Apa khabar semua hari ni? Mesti happykan sebab Malaysia menang. 3-0 beb. 3 kali pekik Kheirul, nasib baik baby tak nangis. lagi gelak adalah dia. Semangat betul tengok bola, pastu pekik gol ke kedai mamak. Motip? sebab kedai mamak punya astro cam delay jer. sian dorang hahaha.
Oh ok… hari ni nak share resepi baru. Ni first time I masak and makan nih. Lidah masak merah. Nak masak lidah nih, you all kena rebus dulu, kasi tender tau. Lidah ni actually datang dari KB, MIL yang yang kirim. Thank Umi. So dok pikir apa nakbuat dengan lidah nih. Kheirul cakap masak merah sedap. So I pun mulalah dok perah otak and cari apa baang ada dalam fridge. Cuku bahan.. massak jer. bab hiris lidah, Kheirul yang buat sebab I rasa ngilu potong lidah hahaha. bila dah masak kan, Subhanallah.. sedapnye lidah ni. rasa tender,texture dia tak liat and taste lemak tapi tak berlemak.kena pulak dengan kuah masak merah. You all kena try. Huda of Kambing bujang cakap buat sup pun sedap. Insya’ allah akan try.
INGREDIENT
- 1 mangkuk Lidah lembu satu mangkuk – rebus sampai empuk then hiris
- 1 biji bawang besar – potong empat/bulat
- 2 biji bawang putih -cincang
- 1 biji cili merah – hiris
- 1 pokok daun bawang – potong sepanjang 2 cm
- 2 biji tomato – potong 4
- 1 sudu besar cili kisar
- i sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- 1 cawan air
- 1 sudu pewarna merah
- 3 sudu minyak masak
- garam dan gula
METHOD
- panaskan minyak,tumis bawang putih sampai layu
- masukkan cili kisar, kacau hingga garing
- masukkan lidah, goreng selama 2 minit
- campurkan perwarna merah, kacau sampai sebati
- campur kan semua sos, kacau hingga sebati
- bila nampak macam kering, masukkan sedikit air
- dah dekat nak masak, masukkan bawang, daun bawang , cili dan tomato
- rasakn garam dan gula
- kacau hingga bawang nampak layu
- tutup api sedia dihidang
Selamat mencuba. Resepi nih, saya pakai resepi masak paprik cuma takde serai and daun limau purut. Next masak-masak time, I nak try masak daging masak merah. Kheirul cakap sedap. Ye ke sayang sedap????
Addooiii yati..ni memang la favs aku ok?sgt2 suka!!!!!…pagi2 lagi buat aku lapar
ala Ayu syo syo syorry.. kalau kau nak meh datang rumah… aku masakkan… rumah dekat jer kan… tapi kalau datang sila jgn fengsan rumah aku bak kapal yang pecah hahahaha
ohw…lidah..
emm….tak pernah makan la…huhuhu
kak yatie..jgn percaya abg kheirul cakap tu…dia nak pujuk supaya masak lagi la tu…hahahaha (gurau jer)
hehehehe….Sumi..akak kira first time makan.. sedaplah pulak…
raser macam tak cukop jer makan hari tu…
tak suka lidah! Tak pernah cuba makan, tp nak cakap jugak tak suka… tapiiiiiiii TEEEERR makan lidah kat KLGCC sebab tak tahu… rasa cam daging jer cuba ada bau sikit…
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG
yam yam… sedapnyer