Jom Kemas rumah

Haish malasnya lately nak kemas rumah. Alasan paling bernas, belum habis kemas, rumah dah sepak balik. Tukang sepah? tak lain tak bukan adalah sikecik comel nih. Namanya Rayyan. Hobi dia selain main boa, dia suka selongkar barang. Dia keluarkan mainan dia, pastu bawak pergi tempat lain. Nanti akan jumpalah mainan dok bawah dining table, bawah cot,belakang pintu, dalam drawer sudu dan dimana-mana.Dia jugak suka selongkar kasut. SO tempat kasut dah macam apadah. Paling dia suka kasut dialah, kejap pakai test macam nak keluar, kejap simpan dalam kotak. sat lagi nak keluar I kena mencari kasut dia. Tumbler air masak dia? hari tuh 3 hari baru jumpa , dia tinggalkan dalam bilik baju. Dia normally minum air sambil jenjalan then singgah mana-mana terus tinggalkan.

ni time Afriena kecik dulu, tapi rumah sekarang takdelah sepah camni

Kalau weekend, sempatlah kemas sikit sikit asalkan rumah tak berhabuk sudahlah.Nak panggil cleaner pun malas, sebab kejap jer rumah sepah balik.Lagipun cleaner kegemaran dah takde. Yang ada orang lain. Orang tu datang kemas rumah bawak anak. Kalau anak jenis dok diam takpe, ni keluar masuk bilik, I tak suka you. Saya pantang orang masuk bilik idur saya tanpa kebenaran walaupun anak sendiri. Both kids di ajar to not simply masuk bilik mak bapak. Rayyan silalah kanan sepahkan rumah lagi penat le.

UNDILAH SAYA DI SINI, click je link ni atau gambar kat bawah,

then kat bawah sekali ada ikon LIKE,click jer

 

3 thoughts on “Jom Kemas rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.