce, sos putih.
  • Pastikan sos putih adalah yang paling atas.
  • Lepas tu taburkan cheese mozzarella atas sekali.
  • Bakar selama 25 minut atau sehingga perang keemasan

Note: boleh juga tabur cheese dalam setiap lapisan

 

 

KLEENEX HULURKAN BANTUAN PADA HARI PEMBERSIHAN TANGAN SEDUNIA

Sempena *Hari Kebersihan Tangan Sedunia, Kleenex® akan mengingatkan keluarga Malaysia tentang kepentingan  menjaga kebersihan tangan mereka melalui pendidikan, aktiviti dan pada masa yang sama memperkenalkan Tisu Lembab Pembersih  Tangan Nyahkuman multipek Kleenex® bertemakan Disney!

Begitu juga dengan saya, Semenjak dah ada anak ni, kesedaran untuk menjadi lebih bersih sangat menjadi-jadi. Yelah sapa nak anak-anak kita kotor lebih-lebih lagi tangan. Bila tangan kotor, mula lah merebak ke seluruh tubuh badan.Sebab tulah I memang menyediakan Wipes. Sememangnya digalakkan cuci dengan air, tapi kadang-kadang situasi dalam kereta ke takde air, wipes always helping.

Memang akan ada je wipes,

dalam beg,

dalam kereta,

dalam beg sekolah dan dalam bilik. Memang tersedia.

Anak saya 3 orang sangat suka mewarna. masa cuti hari tuh, kiterang buat projek mewarna. Konsep mewarna “MESSY”. Kita pakai pangkal sayur sawi, celup dalam warna dan stamp atas kertas. Selain tu, ada juga apakai tangan.

Biasalah kalau ahli seni yang comel menggunakan warna, habis comot tangan dan meja. Jadi Kleenex wipe adalah yang terbaik. Itu yang kita nampak yang kita tak nampak?

I adalah seorang yang sangat penggeli. So kalau nak pergi toilet awam, sangatlah susah.

Same thing to Afriena. Dia mesti nak bawak wipes sebab nak lap seat kat toilet, nak lap kepala paip… pelik kan Afriena. So kleenex is the best sebab Kleenex adalah tisu pembersih tangan nyah kuman atau Hand Sanitising Moist wipes yang boleh membunuh 99.9% kuman, bacteria dan flu virus.

Selain kat toilet, kuman juga boleh didapati di

  • Alat kawalan jauh TV
  • Telefon
  • Butang lif
  • Troli membeli belah
  • Eskalator
  • Papan kekunci komputer
  • Wang

eeiii seramnya. Nasib baik I bawak wipes. Semua main lap je.

Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® bertemakan Disney (dalam bungkusan tiga pek) berharga RM6.90.  Hanya didapati untuk masa terhad, Kleenex® juga memberikan buku aktiviti dan botol minuman kanak-kanak yang menarik untuk setiap pembelian.

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang produk dan cara mengekalkan kebersihan tangan kita, sertai perbincangan dan aktiviti  menarik dan jadilah peminat pergerakan perkongsian Kleenex  Malaysia di http://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia, atau hubungi  Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari 9 pagi ke 5 petang.

 

 

Are we showing off???

Apa kes tajuk macam ni???? kang tak pasal-pasal jadi isu terhangat plak??? kot kot la you all tanya. Tadak aiih   ni saja nak kasi gempak. Tapi nak jugak tanya rakan-rakan pembaca sekalian. Adakah entry-entry di sawanila.com berbaur “showing off”? Kalau betul sila beri tunjuk ajar. Saja je kan nak kasi propa kan.

Bukan apa kita bukan sempurna. mana tau kot kot I tulis…cerita pasal itu ini, tunjuk barang itu ini dirasakan menunjuk-nunjuk?

Adakah anda rasa nukilan saya ini begitu “annoying”?

Adakah anda rasa bla anak-anak saya hanya “speaking English” begitu macam bagus?

Adakah anda rasa setiap nukilan saya menyindir orang lain?

Mungkin pada anda saya pendiam , tidak membalas segala sindiran anda fikir saya penakut ?

Adakah anda rasa setiap nukilan ini berbaur macam bagus?

Dah dah lah tu kawan-kawan sekalian…. mungkin anda tersalah anggap dengan apa yang saya tulis. Anak-anak saya speaking English bukan sebab nak menunjuk, tapi saya hanya mengajar dan mendidik. Dunia mereka nanti luas untuk diterokai  dan disaingi. Bukan setakat English, They speak chinese and they knows arabic.Apa yang saya tulis, banyak menarik minat ibu-ibu lain. Ramai yang bertanya itu ini. Jangan cepat bersangka buruk.

Mungkin anda tersalah anggap bila saya menulis, anda terasa saya menyindir?  bukan apa yang saya tulis kadang-kadang untuk memberi peringatan pada diri sendiri. Saya cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik . Mungkin anda yang termakan cili

Adakah tulisan saya annoying? maybe you think so, masing-masing lah mentafsirkan. Apa yang ditulis, di tunjuk bukan untuk show off, kadang-kadang kita ingin berkongsi. lagipun bukan kah ini blog saya? suka hati aku lah…Kalau tak suka baca , sila lah get out. Ni tidak, kejap-kejap datang mengintai pastu buat bahan mengumpat or kutuk-kutuk dalam blog. Apa yang orang tulis, dia buat bahan sindir -sindir.Malas nak layan orang macam ni, kang ngan kita sekali jadi bangang.

heheheh macam skema plak tulis macam ni. Apa pendapat you all?

Oh ya you all tengok Rayyan ni…sekarang kalau makan kat luar kiterang dah kena order untuk dia sebab dia tak leh nak share dengan sesapa. makan banyak. Ni masa makan kat Chilis last 2 weeks kot.

Kena order 1 pinggan Mac and Cheese untuk dia. Habis tu dia makan . dengan bantuan abang and kakak dia sesikit.So sekarang kalau pi makan cari meja for 5 person. No baby chair dah. Dia cakap NO!!!!!!!!!!