Satu lepas….dah tak tahu nak masak apa. Everyday masak nasi. tak nasi mee or roti. Check fridge tengok apa lauk yang boleh dimasak, tengok ada ikan sardin. Banyak dalam 3 paket.FYI kat rumah ni, lauk dibeli untuk sebulan dan siap di pek untuk sekali masak. senang. Ikan 3 paket tu dalam sekilo besar plak tu. So keluarkan ikan, gi kejut Kheirul.
Abang… jom keluar, nak cari tepung beras nak buat laksam ..
Kheirul jawab” buat apa sesusah, pergi pasar borong je beli yang dah siap…
yelah lupa ada yang dah siap
So berkuyun-kuyunlah 5 beranak pergi pasar. I suka sangat pergi pasar sebab boleh beli sayur fresh dan murah. Kalau kat supermarket mahal. So lepas beli laksa, ulam-ulam and sayur baliklah kiterang. Kat pasar, bebudak ni ni dok komplen dirty, dirty, dirty. Memang pun kotor dah nama pasar. Pasar yang bersih sikit kat sini ialah kat Taman Tun tapi harga mahal.
Balik rumah I rebus ikan sebab nak buat kuah laksam.Macam mana nak rebus ikan? senang je nak rebus ikan. letak asam garam dah.Kalau ikan sekilo, garam dia 2 sudu kecil, asam dia dalam 6 keping. letak sikit air, pastu rebus dengan api kecil. tutup periuk tu ye. dalam 15 minit ikan masak.
Bila ikan dah sejuk, so kenalah buang tulang ikan tu. oopp tulang tu jangan buang sebab nanti tulang dia boleh di blend untuk air dia. Stok dia penting, buat pemanis kuah laksa.
Pastu blend bawang, masukkan santan, rasakan garam, gula and asam maka masaklah kuah laksam. Boleh lah makan.
Tapi nak makan tu mestilah ada ulam. Takde ulam tak sedap. Jenis ulam,kacang panjang, timun, daun salom, daun kesum, taugeh dan buanga kantan. pekena pelak dengan sambal belacan yang kow pedas. perghh meleleh.
Tell you, Rayyan makan sampai jilat mangkuk habis rambut bau ikan. siap tambah tuh. suka sangat dia dengan laksa. Ashraff mula-mula cakap taknak sebab kata tak sedap, pastu bila makan makan bertambah. So I sindir dia cakap, tadi kata tak sedap, now tambah-tambah lagi, dia cakap no mama it’s very tasty..sedap.. Afriena pun sama , memula nak sikit pastu bertambah. So next time, memang patut buat lagi.
Tips nak beli laksam… sila cium dulu laksam tu takut bau hapak…Mana nak beli laksam dah siap? Beli kat pasar borong Seri Kembangan. Dia sederet dengan kedai buah.Resepi untuk buat kuah laksam ada kat sini. SILA CLICK.So macam mana nak buat laksam? beli je yang dah siap…
laksam ni daily meal yg sil jual kat kedai makan dia di durian tawo.
klu weekend once a month ke sana mmg la merasa…
mcm pelik sikit sebab kawin dgn org temerloh tapi menu makan n sarapan diorang mestilah wajib ade nasi kerabu,nasi dagang,laksam or laksa.(laksa diaorg kuah lemak..bukan kuah lemak mcm laksa serawak or johor or pedas2 mcm laksa penang tu)
aku yg org jawa ni mcm pening sikti tapi so far mmg sukelah mkn nasi dagang n laksam sil.
sbb semuanya buat sendiri.
mula dari laksam dia tu sampai ke kuah.
cume tak tahan tu sambal dialah..
sbb daku bukan suke mkn sambal.
tapi yg pelik lagi..
klu belah sana buat nasi ayam
takde rupa nasi ayam hainan or nasi ayam bese..
mesti nasi ayam gemas..
memula mcm muntah nak mkn sbb bau minyak bijan tapi lama2 suke sbb lain dari yg lain
ps: kuah laksam ni klu bagi budak2 mmg cepat jer licin.lemak2 manis.nak2 rebus dgn asam keping.mmg tak hamis.
Bebudak mmg suka dgn laksam…yg pasti cepat kenyang..
pernah cuba laksam tapi mcm tak masuk kat tekak jer..huhuuhu
some people memang takleh makan…
laksam pun dah ada yang dah siap erk. kat pasar kat umah eliss ni tak pernah jumpa. nak buat malas :p selalu beli laksa jer laa..
eliss kat tempat ni laksa pun dia jual…yang basah punya
rayyan pun mmg peberet laksam nih..tiap kali psr mlm..mmg bli laksam kosong utk dia..takde ulam..laksam ngan kuah je..pagi td pun br je bg bekal laksam kt dia…
mmg lidah kelantan kan..haha
kat area sini susah nak cari laksam…
Kepunan dah ni
meh I masakkan…