THIS IS A 48 HOURS STICKY SPONSERED POST
Dah lama tak pergi lepak sambil makan-makan kat Secret Recipe rasanya. Selalu pergi dan singgah beli cake je. Errmmm sedapnya kalau cakap pasal cake kat Secret Recipe. Memang terbayang-bayang kesedapan kek yang sungguh mewah . Kek kegemaran saya kat Secret Recipe ialah Chocolate Banana Cake. Ohhh!!!!
Sabtu lepas kami sekeluarga pergi makan kat Secret Recipe. Masuk je, tengok menu… wah banyaknya pilihan menu dia. Banyak pilihan lah. Kira pilihan yang terbaiklah sebab dia ada menu barat dan selera asia . Best kan. Tak payah dah nak gaduh-gaduh. Yelah macam family kami, semua selera berbeza, budak-budak suka pasta, Saya suka menu yang lain dari yang lain, Kheirul pulak dia kata nak makan Salad. So apa lagi marilah kita pilih makanan kat menu.
First kami makan pembuka selera dulu, Saya makan Spring Rolls kongsi dengan anak-anak dan Kheirul plak makan Crispy chicken Salad.
Spring rolls ni kan sedap sangat lebih-lebih lagi bila cicah dengan sos manis dan pedas tuh.
Yang Crispy Chicken Salad tu pun sedap, memang satu gandingan yang sepadan sebab sos dia ada rasa asian. Salad ni adalah salah satu menu yang terbaru tau.Ada lagi menu baru untuk salad, nak tau kena lah makan kat sana…
Dah habis starter, sekarang makan main dish plak.
Macam biasa lah, kalau dengan budak-budak, mesti pasta dan mesti ada cheese. Beef Lasagna untuk Ashraff.
Tengoklah dia makan, saiz untuk dewasa, tapi dia boleh habiskan . Katanya no sharing.
Bolognese Spaghetti untuk Afriena, jugak katanya no sharing sebab nak makan sorang je. Ok takpe, tapi diam-diam saya curi –curi makan jugak. Heheh. Yang ni dia pilih dari kid’s Club menu.
Sebab dah lama tak datang Secret Recipe, jadi saya nak cuba recipe baru. Selalu dulu kalau datang , saya cuma akan order tomyam with noodle, tapi kali ni nak cuba yang baru.
Inilah menu baru dia. Stewed Aussie Beef Steak. SEDAP sangat sebab, daging dia sangat lembut dan juicy.Yang ni terpaksa kongsi 2 orang sebab portion besar. Pastu Rayyan tolong makan potato chip yang rangup.
Selain steak ada lagi menu baru, ada Cabonara with beef strip, Thai Seafood Spaghetti dan Aglio Olio. Kena rasa semua ni, tak larat nak makan sorang? Apa kata pergi bertiga atau berempat, sebab sekarang ada promotion Buy 3 FREE 1 best kan ?
Buy 3 FREE 1 ni adalah untuk dari kategori yang sama la,contohnya, kalau you all pergi Secret recipe empat orang, pastu order tiga potong kek kegemaran/ pies/ Brownies / Ice Cream (kategori DESSERTS), jadi yang desserts keempat adalah percuma. Ini satu peluang yang tak boleh dilepaskan dan promotion ini adalah sepanajng hari. Lunch time, tea time, dinner time.
Lagi satu contoh,kami satu famili pergi Secret Recipe , kita orang order
Satu Iced blended Mocha dan…..
3 juices, jadi air yang keempat adalah percuma dengan syarat harga minuman adalah sama atau yang termurah.
Kalau kat Secret Recipe memang tak sah,kalau makan cakes. Kali ni kiterang cuba kek baru. Durian cheese cakes.
Makan ni sambil pejam mata. Sedap sangat. Ashraff yang tak suka durian pun boleh makan sebab rasa kek tu sangat ringan. Very light taste. Sangat sedap.Ni kalau pergi lagi ni akan jadi menu wajib ni :).
Yang ni MUST ORDER, sedap menjilat sudu. Brownies dia… huhuhu nangis tengok sedap sangat. Pastukan ada lagi…
Banana split…habis licin dikerjakan budak-budak ni. Kita orang memang suka sangat dapat lepak lama-lama kat Secret Recipe yelah dengan suasana dan tempat sesuai untuk famili,fashionistas ataupun yang bekerja.
FYI, Secret Recipe akan menyambut Ulang tahun ke 15 tahun ini, jadi ada banyak aktiviti menanti, antaranya, Buy 3 FREE 1. Berikut syarat-syaratnya:
- Valid from 10-25 March 2012
- Valid for ALL DAY DINE-IN on ala carte menu, ie valid for dine –in of either main meals, beverages or desserts at a normal price
- Dine –in 3 persons, and get another 1 for FREE
- The FREE item(s) will be of equal or lowest price from SAME category in the bill
- The FREE item(s) valid for dine-in
- Valid per receipt/table basis
- Not valid for whole cake purchases
- Not valid with other on-going promotions, set meal,offers or previlages
- Valid at all Secret Recipe outlets nationwide, except KLIA
Boleh rujuk pada Order Categories kat bawah ni.
4 CATEGORIES | |||
STARTER | MAIN MEALS | BEVERAGES | DESSERTS |
Starter | Asian Classic | Coffee | Slice Of Cakes |
Side Order | Chicken | Twinings Tea | Pies |
Salad | Western | Chocolate | Brownies |
Soup | Pasta | Fresh Milk | Ice-Cream |
Vegetarian | Ice Blended | ||
Kid’s Club | Iced | ||
Milkshake | |||
Fruity Yogurt Shake | |||
Appletiser/Grapetiser | |||
Fruit Juices and Smoothies | |||
Soft Drink/Water |
So… apa lagi Let’s go to Secret Recipe!!!!
tgk makanan time lunch ni mmg buat air liur kecur.. sume nampak sedap dan menarik..
adeh kakak ………………Iced blended Mocha tu sangat2 mengoda la…………….. mcm nak g beli jer…huhuhuhu
semua yg ada di SR adalah tempting belaka ;)
i like their cakes