Monthly Archives: May 2011

Nak ke Tak Nak

Hari Selasa rasanya, tetiba dapat email dari satu company suruh datang interview. Happy plak bila terpikir masih lagi laku resume I ni kan. Hahahaha.Dorang suruh datang interview for post Business Dev. Ada sikit sama dengan kerja dulu. Good place to grow and good reason to sambung belajar. Yelah takkan  sampai diploma je kan. Bukan takde peluang, Dah 2 kali I apply nak sambung degree, Both dapat offer utk sambung but dua dua tak pergi sebab, 1 masa tu masalah kewangan lagipun baru start kerja. Bila dah stable, apply lagi dapat gak tapi tetiba pregnant plak.. hahah so I lupakan dulu hajat tuh.

So now, I kena pikir nak ke tak nak kerja balik.Kalu pergi interview and dapat macam mana? Masalah yang paling besar ialah mana I nak letak bebudak nih? Semua different arrangement. Mula la dok pening nak pikir. Perasaan untuk kembali bekerja tu ada ,tapi anak-anak tak tahu macam mana. Ashraff tak kasi mama dia kerja suruh duduk rumah. So as Afriena. Rayyan lagilah.. susu botol pun tak nak. Kalau I kerja boleh la memenuhi kehendak luarbiasa I ni kan. :) Takpe pikir dulu

Nak amik maid? buat nyampah je kat rumah tuh, bukan ada kerja sangat. Kena pikir, pikir and pikir.

Riang Ria @ Sunway Lagoon

Last Saturday, kiterang ke Sunway Lagoon. Actually Company Kheirul punya events. Free and Easy. Best gak, bagus untuk orang yang baru keluar hospital untuk relax and tenangkan fikiran.Pukul 10 cam gitu kiterang sampai. Kids are so excited except Rayyan sebab dia ngantuk.

Gambar family dulu

First ride, Rayyan pun naik. Tengok mata dia dah kuyu

Yang ni tak yah cakap

Second ride

Pastu terus pergi main air, malas nak naik ride sebab semua tempat sama je. Masa i dah pukul berapa dah sebab banyak miss nak amik gambar sebab dah duduk dalam air, sampai tak ingat nak amik gambar. Ada yang slide atas air, Ashraff and Afriena entah berapa ratus juta kali dorang turun naik. I naik 5 kali je pastu buntut sakit wooo… salah landing. Rayyan pun naik slide, siap gelak lagi. Geram beul sikecik ni. Gambar kat atas tu jangan panik. dah berapa kali dia selam masuk kepala dia dalam air, tak lemas sebab dia tak telan air. Ni kat kawasan yang ada giant cup tetiba air tuang kat bawah tu kan. si kecik ni suka layan air tuh. Tak sakit ke dia?

Ni mas kena tuang air, tengok muka dia relax je. Orang pelik tengok dia sebab dia paling kecik dok nyebuk main air. Pastu gelak-gelak. dah tak ingat nak tidur.

Tengok dia bully kakak dia. Happy giler dorang. Gambar Aahraff takde sebab dia mana tah asyk hilang je. Actually Afriena pun sama. Video dorang ada lah. Pastu dalam pukul 3.30 kot kiterang ciao sebab penatlah. Rayyan sampai tertidur masa dok dukung dia.KIterang makan dalam Saunway Lagoon. Harga makanan Masha Allah mahal nye. Kalau makanan yang di masak tu sedap takpe gak. Nasi ayam RM12 tapi rasa dia tak sedap pun. Sandwich RM5, mayonis dia semacam je. Hey come on lah Sunway, kalau tak nak kasi orang seludup makanan and nak galakkan orang beli kat dalam tuh biarlah harga berbaloi.. at least jaga kualiti makanan. Harga makanan kat Disneyland lagi sedap tau. Popcorn Sunway RM8, Disneyland HK dalam 12 dolar(RM6) tapi popcorn dia besar-besar… Kalau you all berteruasan macam ni, nanti orang tak nak tau.

Toilet dia bersih…suka. Just tang makanan tuh.. Biar worth to pay ler..

Note: Tak buat lagi review SKII, ada orang tanya. hehehe so far I suka. Tengok muka tu rasa macam ada perubahan. insya’ allah nanti I buat sbb very busy

Rayyan @ 14 months

Last Saturday, genaplah Rayyan 14 bulan.

hensem tak? ni masa kat Sunway Lagoon

  • Sikecik ni dah berlari sana sini.
  • Dah suka simpan barang just like chipmunk yang suka sorok makanan untuk musim sejuk.
  • Dah paham apa orang cakap, contoh bila suruh pergi kejutkan abang or kakak, suruh bukak baju, makan
  • makin lama makin manja nak berkepit thus, I tak tahu macam mana nak stop breast feeding. Ramai yang cakap jangan lagi, tapi for me susah le dia tak nak dengan orang lain even dgn papa dia pun unless kalau umpan bawak dia turun jenjalan oklah
  • Dah pandai kiss orang dengan sweetnye aka kiss tanpa meninggalkan kesan air liur dan bekas gigitan kat pipi
  • Kalau kentut , dia akan announce cakap o o, yak yak. haha dia tak tau mana satu berak mana satu kentut
  • Suka makan apa yang orang makan. So kalau buat bubur nasi ke dia tak makan
  • Suka kejar burung
  • Suka naik kereta and kalau nak ke kereta tak nak dukung, dia nak berlari bukak pintu sendiri
  • Gigi ada lapan, kalau time geram dia suka gigit orang
  • suka mandi tapi time pakai baju n nappy berkejar
  • Suka pegang remote control sbb senang dia nak tekan channel