Monthly Archives: February 2011

ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Continue reading

Juara memanjat

Adrenalin rush betul jaga Rayyan. Pantang lepa mata, ada je dia buat kerja mencabar. Kerja panjatlah. Most of the time memang tak sempat nak capai kamera snap gambar dia.Kalau nampak dia dok tolak kerusi, ada makna la tu. Nak panjat kerusi. Hari tu lagi best, panjat kerusi kecik untuk panjat kerusi besar untuk panjat dining table. Nasib baik Afriena pekik panggil mama sambil dia pegang adik dia.

Selain dari kerusi kecik tuh, Dia ada panjat my exercise bike, sofa and katil. Siap panjat, boleh berdiri lepas tangan tuh. Nervous giiler jaga budak kecik nih. Abang and kakak dia takdelah ganas sangat. Kalau ada pun Ashraff jer lahyang suka panjat katil Afriena not climbing type. Maklumlah perempuan ayu gitu…

Minah motorla pulak

Hihiih semalam masa I tengok citer Army’s wives tetiba nampak superbikes. Waaa berdesup jantungku jatuh cinta. Hahahha. Maybe some of you tau I ni peminta motor besar. Minat jelah belum cuba nak bawak lagi. Dulu masa baru kahwin, kiterang selalulah ride sampailah anak dua. I memang minat motor. Asal lalu je motor dengan ngaumannya yang bergaya I was like.. eeeeee geramnya…Mesti kiterang , berapi berapi.

Motor nilah yang dok berenang dalam kepala otak sekarang

Tapi kheirul dah tak pandang superbike sekarang dia nak touring bike plak. heheh katanya sedap jalan jauh. Insya’ Allah ada rezeki umur panajng, badan sihat bolehlah merempit lagi.Ni citer semalam punya penanganla ni, Denise dalam citer tuh dapat hadiah motor from his son and husband.Dapa terus test drive. zummm mengaum berapi beb. wa talak tahan. Terus cakap,

Me: Bang, nanti anak dah besar semuakan, and yatie dah takde menda nak buat, boleh tak kalau yatie amik lesen motor and bawak superbike?

husband : Boleh.. pastu abang bawak motor touring. Nanti boleh round round sekali Tak pun Yatie bawak kruser sekali.

Me: Hish boleh ker, bukan ke berat dah lah I ni badan kecik. Kaki sampai ker

Husband : boleh nye

aaikk tetibanya dapat green light, dulu wa nak amik lesen belajar motor, lu tanak kasi… Apa citer ni de???

Insya’ Allah ada rezeki, panajng umur, sihat tubuh badan, Our dream is Round Europe dengan Motor. Sound ganas tak? Insya’ Allah

Gambar konvoi masa muda-muda dulu….

P/S: suamiku.. anda lupa untuk kiss isterimu dan anak-anak mu hari ni. confirm balik nanti dorang akan komplen :)