Monthly Archives: November 2011

Lajja lajja

Ni Afriena punya performance during her graduation concert. anjat mak tengok dia dance lagu bollywood. Ingatkan lagu Kpop nobody Nobody sebab dia selalu nyanyi lagu tu kat rumah. Sekali lagu hindi. mak aih lagu favourite.

Afriena ialah no 3 dari kanan (dari belah laki) pastu bila dance dgn partner dia hujung sekali. NAma partner dia Eason. Amboiii Eason bukan main lagi peluk anak auntie ye. Siap kasi hadiah penyepit lagi. Papa dia siap sound masa Afriena tunjuk penyepit baju,

Papa look Eason gave me..sambil tunjuk sepit baju

then papa dia cakap..ooo ni boyfriend kasi lah ni… semnyum simpul malu malu rimau jelah Afriena.

So next year dia akan ke sekolah rendah dah. Sekali dengan Ashraff macam manalah keadaan dia nanti. Dah lah manja..

Ada lagi satu dance performance. yang ni pun 6 tahun nye class. Lagu Kpop (my feveret song gak ni) Yang ni bukan kelas Afriena.

amboi sakan bebudak ni. Ni 2 performance yang bestlah. sebab most of the kids nampak confident.

BTW, Lajja lajja and Kpop ni lagu feveret Afriena tau.

Alhamdulillah …rezeki

I dapat free satu botol 150ml  sebab menang contest Bare Your Skin yang SKII organise hari tuh. Alhamdulillah boleh simpan buat stock. Padahal baru beli satu set awal bulan hari tuh. senyum …tak perlu kata apa-apa..

Congratulations!

We are pleased to inform you that your entry has been selected as one of the winners in our recent Contest

As a reward for your winning entry, we are delighted to present to you with your prize:
SK-II FACIAL TREATMENT ESSENCE (150ML) x 1

keratan email dia..takleh tunjuk semua…

ANW, sekrang I try yang baru gak  , facial treatment repair c. Best berkesan.  NAnti I citer pasal review dia ok.

gambar hasil google, malas nak snap  

Cuti! cuti!

Heheheh lambat update hari ni.. baru bangun tidur sebab Ashraff and Afriena tak pi sekolah hari ni. dorang dah buat cuti sendiri. Ashraff kata boring pergi Sekolah Agama tak belajar pun. Dia main je. Kalau boring dia tidur dalam kelas.Selamba kodok je tidur dalam kelas. Macam exam hari tu, dia cakap dia cepat-cepat habiskan exam paper, dia tidur. kelass tak. Tapi takleh lawan mama dia, masa SPM tidur masa paper english time pernulisan. Hah amik satu soklan essay tak buat sebab tak sempat. Kurang asam pengawas tak kejut.

Afriena pulak pun sama malas pergi kelas, so buat cuti sendiri. relaks sikit mama dia hari. Takdelah keluar masuk rumah. Tapi patutnya dia kena pi sekolah sebab ada praktis dancing untuk konsert Sabtu ni. Kasi rest lah satu hari. Esok plak pergi sekolah. Petang ni kena ke sekolah Cina Ashraff kejap sebab kena amik duit RM100. hehehe duit, orang kasi kita amik. Bolehlah buat beli pakaian sekolah Ashraff. Next year 2 orang anak sekolah rendah.Tinggal lah me and Rayyan je kat rumah. Semalam kat sekolah ashraff punyalah jam sebab semalam turn amik duit RM100 untuk pelajar sessi pagi, mak aiih.. jalan 2 lane jadi 4 lane. Nasib baik bawak kereta kecik. Kalau bawak kereta besar mau kena gesel.

Hari ni Rayyan happylah sebab gor gor dia kat rumah. so berkepitjelah dengan Ashraff. Next week start cuti, so kenalah plan aktiviti untuk anak-anak.  Dalam kepala nak buat baking class dengan bebudak, cooking class, swimming kalau tak hujan,merayau kat supermarket hahaha (yang ni I suka) pastu nak start ajar Afriena dengan Solat. Nak more strict dengan dorang especially Subuh. Ashraff kalau solat Maghrib n Isya’ senang tapi subuh susah betul nak bangun. Any tips tak kawan-kawan?

Dia kalau datang mood pak imam, mulalah, cakap kalau tak sembahyang masuk neraka, ada api, ular, jengking. Bagus jugak kan anak-anak kalau didedahkan dengan syurga neraka. Semalam dia tengok berita nampak pempuan seksi (pelacur kena tangkap).

Ashraff: mama, why they wearing like that? berdosa

Mama: ye lah so sexy kan

Ashraff :must wear tudung…ustazah said tutup aurat

I was like… nasib baikla mama dah berhjrah. betul lah kalau kita nak didik anak, didik diri kita sendiri dulu.