Yearly Archives: 2012

Is your face sun-protected?

My kids memang suka outdoor activity. Name it, beach, waterfall, playground, kalau balik kampung..kat belakang rumah tu pun dorang explore kejar-kejar ayam. So , as a mum haruslah saya membontoti mereka kemana jua. I sebenarnya bukan nak cerita aktiviti anak, tapi pasal perlindungan kulit. Sebab selalu sangat berada diluar, secara langsungnya, kulit muka terdedah kepada sinaran UVA. sinar UV bloeh menembusi kaca dan memantul dari permukaan seperti tingkap, air mahupun pasir.

Kalau macam ni…memang kena pakai Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50

Sinar UVA dari matahari yang menembusi kulit dan mempercepatkan proses penuaan serta sinar UVB yang mengakibatkan kulit menjadi gelap dan terbakar bergabung dan merosakkan struktur kulit anda, menjadikan ia pudar dan kurang anjal. Setelah beberapa tahun, kerosakan akibat kesan matahari menjadi lebih ketara dalam bentuk kedutan teruk di sekeliling mata dan mulut, dan juga pigmentasi tidak serata yang muncul dalam bentuk bintik-bintik penuaan.

Mesti you all perasan kan orang yang selalu kerja tengah panas, selalu berpanas ada bintik-bintik kat muka.  Tu pasal la kita kena pakai Sunblock . Bukan saja tangan, kaki atau bahagian lain..bahagian muka pun kena amik kira. Untuk muka apa kata kita guna Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 

Esok saya genap berumur 34 tahun. Dah bertambah nombor dan bertambahlah tips perlindungan kulit muka. Taknak lah I muka ada bintik -bintik gelap, pigmentasi and kedut-kedut sebelum waktunya.Now , I guna Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 . Oleh kerana I memang selalu keluar rumah amik anak pergi balik sekolah jadi memang lah sangat terdedah dengan Sinar UVA dari matahari.Jadinya, 20 minit sebelum keluar rumah, I dah sapu sesiap Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 kat muka.

Sapu Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 20 minit sebelum keluar rumah :)

Mesti ada yang tertanya…eh  tak takut ke simply letak cream kat muka? kang naik jerawat ke, rashes ke kan ?

Jangan risau sayang…sebab Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50  dirumus untuk penggunaan harian yang ringan dan berpanjangan, serta diperkaya dengan pati tumbuhan dari asam jawa, kapas dan stevia. Diuji secara hipoallergenik dan dermatologi, produk Banana Boat lulus Ujian Sinaran Matahari dan mempunyai perlindungan Sun-Proven® terhadap sinar matahari

Sapu je kat muka. 

Selain itu, Teknologi AvoTriplex® Banana Boat menggabungkan:

  • Avobenzone, penyerap yang berkesan terhadap sinar UVA yang mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit. Sinar UVA menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk menyebabkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit
  • Penyerap UVB untuk melindungi dari kesan terbakar cahaya matahari. Tanpa perlindungan yang mencukupi, sinar UVB akan menembusi lapisan epidermis kulit, menyebabkan ia mudah terbakar bergantung kepada jenis kulit anda.
  • Ejen penstabilan sinar suria yang mengekalkan perlindungan berpanjangan dari pancaran matahari dan tidak mudah cair.
Actually…I sapu gak kat budak-budak sebab dorang lagi banyak terdedah dengan sinar matahari. Lebih-lebih lagi Rayyan, pantang nampak kawasan luas, mesti nak berlari sana sini.
Masa kiterang bercuti ke Krabi, memang berbekalkan sunblock jugak. Harusla kan.
 Kalau ini macam budak suka main tengah panas…memang kena sapu Suncreen cream. Satu badan …

Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 boleh didapati dalam bentuk losen 60ml pada harga RM32.90 dan terdapat di semua rangkaian farmasi, kedai runcit dan pasaraya.

KEJAPPPPPPPPPPPPPP….. I ada satu lagi Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 yang tak digunakan. Ada sapa-sapa nak? Kalau sapa nak boleh email saya. Free ni  nak kasi. First come First serve tau

 

It’s time

Yeah  it’s time for them for room separation. Next Year Ashraff dah nak masuk 9 tahun. Memang kena pisahkan tidur asing dia n Afriena. SO sekarang ni sibuk dok buat bilik tido untuk bebudak.Jadinya every weekend rumah mesti sepah. Ada rombakan itu ini, cat sana sini, survey barang. Nanti dah siap kita share kat sini mana tau kot kot dapat memberi inspirasi.

Plan kiterang is.. Afriena dok satu bilik sorang which her idea is , pink room with some purple, flower lamp, and girlie things. heheheh tak dapat imagine idea dia. Tapi idea bebudak ni patut diambil kira.

