Yearly Archives: 2012

Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Zina

Panas…Panas.Panas

Apa yang panas? tajuk posting nilah.

Actually I nak share, satu buku yang I sedang baca. Buku ni I beli kat Borders.Harga dia RM16. Masa tengok buku ni first time…pehhh tajuk. Ingatkan novel, beleknye belek…buku agama yang fokus pada akhlak.

I know, semua kawan-kawan kat sini pandang serius pasal kes buang bayi, rogol, sumbang mahram and tah apa-apa lagi… Pening kepala kita pikirkan semua ni lebih-lebih lagi kita yang ada anak yang makin membesar.

Salah satu sebab yang I beli buku ni, dia ada guide macam mana nak didik anak dengan cara yang betul dalam menangani isu isu seks. Semuanya bermula dari rumah seawal umur 0 tahun. Cara pergaulan, cara jaga mata dan banyak lagi. Isu pasal seks bebas kalangan remaja… ada yang cadangkan pendidikan seks, tapi sebenarnya, pendidikan seks sekular ni bukan membantu membanteraskan zina, ia cuma mengajar melakukan secara selamat, jadi buku ni bagus sebenarnya, sebab dia ada panduan mengenai pendidikan seks yang sepatutnya kita ajar kat anak-anak kita. Pendidikan seks yang sebenar bukan ajar cara pakai kondom and all that, Ia mengajar cara mendidik anak-anak untuk tidak masuk bilik ibubaba pada masa tertentu, tahu malu, pisahkan tempat tidur dan hormat privasi masing-masing. Baguskan? sesuai dgn agama kita yang bukan mengongkong tapi memberi panduan.

Pada yang ada anak-anak, saya syorkan beli buku ni. Bagus untuk pendidikan seks dirumah. Jaga dan didik anak bukan sahaja setakat beri makan, beli baju lawa,hantar pi sekolah ajar fardu ain, tapi juga membentuk akhlak mereka dengan baik. Bila baca buku ni..macam eh banyaknya aku buat silap dalam mendidik anak-anak!

I belum habis baca lagi ni..sebab asal baca je, Rayyan tarik buku nak baca sekali, asal baca je..tersengguk ngantuk..(heheheh itu sifat semulajadi saya kalau membaca). Insya’ Allah bila habis I share intipati dia ok?

Currently Read :Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Zina

Happy 7th Birthday Afriena

Hari ni birthday Afrena plak.Dah 7 tahun dah siputeri yang manja mengada. sikit- sikit nangis. sikit sikit nangis. Sampai Ustazah Qiraati pun komplen. Ustazah marah orang lain dia yang tolong nangiskan. Haih pening kepala saya puan. Ustazah…. ustazah buat tak tahu jer. Dia memang manja. Mungkin sebab lama jadi anak bongsu kot.

Afriena ni, kalau datang dia malas macam macam alasanla dia bagi. Last Friday ada exam math. Dia suka math cuma dia cepat boring. Tanya dia how’s your math exam.

Sambil buat suara dah nak nangis…

” mama…. I don’t like exam, So many question to answer. My hand so sleepy.

Adehhh… pemalas kan

ni Afriena masa baru lahir. 7 years ago. Paling senang nak beranak sampai kena tahan-tahan dulu sbb kena doktor sampai. Doktor tak sempat pakai apron dia pun keluar.Patut keluar lagi 2 minggu tup tup 10 Ramadhan dia pun keluar. Pastu bermulalah kehidupan yang sangat tough.

Ni plak Afriena masa umur 2 bulan lebih. kena masuk hospital, sebab lung infection. Kecik-kecik dah kena Xray sebab paru-paru dia bengkak. Duduklah berhari kat situ, dengan berwayar bagai.Lepas tu umur 3 tahun lebih masuk hospital lagi sebab Athsma plak.

ANW, Happy birthday Afriena. Sempena birthday Afriena, nanti dia akan tidur bilik sendiri sorang sorang. No more room sharing with Ashraff sebab Rayyan akan join Ashraff.No more manja mengada.