Monthly Archives: December 2011

My Cheerios’s boy

Meet my cheerios boy. Budak yang sangat suka makan cheerios.Pagi petang siang malam. Every after meal mesti nak makan cheerios sampaikan mama dia terpaksa sembunyikan cheerios. Tak tahulah kenapa suka sangat dia dengan cheerios ni. Kalau ke supermarket, lalu kat cereal section, mesti dia nak amik gak sekotak walau dah ada sekotak kat rumah. Pandai dia, amik kotak kat pantry sendiri, amik mangkuk and bukak sendiri.

My cheerios boy yang dah pandai nak bawak beg kalau ke mana-mana…. tak nak duduk dalam stroller. Hari tuh keluar pergi beli baju sekolah, dia tak nak duduk dalam stroller, dia suruh Afriena yang duduk and dia tolak.. :(

My cheerios boy yang suka dengan building toys and main bola. Kalau dia dapat build bendalah ni, semua kena tepuk tangan kalau tak dia akan tarik tangan kiterang suruh tepuk…hehehehe

Dah pandai gosok gigi sendiri…selalu gosok gigi dekat sejam lah dia dok bawak kehulu kehilir nak show off…

This is my cheerios boy yang demam hari ni and kena asthma…syian dia. kalau demam mula mengada nak dukung je.Begitu rapat dengan abang dan kakak dia. Suka makan nasi dengan ikan goreng dan kicap tapi kena suap lah, suka Mac n Cheese and sangat la kepochi kalau orang bukak fridge.

 

 

Garrett Popcorn yang sangat S.E.D.A.P

You all pernah makan Garret popcorn tak? Tak lama dah ni dok ngidam cuma takde kesempatan nak pergi KLCC or IUtama nak beli. Finally hari Ahad lepas dapat pergi KLCC sebab nak pergi collect hadiah kat SKII. So sampai je KLCC from parking tu Ashraff dah tanya something..

Ashraff : What’s the smell mama?

Mama: popcorn kot….

terus dia cakap nak popcorn..hehehe memang nak pi beli pun…

 

I told Kheirul….Bang … dah lama tak makan popcorn yang sedap, last popcorn yang sedap adalah masa kat Disneyland Hong Kong 2 tahun lepas. Lama dah tu. So dia cakap yela yela..kita beli la nih..hahaha. Nak pow kena kasi ayat kesian sikit

 

Tapi 15 minit gak beratur..pheww punyala ramai orang beratur. I beratur dengan Ashraff and Afriena sebab dorang nak tengok popcorn dekat-dekat. Yang  staff kat situ plak dok melayan budak 2 orang ni. Beli 3 pek kecik yang ingat pek medium.

This is for me and Kheirul … Chicago Mix (Caramel Crisp and Cheesecorn). Sedap rasa dia. Paling suka sebab ada masin ada manis. Tengoklah popcorn diabesar-besar. satu biji dia sebesar ibu jari.

 

Afriena punya yang caramel and Ashraff punya yang cheese. Dua-dua sedap tapi lagi sedap bila makan 2 flavor serentak. Rasa cheese yang sikit masin akan mencair dalam mulut pastu rasa manis caramel yang crispy akan datang menyelamatkan lidah anda. Kalau nak beli beli yang mix or beli 2 jenis ni then balik rumah , letak dalam mangkuk gaul dan makan.

Lepas beli popcorn , amik hadiah lepak kat tepi tasik jap sambil tengok maid indon yang cutihujung minggu dengan entah apa pesen baju dok dating. Lepak kejap je…tak tahan mata den tengok gelgat memasing. Balik masuk kereta sambung makan, pastu kat rumah makan pagi tu pun makan lagi. Now sudah sangat ketagih nak makan lagi. Harus kena kesana lagi. Next month la kot. tetiap minggu cannot la….

Bubba Gump @ The Curve

Dah lama tak makan  kat Bubba Gump. Last Sunday, before pergi event Chipmunk, kiterang pi pekena makan kat Bubba Gump.  Sapa pergi sana kena makan udang tapi kiterang tak order pun udang, yang lebih menarik perhatian adalah ribs. Ribs dia sedap gila.  First time makan which was 2 years ago pun makan ribs tapi takleh habis sebab amik yang besar but this time amik combo. Ada ayam, ribs , chips and coleslaw. Nak tukar ke mashed potato pun boleh. Order 2 ribs combo + ice lemon tea and kids  makan free. Rayyan share je sesapa punya sebab dia suka makan share orang lain punya esp mama dia punya.

Yang ni free meal Ashraff punya, cheese burger + chips + apple juice and jelly. Bila tanya dia sedap tak ? Dia senyap je, bila habis baru cakap sedap sebab nya bila dia kata sedap nanti semua nak try.Kedekut kan

Afriena plak , pastaq with tomato sauce + chips+apple juice and jelly. Banyak for kids tapi habis dorang makan. Memang tak rugi bawak bebudak ni makan sebab dorang makan banyak. Cuma yang pelik napa dorang kurus. Nak beli baju sekolah , saiz ok dah tapi bab pinggang semua longgar.

iuioh h 

Inilah hasilnye selepas 1 jam lepak makan kat situ. tinggal tulang je. recommended makan ribs sebab bbq sauce dia kena dengan ribs yang isinya yang tender tapi tekstur dia masih tak lari dari bentuk daging yang asal. Balik rumah terus check darah , tengok ada perubahan ke tak sbb doktor suruh makan daging lebih sikit so that bp boleh naik. Tengok biasa je tak naik pun. Next time pergi nak order baked rice la plak… tapi nak ribs jugak. cam na nih???