You all tengok tak yang taska bedung bayi yang ketat tuh? ada yang bedung sampai takleh bergerak , ada yang siap plaster mulut, eh teruk nye dorang ni. Taska jenis apa nih? Baca kat komen dorang kata, Taska kat Kota Masai. Kalau ye pun budak tu tak nak tidur atau nak kasi tidur lama tak payah la bedung ikat macam tu sekali. Buat dorang tertiarap ke, tak ke kes naya, macam mana dorang nak nafas. Yang plaster mulut tu kena? Eh gike ke pengasuh pengasuh ni semua? tengok muka budak-budak alahai sangat lah suci murni, sanggup dorang buat macam tu, macam takde belas kasihan, kasih sayang langsung.
Hal macam ni lah yang buat I risau and takut nak bekerja walau ada offer. Takut nak tinggalkan anak-anak kat Taska. Takut dorang layan anak-anak I macam ni. Takut kot kot nanti anak nangis sikit dorang marah ke, ikat ke, kurung ke? Sampai hatikan dorang dorang layan budak budak yang tak tahu apa-apa macam ni. Cuba nanti bila dorang tua, dorang dilayan macam ni.
Mungkin pada dorang menyenangkan kerja dorang tapi hakikatnya, benda macam ni boleh beri kesan negatif pada budak-budak ni, mungkin akan ada trauma, takut nak berkomunikasi atau mungkin mewujudkan sifat ganas dalam diri mereka.Tu belum lagi yang kasi budak minum susu, sendal dgn bantal… Yang ni bukan setakat pengasuh je, mak bapak pun ada. Selamba badak je, tolak stroller, kasi anak minum susu sendal dengan bantal…
Yang nak tengok video tu boleh la ke sini, I tak nak letak kat blop sebab nampak kejam sangat.Semoga pihak Taska ni akan diambil tindakan, sita terus pusat asuhan dia. I rasa pengusaha Taska atut dan mesti ada CCTV, supaya senang nak tengok atau pantau kejadian seperti ini mana tau pekerja -pekerja yang saja nak perdajalkan dorang ke kan.
mimie rasa pekerja tu mcm nak pedajal owner dia…sbb klu perasan sedap jer dia merakam smbil borak2…
rasa mcm nak perdajal gak kot