Ashraff plak..memula dia nak bilik kaler merah..I said no no no, sakit mata kalau bilik tido merah, nanti terganggu otak.So he said..ok blue la or green. So kita slowlylah..buat Sebab Ashraff will be sharing bilik with Rayyan. Kita plan to have play area for Rayyan. Insya’ Allh . tu semua kena tengok budget. Sebab Rayyan dah besar kena tidur sendiri no more dengan mama. Dah lah tidur ganas. Hari hari kena side kick, chopping kick segala macam kick tu tak kira dgn back hand. Kiterang ni macam menumpang dikatil sendir tau. sob sob sob.

Ni bilik lama Ashraff n Afriena..soon tukar jadi lain.

Ben’s General Food Store

Last weekend kan… kan kan…kita kan makan kan dekat kan Ben’s . Hehehe ngada je cakap camtu. Kan last birthday Ashraff and Afriena, so kiterang celebrate sekali je. Yours truly pun sama yo. Sebab triple celebration, so kita cari tempat mahal. hahaha. sian suami. sekali sekala kan sayang. Actually tak tahu nak makan kat mana. Ikutkan nafsu I, I nak makan nasi, gulai kawah and budu, tapi harus tanya birthday kids. Rayyan? Rayyan tak kisah janji ada makanan. So kiterang ke Bangsar Village. Rindu Bangsar village. Tempat lepak n membeli barang dapur masa dok kat Seputeh dulu. :) So kiterang check the signboard, cari food n restaurant. Tengok ada BEn’s and tak pernah try… so apa kata kita kesini?

Sampai je… masuk terus order almaklum udah kelaparan.  Tengok apa yang kita order

This is Roasted Cod Fish with pineapple. Salad ni actually datang sekali dengan Mushroom lasagna Ashraff. Sedap sangat. Rasa fusion plak. cod fish ada nenas, tomato and cucumber, pastu ada hint of coriender leaf and yang sos putih tu is coconut cream. Meang refreshing.And amazingly, budak-budak suka especially Rayyan. Disebabkan salad kita boleh pilih so I chose yang paling mahal. muah muah muah… harga dia RM13.90. Kita share ramai-ramai sementara tunggu our food sampai.

This is mine… nama dia Loin Lamb. Dia serve dengan mashed potato and salad yang semua orang dok diggin’ my mashed potato. sedap. I rasa macam dia letak sikit thymes dalam mashed potato. Salad? sedap. penuh mangkuk and I finished all. The loin lamb…tell ya… gila sedap. Masa dia bawak I tengok..alahai sikitnya…but memang cukup untuk perut ku and share with others. Apa yang boleh saya cakap… lamb ni, sedap, tender and juicy. Masa potong and your first bite dapat rasa juice dia tersembur dalam mulut.Memang sedap and next time kalau nak pergi lagi, I nak order 300g. Yang ni 200g. 100g dia charged RM18. Incase sapa-sapa nak pi… I recommend this.

Yang ni Kheirul punya. BBQ Ribs. I think harga dia RM60. Masa mula-mula sampai I tengok..alamak sikitnya.. cukup ke ni? Sebab I ingat ribs dia sekali ngan tulang macam kita makan kat tempat lain kan… but this one memang daging semata. Kheirul cakap, this is the best ribs I ever had, sebab BBQ sauce dia memang terbaik sedap, daging dia still juicy, tender and cukup rasa.Lagi best dari CHilis or Bubba Gump.Kena plak dgn Mashed potato and Coleslaw.

TEngoklah boleh siat macam tu je… Tengok benda ni..memang meleleh air liur. Serius sedap.

Yang ni Mushroom Lasagna, RM23.9. Ashraff punya. Dia nipantang kalau baca menu, takleh nampak lasagna..kalau ada mesti dia nak order. Cuma this time, dia kata nak makan mushroom lasagna. Told him, kalau amik yang ni takde meat tau. He said..I know. So Lasagna ni very rich with cheese and mushroom. I dapat rasa sikit. Walaupun dia rich and ungkin muak  tapi dia ada pesto untuk balancedkan. Sedap..rasa macam nak buat mushroom lasagna.

Yang ni plak… Mac n cheese  Afriena. Sama macam Ashraff takleh nampak Mac n Cheese dalam menu. Paling lambat sampai sebab dia kena bakar dulukan. Sedap, sangat rich memang cukup makan walaupun order side order size. RM10.90, sampaikan Afriena kena cover Mac n Cheese dia sebab Rayyan asyik mintak je. Kita tak order pun untuk Rayyan sebab memang dah tau perangai dia. Dia suka test semua makanan orang.Jadinya dialah yang paling banyak makan. Lepas makan tu.. memang kena pergi supermarket beli Macaroni n Cheese untuk masak for dinner.

Inilah hasilnya.. kalau bawak makan kat restaurant macam ni, memang tak rugi. Overall..Memang best makan sini..semua makanan sedap and servis adalah terbaik.

Thank you Papa for the treat :) Semoga papa sentiasa dimurahkan rezeki ye ..