Adakah anda suka berahsia? I rasa la kan, setiap orang mesti ada rahsia. Tak kisah lah rahsia tu rahsia yang baik atau yang tak baik.Sebenarnya I ada masuk satu website, MSN parenting page. Dorang ada buat survey , tajuk dia “Mom’s Secret”.
Ha ni dia punya page
Click gambar diatas yea untuk ker survey tu
Survey dia ada 10 soalan dan soalan dia semua menarik. Subjektif plak sebab dia tanya rahsia. I dah buat survey dia dan dalam 10 soalan tukan 2 soalan ni menarik perhatian plak sebab I terasa babe! Heheheh nak tahu apa soalan yang buat I terasa?
Adakah anda berahsia bahawa anda mempunyai seorang anak yang lebih disayangi berbanding yang lain?
I berahsia? Tak takde takde takde… tapikan bila I renungkan balik time time nak tido I piker balik, aku ni layan anak-anak aku adil tak? Ke aku berat sebelah. Yelah I ada 3 anak. 2 orang anak yang macam sebaya sebab dorang beza setahun je dan dah sekolah. Bila tengok dorang tidur, rasa sedih je sebab dalam satu hari mesti I bebel kat dorang , marah dorang. Ye lah time buat homework, main-main pastu gaduh, kacau Rayyan, Selalu je bila marah dorang cakap
mama, you said love me, but why did you scold me?
Pastu I jawab, I scolded you because I love you and I don’t want you to be naughty..
No no no if you love me , you cannot scold, you must hug me
Olololo sian je bunyi . Mungkin sebab I selalu peluk Rayyan kot kalau dia nakal. Sebab kalau marah dia tak makan saman, lagi dia buat ada lah. Dah macam berteki-teki, I ni lebihkan Rayyan ke? Rasanya semua dilayan dengan adil cuma cara layanan berbeza mengikut umur dan jantina. You all ada terfikir macam I tak ?
Adakah secara rahsia anda telah membantu anak anda untuk ‘menipu’ dengan menyiapkan kerja rumahnya supaya dia nampak pintar di sekolah?
Hahahahah yang ni I tergelak kat depan komputer, sebab I selalu buat. Bukan nak tolong dorang menipu ni terpaksa tolong dorang dengan homework dorang yang banyak. Banyak gila homework, Homework sekolah agama dengan homework sekolah Cina.Satu hari home mesti ada 3- 5 homework. Kalau tanya Ashraff atau Afriena,
How many homework today?
5 homework, 2 agama school, 3 chinese school.
Kesian tau, pukul 6.30 sampai rumah, nak mandi, solat, main game (itu mesti ada untuk release tension), makan. So 8.30 baru boleh buat homework. 10.30 dah nak tidur. Terpaksalah I tolong tuliskan sekali especially bab menyalin perkataan. Tiba-tiba je I jadi seorang yang multilanguage. Boleh tulis jawi/arab dan cina. Ashraff buat homework cepat so no problem,cuma kalau menyalin banyak sangat kena la tolong ataupun bila dia mintak tolong translate bahasa cina. TAPI Afriena… memang I kena mintak doa mintak banyakkan bersabar, sebab dia buat homework sangat slow. Macam-macam alasan dia.
Afriena cepatlah siap homework…
I can’t.. my hand so sleepy tak pun my bone is rosak…
Hand sleepy? Bone rosak?? Memang macam-macam hal. Pastu dia buat-buat pengsan lah.. nak tak nak kena tolong kalau tak nanti esok kena marah ngan cikgu. Sapa yang malu? dia jugak. Cikgu pun selalu komplen,
Afriena ni ada sedikit malas…. Dia tulis slow je.. Ye cikgu saya tau dia memang macam tu.
Jadinye memang I terpaksa tolong anak-anak dengan homework, bukan sebab nak dorang nampak pandai tapi taknak buat dorang malu kena marah yang mungkin buat dorang hilang minat nak belajar plak.Kalau you all, you all fikir macam I jugak tak? Tapi I takdelah tolong setiap hari, kadang-kadang je , kang kalau selalu naik lemak plak dorang.
So nanti you all pergila ke MSN Parenting Page ni buat survey, sebab kadang-kadang buat survey macam ni macam boleh meluahkan perasan plak.
Best gak website ni sebab banyak info boleh dapat pasal parenting.