It’s shopping time!!!!! Memang le yang I tunggu -tunggu. Sampai je hotel, check in, mandi terus pergi MBK jalan kaki. Sesampai je…nampak tuh kat bawah tuh? SALE! SALE!SALE!
Sabar-sabar, perut lapar pergi makan dulu kat level 5. Lepas makan tu apa lagi, first round beli baju untuk Rayyan dulu. hehehehe. Punyalah kelabu mata tengok SALE, SALE, SALE. Ni kat area baju budak. I think I gelap mata jap tengok baju budak memurah especially girl. Benda yang I malas buat kalau kat KL, pilih baju sesatu,tapi kat sini disebabkan baju yang RM100 lebih berharga dalam RM25, Ku belek gak sesatu baju. Sempatlah amik few pasang Pumkin Patch.
Ye ni tengah dok pilih-pilih. Sale ni dia buat kat centre court rasanya. Tengok tu Oshkosh RM9.90 je.Lepas beli few baju, Kiterang round lagi..
Converse!!! Ingat nak beli tapi takde saiz . Lambat sangat dorang nak layan. Takpe beli online je nanti. HEHEHE kedai kasut. Tapi tak beli. I cerewet sikit bab kasut.Semua kena amik kira tulang belakang.
Kasut lagi and Made to Measure. Ha ni Kheirul yang layan. I tak masuk campur. Dulu kerja pun takde seluar kerja, hari0hari pakai jeans gi Office.
Yang ni pun masuk, Pastu kedai cermin mata. Ingat nak beli satu kat sini tak jadi sebab pesen lama and harga mahal. Beli spek takde dalam to buy list tapi tetiba spek jatuh atas jalan pastu kena gelek dgn keter. Last sekali balik KL baru beli sebab kat sini yang I nak rega dia almost RM1000 tapi kat KL ada diskaun lagi.
Besoknya… lepas jenjalan kat Grand Palace,Kiterang sambung Shopping balik. First kiterang pergi Siam Paragon. Jalan kaki je sebab memang dekat dengan Hotel.Kat Siam Paragon tak beli menda pun , tengok je.
Tengok-tengok food court dia, ada gak makanan halal, then ada jugak surau kat Siam Paragon.
Harga barang branded kat Siam Paragon adalah mahal. Lagi baik beli kat KL. Even Skincare product. Ingat nak beli SKII lagi , rupanya mahal kat sini. Kasut nine west pun mahal, baik beli kat KLCC or online. :).
Mana nak cari surau kat Siam Paragon?
Pastu kiterang gerak ke Platinum Mall. Naik Tuk Tuk. Gila laju babas bawak. Semua gelak naik tuk tuk. MUST naik ok. pengalaman yang takde kat Malaysia.
Platinum Mall. Depan pintu kasi posing dulu. Ramai dok cakap nak shopping pi sini. First sampai kiterang pergi tingkat atas sekali. Tempat Pakaian budak. Memang kelabu sekali lagi mata sebab pakaian budak perempuan banyak gilos.. I think orang yang buat online shopping amik kat sini la.
Tengoklah dress yang lawa-lawa nih. Tapi takde brandla. I beli main rembat je. Untung Afriena masa ni, beli jugak untuk nak-anak sedara pempuan yang kecik . sebab cute. Masa I dok rembat merembat ni, Ashraff and Papa dia, sempat lagi merembat Baju Angry Bird. Betul lah kepala iPad je dok pikir. Senyaplah sekejap mulut Ashraff sebab diakan tak suka shopping. Lainlah Afriena.Disebabkan rasa dah boring kat Platinum, kiterang ke MBK plak. I memang suka MBK rasanya. Suamiku plak ikut je bini sebab ni my favourite time. Dia jaga anak,I pergi Shopping. Pergi lagi sekali ketempat semalam, Kali ni beli banyak sikit. Beli untuk Rayyan, Afriena and Ashraff. Before that Kheirul beli baju untuk diri sendiri .Sepanjang I dok membeli, Kheirul lepak dengan bebudak sambil makan. Beli chips and air dorang lepak la. Habis borong baju anak-anak, baju mak pulak. Time ni mood nak shopping membuak-buak tapi anak-anak dok bising nak balik. So I main redah kedai beli main rembat baju. Tak pernah dibuat diri sendiri main rembat baju gitu je. Sebab murah giler.
Some of the baju yang I beli. Geram-geram.Pastu apalagi, gua nak balik penattttttt. Tapi kena turun bawah jap beli nasik kosong untuk makan malam. Semua tak nak keluar makan. Semua nak lepak dalam bilik. Kiterang makan Nasi + daging kicap +ayam kurma =SEDAP. Minum plak ice lemon tea. Semua beli kat Tops MBK. Pastu malam tu dok belek baju and kira duit sambil bercita-cita nak keluar shopping lagi.
For those yang nak pi Thailand, sila bawak duit bebanyak sebab gila puas hati beli barang. Siap me and Kheirul pasang angan-angan nak datang Bangkok naik Motor plak, sebab rasa tak cukup hari dok sana.Besok ke Dreamworld plak.
kalau saya suka jer beli baju takde brand pun, janji cantik
i pun beli je janji selesa pakai
wah bestnya shopping kat sini..apa kata kita buat rombongan mak dara gi sini..lagi best rasanya..sawanila jadi juru pandu
hehehe kalau anak saya dah besar mmg saya kan buat rombongan mak dara
Ha! Lepas ni kalau nak beli SKII, kenala beli tiket AIrAisa. Pi terbang Tokyo sana! XD
hihi nak ke tokyo kena berguru dgn u lah…
memang heaven habis u shopping :)
adalah sesikit…hehehe
sale kat bangkok bese nye bulan bape??
masa kiterang pi bulan 6 mmg tgh sales. pergi masa sales rasa macam nak pitam sales dia.