Is your face sun-protected?

My kids memang suka outdoor activity. Name it, beach, waterfall, playground, kalau balik kampung..kat belakang rumah tu pun dorang explore kejar-kejar ayam. So , as a mum haruslah saya membontoti mereka kemana jua. I sebenarnya bukan nak cerita aktiviti anak, tapi pasal perlindungan kulit. Sebab selalu sangat berada diluar, secara langsungnya, kulit muka terdedah kepada sinaran UVA. sinar UV bloeh menembusi kaca dan memantul dari permukaan seperti tingkap, air mahupun pasir.

Kalau macam ni…memang kena pakai Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50

Sinar UVA dari matahari yang menembusi kulit dan mempercepatkan proses penuaan serta sinar UVB yang mengakibatkan kulit menjadi gelap dan terbakar bergabung dan merosakkan struktur kulit anda, menjadikan ia pudar dan kurang anjal. Setelah beberapa tahun, kerosakan akibat kesan matahari menjadi lebih ketara dalam bentuk kedutan teruk di sekeliling mata dan mulut, dan juga pigmentasi tidak serata yang muncul dalam bentuk bintik-bintik penuaan.

Mesti you all perasan kan orang yang selalu kerja tengah panas, selalu berpanas ada bintik-bintik kat muka.  Tu pasal la kita kena pakai Sunblock . Bukan saja tangan, kaki atau bahagian lain..bahagian muka pun kena amik kira. Untuk muka apa kata kita guna Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 

Esok saya genap berumur 34 tahun. Dah bertambah nombor dan bertambahlah tips perlindungan kulit muka. Taknak lah I muka ada bintik -bintik gelap, pigmentasi and kedut-kedut sebelum waktunya.Now , I guna Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 . Oleh kerana I memang selalu keluar rumah amik anak pergi balik sekolah jadi memang lah sangat terdedah dengan Sinar UVA dari matahari.Jadinya, 20 minit sebelum keluar rumah, I dah sapu sesiap Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 kat muka.

Sapu Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 20 minit sebelum keluar rumah :)

Mesti ada yang tertanya…eh  tak takut ke simply letak cream kat muka? kang naik jerawat ke, rashes ke kan ?

Jangan risau sayang…sebab Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50  dirumus untuk penggunaan harian yang ringan dan berpanjangan, serta diperkaya dengan pati tumbuhan dari asam jawa, kapas dan stevia. Diuji secara hipoallergenik dan dermatologi, produk Banana Boat lulus Ujian Sinaran Matahari dan mempunyai perlindungan Sun-Proven® terhadap sinar matahari

Sapu je kat muka. 

Selain itu, Teknologi AvoTriplex® Banana Boat menggabungkan:

  • Avobenzone, penyerap yang berkesan terhadap sinar UVA yang mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit. Sinar UVA menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk menyebabkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit
  • Penyerap UVB untuk melindungi dari kesan terbakar cahaya matahari. Tanpa perlindungan yang mencukupi, sinar UVB akan menembusi lapisan epidermis kulit, menyebabkan ia mudah terbakar bergantung kepada jenis kulit anda.
  • Ejen penstabilan sinar suria yang mengekalkan perlindungan berpanjangan dari pancaran matahari dan tidak mudah cair.
Actually…I sapu gak kat budak-budak sebab dorang lagi banyak terdedah dengan sinar matahari. Lebih-lebih lagi Rayyan, pantang nampak kawasan luas, mesti nak berlari sana sini.
Masa kiterang bercuti ke Krabi, memang berbekalkan sunblock jugak. Harusla kan.
 Kalau ini macam budak suka main tengah panas…memang kena sapu Suncreen cream. Satu badan …

Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 boleh didapati dalam bentuk losen 60ml pada harga RM32.90 dan terdapat di semua rangkaian farmasi, kedai runcit dan pasaraya.

KEJAPPPPPPPPPPPPPP….. I ada satu lagi Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 yang tak digunakan. Ada sapa-sapa nak? Kalau sapa nak boleh email saya. Free ni  nak kasi. First come First serve tau

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.