Bazar Iftar kat Machang

Actually tak plan pun nak pergi bazar iftar kat Machang nih. Plannye nak ke Temangan jer, sekali terlajak ke Machang. apa lah kheirul nih sampai ke Machang bawak kiterang . Nasib baik ada spec mata itam boleh bergaya skit hahaha. Dahlah tak bawak purse. Plan nye nak ke farmasi beli baby oil untuk ganti my sis punya. Ashraff kasi tumpah. geram betul tau. Lately suka sangat buat orang marah. Maybe terlampau excited kot.Sekali lalu, bazar iftar??? apalagi callo jer… but I tak bawak purse :(. Tengok lah apa ada kat sana, sira pisang.. nampak sedap mcm nak beli jer…puteri mandi, seri kaya, sira labu bla bla

kat sini kuih sagu, lompat tikam, seri muka,agar-agar, sardin gulong, kuih cara yang lain I tak nampak.. Yang ni I tengok jer tak bel sebab tak berapa suka.

Ha yang dicari dah jumpa, nampak kaler merah tuh? tu namanye nikbat, sedap tuh..yang colourful tuh puteri mandi. Nekbat tuh I rembat makan sorang jewr, puteri mandi my abah makan kot favorite dia

Yang ni potato … selalu nampak kat sini beli gak utk bebudak makan dalam keter.

Ha…. nasib baik I tak bawak purse, Colek perut nasi air.. sapa pernah makan??? I suka giler. Dulu sampai sanggup lompat pagar asrama curi curi keluar nak pergi makan bendalah nih. Sedap tau…

Selain beli nekbat and puteri mandi, kiterang beli murtabak. Murtabak dia memang sedap kaya dengan isi yang tebal. Harga dia RM2 satu . Kalau kat sini RM5 satu kot.Beli 5, pakat makan for buka puasa.Balik jer , my mom cakap apasal beli makanan lagi punya banyak kat rumah nanti tak habis.. hehehe no worry memang habis. Last day berbuka kat kampung ada banyak lauk. Ada Ayam goreng, hati ayam goreng kunyit, sayur campur, asparagus goreng belacan dengan petai,sup kaki ayam, pastu moksu aka my aunt hanta sup tulang,jeruk petai dan sambal. Giler penuhtempat makan. Air ada 3 jenis. First time makan penuh meja. Lepas makan ada lagi dessert, Pulut Durian. Hahaha giler I layan jer makan pulut durian tak engat. banyak gilerkan. Alhamdulillah semua habis sebab semua makan second round.

Bilalah nak balik kampung lagi…. tak puas balik kampung hari tuh…

6 thoughts on “Bazar Iftar kat Machang

    1. Yatie Post author

      nampak ajer jeruk maman tuh.. hihihi…makan dengan terung bakar and ikan bakar tawar… sila imagine kesedapan dia…ada pulak tempoyak danikan goreng.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.