Monthly Archives: May 2012

Cekodok udang dan kentang makan dengan sambal tumis…. sedap

Haish tengah puasa ni, cerita pasal makan adeehh meleleh plak air liur.Semalam le, bangun pagi buat breakfast. Rajin plak buat breakfast. Selalu bantai makan roti je bebudak. Bila datang mood rajin macam ni syok gak.  Plan buat cekodok, pastu capai je dalam fridge tengok apa boleh masak. Cakap kat Ashraff mama nak buat jemput-jemput, suka lah dia…

Senang je buat cekodok since dari kecik memang pandai buat cekodok. I rasa sekolah rendah dah pandai buat cekodok.

You all dah try tepung andum Faiza nih? Baguskan dia bungkus gandum ni pakai kertas? Baru nampak prensentable kalau nak banding dengan gandum lain. Gandum ni takde Benzoyl Peroksida. So warna gandum ni tak putih sangat. But I like. lagi selamat esp yang ada penyakit gout. I dah guna buat cream puff. Ok je.

Buat cekodok senang je, hiris bawang nipis-nipis, potong kentang nipis-nipis,then cincang udang 2-3 ekor. Tak letak banyak sebab, Afriena tak suka. Ingat nak amik daun sup kat kebun mini I tu, tapi sayang la…biarlah pokok sup tu membesar bagai johan dulu. Nanti bila pokok dah besar barulah I sudi letak gambar hahaha. Ada tanam pokok pdina, pokok sup, kangkung dan bayam.

Buat sepinggan besar gak. Ashraff makan 10 biji, And Rayyan pun sama. Dorang makan cicah tomato sos. Afriena makan 2-3 biji je, pastu makan sausage roll. See dia ni memang memilih betul makan.Me and Kheirul plak, makan dengan leftover sambal sardin. sedap you all.

Makan masa panas, cicah sambal  pastu hirup plak teh panas…. pergghhh what a great morning to start. Mulanya nak buat nasi lemak, tapi kiterang ada jemputan kenduri semalam, Redmummy buat kenduri Aqiqah (nanti saya update ye), so buat breakfast light light je.

Dah berapa bulan dah tak makan nasi lemak ni…rasa seperti pelik. So apa breakfast you all semalam?

 

Siakap Kukus sempoi…

Tadi dok sembang ngan Rayyan dalam kereta, dia dok kira orang dalam rumah kot kat belakang..then i nyampuk

Mama: Mama, Papa, Abang, Kakak, Rayyan

Rayyan : no no no….. Mama, Papa, Abang, Kakak, Baby (baby sebut slow je, dia malu)

heheheh budak ni perasan betul , ingat dia baby lagi

Oklah….meh sini I nak share ikan siakap kukus. Ni versi paling sempoii tapi sedap.

INGREDIENT

  • 1/2 ekor ikan siakap -cuci bersih dan lumur sedikit garam
  • seketul halia muda  (sebesar ibu jari) -hiris nipis
  • 1 tsp sos tiram
  • 1 tbs kicap cair
  • 1 tsp gula
  • 2 biji bawang putih -hiris nipis
  • 1 biji bawang besar -hiris nipis
  • 1 pokok daun bawang – potong  ikut saiz kesukaan anda
  • 1 pokok daun sup –  potong  ikut saiz kesukaan anda

METHOD

  • Panaskan kukusan dan bila mendidih,kukus ikan  bersama halia
  • campurkan sos tiram , kicap dan gula, kacau sebati
  • Bila ikan separuh masak, tuang sos ( tiram+kicap+gula)
  • Kukus selama 5 minit,
  • sementara ikan dalam kukusan, goreng bawang merah dan putih dengan api sederhana hingga garing
  • Selepas ikan dah masak tabur, daun sup dan bawang, lepas tuang minyak panas bersama bawang-putih ke atas ikan
  • tutup kukusan untuk 1 minit.
  • tadaa siap

Cara masak ni senang and tekstur ikan sedikit firm. Sedap.

Nak meniaga nasi lemak

Terharu dengan sokongan kengkawan dan adik beradik bila I cakap nak meniaga nasi lemak. Ye lah tulis kat status nak meniaga nasi lemak semua sokong. Thank you guys. Love you guys….

TU la kat area rumah I takde pun gerai jual nasi lemak pepagi, kalau nak cari nasi lemak kena drive keluar sampai tepi jalan tak pun dekat sekolah agama bebudak ni. Dah 2 bulan lebih kot tak makan nasi lemak. Semalam  I dok surf cari kerja kot kot ada kerja kosong untuk Senior post. Jenguk nye jenguk rasa macam tak berapa menarik lah…yelah terpikir, kang kalau kerja nanti sapa nak jaga Rayyan??Dia mana biasa dengan orang lain. Dah lah perangai pelik, tak reti minum susu pakai botol, boleh caya ke dgn orang lain? Pastu to my myself, boleh ke I terima instruction orang lain? Dulu selalu kasi instruction kat orang, since I miss my 3 working years, so pepaham je lah kan.

So keluarlah idea nak meniaga. Memang dah ada plan dengan my my sis nak meniaga cuma kiterang takde modal je. Nak bukak cafe meniaga nasi lemak ada jual roti …

Told Kheirul my plan, meniaga kecik-kecik dulu cari modal , dia tak kasi. Dia cakap nanti penat. Mak aiih, semua kerja penat. Dia cakap lagi nanti nak uruskan budak, nak meniaga kang penat pot pet plak.

So persoalannye suami, Takut bini awak penat ke? takkut dia pot pet nanti????

Insya’ Allah nak jugak merealisasikan cita-cita ni, tunggu Rayyan besar dulu. Well friends, Kalau saya start meniaga UNDILAH SOKONGLAH SAYA.

Sekian Terima