Tadi dok sembang ngan Rayyan dalam kereta, dia dok kira orang dalam rumah kot kat belakang..then i nyampuk
Mama: Mama, Papa, Abang, Kakak, Rayyan
Rayyan : no no no….. Mama, Papa, Abang, Kakak, Baby (baby sebut slow je, dia malu)
heheheh budak ni perasan betul , ingat dia baby lagi
Oklah….meh sini I nak share ikan siakap kukus. Ni versi paling sempoii tapi sedap.
INGREDIENT
- 1/2 ekor ikan siakap -cuci bersih dan lumur sedikit garam
- seketul halia muda (sebesar ibu jari) -hiris nipis
- 1 tsp sos tiram
- 1 tbs kicap cair
- 1 tsp gula
- 2 biji bawang putih -hiris nipis
- 1 biji bawang besar -hiris nipis
- 1 pokok daun bawang – potong ikut saiz kesukaan anda
- 1 pokok daun sup – potong ikut saiz kesukaan anda
METHOD
- Panaskan kukusan dan bila mendidih,kukus ikan bersama halia
- campurkan sos tiram , kicap dan gula, kacau sebati
- Bila ikan separuh masak, tuang sos ( tiram+kicap+gula)
- Kukus selama 5 minit,
- sementara ikan dalam kukusan, goreng bawang merah dan putih dengan api sederhana hingga garing
- Selepas ikan dah masak tabur, daun sup dan bawang, lepas tuang minyak panas bersama bawang-putih ke atas ikan
- tutup kukusan untuk 1 minit.
- tadaa siap
Cara masak ni senang and tekstur ikan sedikit firm. Sedap.
uish..sodap ni ..hha