Monthly Archives: October 2011

Astro Masterchef Blogger Finale- part 2 (apa dalam kotak)

Nak tau apa dalam kotak??? Buah yang dikenali sebagai raja buah… ye ke? bukan durian ke?

jeng jeng jeng…satu

dua…

tiga… WHAT????

Avocado????? hakak beli avocado pun tak pernah….I don’t like avocado ok….apatah lagi potong buah ni, rasa buah ni…dan mengerjakan buah ni…. help meeee…

Pastu chef terangkan apa kebenda nih… then dia cakap lah barang kat pantry tu boleh amik 10 je…. Tengok muka Bro Jejai, apasal bro??? Pastu I dan rakan-rakan finalist lain lenggang mak limah kena amik barang kat Pantry dalam masa 2 minit.

Tengoklah apa yang I sambar…. selalu kalau dapat shopping barang makanan macam ni… muka happy je.. kali ni tidak sebab tengah blurr. Tetiba je kepala teringat masa kerja kat Mid Valley dulu… every lunch time mesti pergi Cold Storage, shopping groceries.. sbb macam-macam benda pelik ada. Tu pun ada yang mekotak-katik kan pasal pi shopping hari-hari.. muah muah…

Ye susun barang dulu padahal tengah pikir ni.. apa aku nak buat dengan buah avocado ni.. hakak kan orang kampung mana pernah masak pakai avocado ni ha… aghhhh buat telur dade je lah…eh bukan telur dadar…tapi adakah I buat telur dapar tanpa arah tuju… tak tahu resepi ni weh???

apakah benar telur dadar? sebab tetiba  Chef Ryan datang cakap ramai buat telur dadar…dalam hati pulak dah…buat benda lain…

ANW, thank you Chef Ryan sebab beri idea nak masak apa… heheheh tak sempat say thank you . Dia siap cakap, this is my favourite contestant. . hahahaha…

next post, I citer pasal masakan avocado ok..

 

Astro Masterchef Blogger Finale- part 1

It’s the day, it’s the day… tulah yang I cakap masa bangun pagi. Bangun dengan penuh tenang sebab malas nak pikir. Pergi pun dengan berbekalan semangat juang yang tinggi, keyakinan yang tinggi, daya imaginasi yang hebat. hahahha. Bangun pagi siapkan anak-anak semua kita keluar dalam pukul 9. Hajat di hati nak makan nasi for breakfast tapi kedai tu tak bukak lagi. So pergi amik my sis dulu then tapau Mc D makan dalam kereta je.

Sampai pun dah dekat pukul 11.30 , so jenjalan and pusing tempat pertandingan dulu. tengok apa ada.

ada roti , tepung, cream…bla bla macam nak buat breakfast je..

.masa ni dah cuak sbb tetiba nampak coklat la so dalam hati, nak kena buat dessert ke? udahla hakak ni tak reti buat dessert pelik… pastu nampak limau plak, pastu ketumbar…. wahhh dalam hati… buat telur dadar je la…

Untuk mengelakkan rasa macam penyu macam ni, I pi jenjalan..jumpa bloggers dulu. Nanti I post lain pasal blogger ye.

pastu MC pun start la… mulalah nak muntah, cuak, nak terkucil hahaha padahal bukan kena belasah pun masak je… tup tup Zainal Alam Kadir panggil naik… see tengok macam -macam gelagat… ada yang pucat, bersemangat sukan, berimaginasi, berhalusinasi, berangan, blurr,malu.. semua ada.

kena interview…..

Oh ye sebelum tu orang kuat Astro kasi speech dulu… Ms Azlin namanya. emmm I suka kasut dia… tapi me canot wear high heel karena tulang belakang cedera…. so flat je all the time.

ni judges …. KY yang peramah...suka baca blog dia, Orang kuat Astro En. Raqim, Chef Kettley…

Pastu , ada briefing sikit then amik nombor. I dapat no 10. Meja hujung. Tak kisahlah meja mana pun asalkan dapur boleh masak. Dah dapat meja, pergi ke meja masing-masing, amik feel dulu.. sebelum chef cakap boleh bukak kotak misteri..

Apa dalam kotak misteri tuh ??? Tungguuuuuuuuuuuuuuuu

Gambar Blogger MasterChef Challenge

Ni gambar event petang tadi… saya pakai snap jer.. Kepada sesapa yang nak rompak gambar nih dipersilakan.. takyah mintak permission.. memang saya dah kasi nih..

Cuma kalau gambar tak lawa tu… jangan kutuk yer….. akhir sekali tahniah kepada pihak Astro, Nuffnang, penaja-penaja dan semua peserta finale tu.. korang semuanya pemenang……

 

:)