Monthly Archives: September 2010

Madames Foul dan buah keras

Ramai dok email kat I tanya mana nak  beli kacang pool.

Some of Jusco supermarket ada jual . Nama dia Madames Foul cap kimball. Kat Tesco pun ada tapi bukan semua tesco. Kalau you nak cari pergi ke section makanan dalam tin, cari kawasan jual baked bean, kidney bean chick pea dan segala jenis kacang lah.

Ha siap dengan tanda harga lagi

Ha yang ni pulak rupa buah keras kot kot la nak masak kuah sapa tak tau rupa buah keras ke kan. Buah keras sedap letak kalau nak buat sambal tumis, kuah kari sebab dia menambah rasa lemak.

Oh ye kalau you all nak resepi Kacang pool, click here

Turunkan Berat Badan Secara Semulajadi dengan Berpuasa

Alhamdulillah. Hari ini sudah genap 22 hari kita berpuasa dan cuma tinggal 8 hari aja lagi untuk menyambut Syawal. Diam tak diam, perasan tak perasan, berpuasa sebenarnya kaedah yang paling efektif untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Tak payah makan ubat-ubatan, bersenam bersusah payah dan sebagainya.

Untuk dikongsi bersama, berat badan saya sebelum Ramadhan adalah 85kg dan sepanjang 22 hari berpuasa ini berat badan saya sekarang adalah 75kg sahaja… itu menunjukkan penurunan sebanyak 10kg…  Yatie pon dia cakap berat badan dia turun.. sekarang ni h berat badan dia 45kg aja……

Apa yang saya lakukan hanyalah berpuasa dan tiap-tiap malam tanpa gagal saya menunaikan Solat Tarawih berjamaah di surau… itu aja…  Nak kata saya jaga makan.. takde ler sangat.. semua jenis makanan saya belasah… kambing, ayam, daging.. semua belasah… seafood pon belasah gaks…

Bukan itu sahaja, kadar kelesterol dan gula dalam badan pun menuruh secara semulajadi semasa berpuasa. Ini menunjukkan berpuasa mempunyai banyak kelebihannya bukan sahaja kepada tubuh badan tetapi ia dijamin oleh Allah SWT akan balasan pahala yang berlipat kali ganda.

So… kepada yang ponteng berpuasa tu.. satu pesanan… rajin-rajinlah berpuasa, kalau ada yang tertinggal tu.. ganti cecepat… ingat jika tidak ganti sebelum tiba Ramadhan seterusnya.. diwajibkan membayar Fidyah dan fidyah akan berganda setiap tahun sebelum selesai mengganti puasa tersebut.