Monthly Archives: August 2010

Resepi: Baked Pasta

INGREDIENTS

  • 1/2 paket farfalle / Makaroni
  • 300g daging kisar
  • 1 tin tomato kisar/diced
  • cendawan butang -dihiris
  • 1/2 btg carrot – dadu
  • 1 biji besar bawang kuning – dadu
  • 2 ulas bawang putih -dadu halus
  • 1 sudu kecil rempah bolognese – oregano, daun parsli,bay leave
  • 3 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 gelas susu segar
  • 100g mozarella cheese yang telah diparut
  • 2 sudu minyak zaitun/jagung
  • sedikit air
  • garam dan lada putih

METHOD

Sos Daging

  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang besar, carrot dan cendawan
  • masak sehingga layu
  • selepas itu masukkan daging kisar, kacau sehingga masak
  • tambahkan tomato kisar ,rempah dan sedikit air
  • rasakan dengan garam
  • bila masak tutupkan api

Sos Putih

  • Cairkan mentega
  • masukan gandum, masak sehingga sedikit berbuih
  • selepas itu, masukkan susu segar, masak sehingga sedikit pekat di atas api yang kecil
  • bila pekat tutup api, masukkan sedikit keju

Cara melapis:

  • Lapis secara alternate sos putih, pasta, meat sauce,pasta, sos putih, pasta, meat sauce,pasta, sos putih.
  • Pastikan sos putih adalah yang paling atas.
  • Lepas tu taburkan cheese mozzarella atas sekali.
  • Bakar selama 25 minut atau sehingga perang keemasan

Note: boleh juga tabur cheese dalam setiap lapisan. Boleh aplikasi pasa lasagna, makaroni dan lain-lain pasta. Farfalle bentuk dia adalah seperti bow tie.

Berbuka Puasa Ramadhan Ke 9

Hish pasal makan lagi…. rasanya dalam banyak-banyak hari buka puasa.. lauk yang ni paling I suka kot. Sebab very simple.

Ikan kerisi goreng dan ayam goreng. Both dishes ni  I perap dengan halia bawang putih dan kunyit for an hour then goreng. Rasanya since bersalin ni baru dapat makan ayam and ikan goreng. No wonderlah my weight now is 46kg!. Hish kalaulah ada budu kan best nak pulak ada ulam-ulaman…. Kepada peminat budu mesti dah terliur-liur meleleh air liur

Selain dari itu, ada juga sotong rebus dengan serai. All time favourite since small. Yang ni I pakai baby sotong. KAlau lagi 15 minits I dok siang benda confirm I tidur sebab dia kecik sangat tapi sedap compare sotong besar. Ada lagi 2 paket untuk 2 kali masak. Bebudak seuka lah ni sotong masak rebus. Kalau nak resepi boleh click sini

Sotong rebus, ayam goreng pelengkap dia stir fry fatt choy. Goreng api kuat for few minutes dengan daging and oyster sauce. sedap… nak resepi? Insya’ Allah nanti I letak.. berhutang resepi baked farfalle….susah nak online sebab baby tak nak tidur dari tadi lagi nak suruh dukung jer