Yearly Archives: 2010

Kacang Pool aka Madames Foul

Disebabkan penangan kacang phool masih lagi terasa kesedapannya, so I decided masak kacang phool sendiri. Resepi amik kat mana? Hari tuh ada tengok rancangan Icip-icip so I gave a try. Hasilnye memang memuaskan hati sebab rasa dia mmg macam kacang phool yang I makan kat Kacang Phool Haji hari tuh.

Senang jer nak masak kacang phool nih. kejap jer.Yang paling best budak-budak pun suka makan kacang phool. Ashraff makan 2 pinggan lagi.Kalah mama dia. memang kenyang la maka kacang phool.

Nak resepi? please see below;

INGREDIENTS

  • 1 tin kacang Phool/Madames Foul
  • Semangkuk kecil daging kisar
  • 5 biji bawang merah dikisar
  • 1 biji bawang putih – dikisar
  • 1 sudu kecil jintan manis – di sagai dan dikisar
  • 1 sudu kecil jintan putih-di sagai dan dikisar
  • 1 sudu kecil ketumbar- disagai dan dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 1/2 tin air
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam dan gula

METHOD

  • Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
  • Masukkan daging, kacau hingga masak
  • 3 suku kacang phool diramaskan
  • Bila daging masak, masukkan kesemua kacang phool
  • Tambah sedikit air kacau hingga masak
  • rasakan garam dan gula
  • Bila masak, hidangkan dengan Telur goreng mata, bawang dadu dan cili hijau

Selamat mencuba yer

Rayyan the superboy

Tengoklah budak kecik nih.. very the semangatkan. I tengok pun geram esp sekarang dia dah pandai nak layan orang cakap. FYI, dia dah pandai layan citer cartoon.

Tengok citer cartoon pun takderlah tergelak.. cuma dia cakap oooo.. ggrr kata orang baby talk. So kalau nak buat kerja I on jer citer cartoon. Nanti dia penat kang dia nangislah.. then kasik susu tidurlah dia.FYI, dia still on BF direct from “farm”.

Hari ni dah 3 bulan dah dia. Hari isnin lepas pergi inject yang 2 -3 bulan dah. Rilek er dia kena inject. nangis 2 saat pastu senyum-senyum. Pastu pi  timbang dia and berat dia sekarang adalah 6.5kg. Patutlah I rasa lenguh dukung dia. Now menyusu adalah kerap. Rasanya every 2 hours kot. Kalau tak mesti dok jelir lidah tak pun isap tangan yang kalau boleh sepenumbuk nak masuk mulut.

Dah pandaidah layan cakap dengan Afriena. Yang kelakar Afriena cakap melayu ala-ala pelat hahaha.

puding raja

saja nak tunjuk my first time ever buat puding raja. Hari tu makan masa kenduri kat kuantan and balik KL Kheirul suruh buat. Gaya macam dia mengidam sesangat so I buat. Tak taulah sedap ke tak but memang betul cakap Rose pisang lemak manis pahang lain. Takpe next time boleh buat lagi. It suppose with jala mas tapi I malas nak buat.