Yearly Archives: 2011

Nescafe Chill-Lah Contest

Apa rasa ek kalau tetiba menang duit RM10,000? Mesti bestkan. Kalau I lah yang menang RM10,000 tu kan, I rasa I nak spend buat travelling kot. Tak pun shopping. hish tak abis-abis dengan shopping kan. Takpe shopping bebanyak, asalkan tak membazir. You all pun kalau nak menang duit RM10,000 boleh gak mencuba.

Nescafe ada buat contest. Nama contest dia Nescafe Chill-Lah. Ni ha I nampak kat ChurpChurp. Contest dia senang je. be creative. Design  tin Nescafe lawa-lawa pastu pas tu mana tahu anda menang RM10,000 tu kan…. Kalau nak maklumat lanjut bolehlah singgah ke laman Facebook Nescafe Chill-Lah nih

Sahur @ McD

Selalu citer pasal berbuka je kan..now let me story story pasal bersahur pulak. Kalau you all nak tau, kat rumah ni no one is eating rice for sahur. Paling berat makanan is roti. Kalau bebudak dorang akan makan cereal dengan susu. Yang papa nye cuma air dan kurma. And me? I minum 1 gelas susu/yogurt, air kosong 2 gelas, pastu  kurma or roti atau apa-apa makanan yang berkenan. Semua susah nak makan kalau pagi-pagi. Tapi cuba kalau bawak ke Mc D? Semua makan sampai habis.

KIterang pi sahur dalam pukul 3.30 gitu. Suka lah bebudak ni, kejut bangun tidur pun senang. Macam biasa, dorang makan cheese burger, pastu ada fruit and air milo. For me, I makan Big Mac, jarang I makan big Mac tapi sahur punya pasal big Mac nampak besar. Tapikan rasa macam tak cukup je. Big Mac macam dah kecik sebab dulu nak gigit burger tuh tak lepas satu ngap, kena buat bagi 2 baru lepas. Tapi sekarang satu ngap boleh lepas. Kheirul plak Chicken Mc Deluxe. I suka gak tapi takut nak makan pedas kang sakit ulu hati kang…

So sekarang bebudak dah merancang untuk sahur kat luar lagi. Sabtu lah ..hari sekolah cannot. Ngantuk beb. Oh ya, sahur kat Mc D ni, Rayyan pun sama sahur. tapi dia makan cheese je…pastu fries. Sahur you all macam mana?