Monthly Archives: December 2011

Little rider

Pantang nampak motor ke kereta ke, mesti nak naik… masa ni kat South City, saja keluar supper and lepak-lepak, so dorang  punrequestlah nak main. RM7 for 30 mins. Afriena bawak macam budak baik.

Ni Ashraff…biasalah budak laki. Lepas 10 mins , Rayyan plak nangis nak ikut abang dia. So pillion lah dia. Tengoklah muka dia tersengih je. Tu pun bila dah cukup masa tak nak balik. Hais adakah patut belikan dia kereta macam ni? Dulu time Ashraff n Afriena, masing-masing ada…tapi Rayyan takde. Syian baby mama :(. Dulu lain ..rumah besar sekarang rumah kecik sekangkang kura-kura..susah sikit nak simpan mainan yang dah sedia banyak.

Shredded Cabbage Salad

Kadang-kadang atau mungkin kerap terasa malas nak masak yang jenis dok lama kat dapur.  Yelah mana nak layan anak, mana nak layan kerja lain  boring gak lepak kat dapur. So masak mana yang sempat je. Hari tuh nak masak sayur tapi malas nak amik kuali, tumis-tumis dan cuci kuali ..heheh malas terlampau nih. So decided to make Shredded Cabbage Salad . Ala yang macam selalu kita makan kat restoran jepun tuh. Tapi dorang pakai mayonnis jepun yang berkrim tuh. Kat rumah ni takde mayonis jepun  yang ada mayonis biasa dan thousand island. So pakai thousand island je.  Sedap gak salad ni, makan dengan nasi pastu buat lauk simple. Rayyan suka plak salad macam ni.

Resepi Shredded Cabbage Salad

INGREDIENT

  • semangkuk kobis yang telah dihiris nipis (kalau ada shredder dia lagi bagus)
  • 1/2 lobak merah iris nipis
  • 1/2 bawang besar hiris nipis
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu cuka epal
  • 1 sudu kecil minyak zaitun/sunflower/kelapa sawit pun boleh
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • thaousand island secukup nye

METHOD

  • cuka, madu dan minyak dikacau sebati (goncang dalam botol lagi bagus) dan rasakan garam dan lada hitam
  • Satukan sayur yang telah di potong halus – sejukkan dalam peti sejuk
  • Bila sedia untuk dihidangkan, gaulkan sayur dengan bahan yang telah dikacau tadi (madu, cuka, minyak)
  • letak thousand island di atas sayuran.

Next time nak buat, ingat nak letak purple cabbage plak…makan dengan nasi pastu pekena plak dengan Negimaki, sure terangkat

Let’s go to swimming pool !!!!!!!!!!

Dah lama tak pi swimming…. Dulu pantang ada masa terluang terus pi swimming. Now semenjak Ashraff sekolah malas plak mungkin  dalam sebulan tu adalah 2 kali. Alasannya cuaca tak menentu. Kadang panas sangat kadang hujan. Pastu bila ada mood nak swiiming ramai plak orang. Kat sini, swimming pool dia kalau time cuti dah macam resort dah. semua sedara mara satu kampung datang swimming. pastu ramai dengan Iranians swimming. geli den. Kalau ramai sangat susah nak monitor bebudak mandi.Ahad hari tuh, bebudak ni request nak pi swimming, told them Monday morning okay. Celik mata je tak nak breakfast nak swimming dulu.Nasib baik cuaca mendung je.

Suruh dorang tukar baju then siapkan baju, syampoo towel then turun bawah. Tujuan bawak shampoo semua suruh dorang mandi kat  bawah terus so takdelah dorang sambung main dalam bilik air. hehehehhe. Rayyan plak tak nak tukar baju. Tak nak swimming kot. Tapi bila sampai bawah tgk abang and kakak dia swimming seok cakap nak ndi..nak ndi. Nasib baik dah standby short kat dia.

Tengoklah 3 beradik ni..seronok main air…nak nak bila takde orang sangat. Tau tak apa yang disembangkan Ashraff? Dia cakap kat Afriena..

Ashraff :Look at my leg, it’s peach colour and baby brown colour

Afriena: How about me?

Ashraff : peach and brown

yelah tu membezakan warna kulit. mentang-mentanglah dia paling cerah kat situ. Nasib baik Rayyan tak paham lagi kalau tak mesti dia kecik hati.Lepas swimming , dorang mandi then pergi kedai…Kat swimming pool tu ada cam cafe tapi takde orang meniaga pun. Dulu ada gak berpikir nak meniaga kat situ tapi macam tak berapa sambutan dia.