Nak buat ayam ni senang jor….
INGREDIENT
- Ayam 1/2 ekor
- Air cukup untuk buat stok sup dan masak nasi ayam
- bawang putih 6 ulas
- Halia – ketuk
- serai ketuk
- garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa
- daun pandan
- kicap pekat (kipas udang) semangkuk kecil
- 3 sudu sos tiram
- 4 sudu madu
- 4-6 titik minyak bijan
METHOD
- Rebus air bersama, bawang putih (jgn ketuk atau hiris, masuk sebiji macam tuh), halia,daun pandan dan serai
- Bila air dah mendidih rasakan dengan garam, lada hitam dan lada putih
- kacau dan masukkan ayam
- Celur hingga nampak separuh masak
- Bila separuh masak, keluarkan ayam dan bawang putih
- lecek bawang putih, campur dengan kicap, sos tiram, minyak bijan dan madu
- perap ayam dengan campuran tersebut selama 30 minit
- Panaskan ketuhar selama 30 minit, dan bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 30 minute (api atas bawah)
- Bila cukup 30 minit, bakar lagi ayam selama 10 minit (api atas sahaja)
- Bila siap, tunggu sejuk baru potong, kalau tak nanti hancur.
- Hidang dengan nasi ayam. Kuah kicap lebih boleh buat cicah
Note: Air rebusan boleh guna masak sup fishball dan masak nasi ayam. Nak tau ayam dah masak belum cucuk ayam dengan pisau. Kalau keluar air kaler merah maknanye belum masak. Kalau keluar air jernih dah masak. Jangan overcook kang ayam jadi kering tak sedap
huyooo.. terror… masak kat rumah sebiji macam beli kat kedai… respek la bini ko keyol
terima kasih kongsi resipi ni…tengah cuba buat ni..
salam.. dah a few times cuba bakar ayam… asyik ade je part part yg tak masak… padahal dah cook for 40 mins- 1
hour..
memang kene preheat 30 mins ek.. sebb normally sy preheat oven kejap je
Saya kalau bakar ayam..kalau teringat saya pre heat kalau tak saya tak preheat. Normally masa bakar ayam saya pakai suhu 180-200 sbb oven kecik. Kalau buat ayam nasi ayam, ayam tu saya make sure dah separuh masak agak agak masa kita rebus ayam tu, nampak putih pastu bila cucuk daing keluar darah lagi. Kalau bakar mentah mentah, saya bakar lama sikit dalam 40-45 kadang sejam. Kena selalu check dgn cara cucuk ayam. Kalau nak check ayam masak ke tak, cucuk part yg paling susah masak iaitu paha ayam. Sbb dada cepat masak. Bila cucuk nampak air jernih keluar takde kaler merah maknanya dah masak. Masa bakar ayam memula, api atas bawah, kalau nak kasi brown n crispi ayam, last 10 mins kasi api atas. Bakar kat middle rack bukan atas atau bawah tau. Harap membantu insya’ allah
tq tq.. sgt membantu… :)