Yearly Archives: 2012

Kampung Boy

Lepas bersuka ria kat kampung…ye bersuka ria Ashraff la… punyalah excited jadi jadi budak kampung. Tau dia buat apa? Dia join me and my sis, sapu daun kering, Yang paling excited , tolong bakar sampah..semua daun pi kutip pastu campak dalam api. terjerit-jerit mama dia takut kena api. Hahaha padahal mama dia masa kecik lagi la bukan setakat main api, kena api pun pernah. Sambil tolong bakar sampah, dia tolong Tok Abah dia kutip buah langsat. Atok dia panjat, dia tunggu kat bawah. Lepas tu, pergi angkut sampah..pergi check buah mangga, kejar ayam…ni masa raya ni.

Pastu dok sibuk ajak pakcik dia tengok buah manggis. Kesian budak bandar, pokok manggis pun tak kenal. Nampak lah dia buah manggis atas pokok siap goncang lagi konon suruh buah jatuh lah. tu kerja dia dengan Afriena la tu…haish jangan ular yang jatuh sudahlah. No wonder dia dok bising dok tanya bila nak balik kampung, rupanya ada kerja. Ni dok tanya lagi bila plak nak balik kampung. My sis tanya..Ashraff tak nak ke amik gambar tengah bakar sampah…hahaha tak kuasa lah nak ngambik gambar….

 

 

Resepi Sup Lidah

INGREDIENT

  • 500g lidah lembu – direbus hingga empuk dan dihiris halus
  • rempah 4 serangkai – kulit kayu manis (2), bunga lawang (2), buah pelaga (4) dan bunga cengkih(2)
  • 1 sudu besar rempah sup adabi
  • 5 biji bawang merah – tumbuk
  • 2 biji bawang putih -tumbuk
  • 2 inci halia – tumbuk
  • semangkuk kecil bawang goreng
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • 500ml air – ikut suka nak kuah lebih lebihlah air
  • minyak untuk menumis

METHOD

  • panaskan minyak dan tumis rempah 4 serangkai
  • lepas tu, masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau
  • bila dah naik bau masukkan air dan rempah sup , biarkan hingga mendidih
  • bila dah mendidih, masukkan lidah lembu, bawang goreng dan daun sup serta daun bawang yang telah dihiris (guna separuh je)
  • masak sehingga mendidih dan rasakan garam dan ada hitam
  • Sedia untuk dihidangkan dengan dengan nasi panas atau roti. Jangan lupa tabur bawang goreng , daun sup dan daun bawang serta perah asam limau.

 

Raya Sakan KL-KB-KL SG

Seriuosly…tahun ni raya sakan. mana tak nya dalam seminggu , travel je kerja. From Friday night,  kiterang start travelling to Kelantan. Lalu Kuantan-Terengganu terus ke Kelantan. Raya ke tiga, Balik KL, singgah rumah sendiri, cuci baju, tido bangun esok pagi bertolak ke Johor plak. Dah kalau dah ke Johor haruslah ke Singapura.

Malam raya tu, I dah busy dah. Busy dok prepare untuk masak pagi esok. Malam tu bkend apa yang patut, tumis tumis, masak beriani ayam, goreng ayam untuk ayam masak merah …ni semua dengan bantuan Sidah le off course. Buat teman bersembang walhal rasa penat yang amat sebab tak cukup tido. Dah settle semua, pagi lagi dah bangun, masak. Kali ni pepagi dah masak nasi beriyani. Masak seperiuk besar gak sebab ramai gak yang datang and makan. Ayam masak merah pun habis and my mom buat acar dengan kari ayam lagi. Selain dari tu adalagi juadah lain. Ada ketupat pulut kesukaan ramai. Rayyan saja boleh makan 5 biji. Kalah rekod Afriena yang makan 4 biji. Ketupat ni special sebab kaler purple (campur dgn pulut hitam). Tapi yang kelakar, bila pergi rumah orang dia nak makan ketupat tengok ketupat kaler putih nangis tak puas hati. Raya pertama lepas masak, berjalan ke rumah sedara mara sampai ke petang. Ada gak pi jalan rumah orang tapi takde orang, pi berjalan ada orang tapi tak nak bukak pintu sbb ralit tengok TV (takpe, saya anggap dia tak dengar bila orang kasi salam)

Raya ketiga pagi dah bertolak ke KL sbb taknak sibuk dengan traffic jam… sampai KL terus pi beraya ke rumah SIL sbb nak jumpa MIL. MAkan-makan-, bersembang, dengar cite MIL, pukul 10 baru sampai rumah. Suruh bebudak tido lagipun memasing excited nak pergi Singapore. Yang dorang excited tu sbb nak pergi USS. Ye kiterang ke USS  on Thursday. Kids are so happy. Tanya dorang apa yang best? Best sebab dapat tengok and feel the transformer. Ashraff macam biasa enjoy the roller coaster.

Kalau dah kat singapore, sudah tentu lah kami tak lupa nak singgah ke Beach Road sebab nak makan Sup tulang merah  heheheh. And kids as usual, nak Mc Donalds. Mc DOnalds kat Singapore murah lah…ok please don’t convert sebab gaji cleaner kat sana $S900 and gaji cleaner kat Malaysia RM700-900. Kat sana GCB is only $S5.50 and the size is double lengkap dengan salad and tomato.

Inilah rupa GCB singapore, tapi kat sana panggil teppanyaki burger or Mc Grill. Rasa sama but besar. Memang 2 GCB Malaysia = 1 GCB singapore .

rupa dia macam ni….

Oklah nanti kita sambung siap dengan gambar.