Yearly Archives: 2009

KL – Cameron Highland – Kota Bharu

Emm.. it is almost a week with no new posting here… biasalakan.. cuti kejap.. lagi pon it a school holiday so.. apa lagi.. balik kampong la…

Last week Thurdays (05/06/09), we start our day early in the morning. We went out from our home at 3:00am towards Restoran Jejantas Sg Buloh sebab nak konvoi sekali dengan Yatie’s sister + brother.

Kali ni we all balik KB nak ikut jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands plak.. biasanya.. kita orang balik ikut Kuala Lipis.. tapi kali ni nak tukar angin skit.. lagi pon Yatie ada nak beli barang-barang skit kat Cameron Highlands.

We all drove tak ler laju mana… dalam kul 7am.. dah reach CH…. lepas solat Subuh…. kita orang breakfast kat Brinchang… cuaca hari tu redup skit.. memang syok…

Semasa kat CH tu.. apa lagi… tak sah kalau tak singgah beli sayur-sayuran segar… we all singgah kat EE Feng Gu Honey Bee Farm….

Kat situ macam-macam barang ada jual… dari survinior, teh, coklat, dan sudah semestinya madu ada dijual…

biasalah.. Ashraff dan Afriena tu.. sempat main Ultraman kejap la….

Kat sebelah kedai tu.. ada sederetan gerai Malaysia Boleh… kat situ lagi macam-macam ada… sayur segar dari ladang yang segar ada dijual…

Tengok ler sendiri… buah-buahan segar… strawberi yang memang tak ingat manis punye… murah plak tu….

tengok tu.. strawberi… memang murah… manis tak ingat punye

Tengok ler sendiri.. sayur-sayuran segar… tu… raser cam nak amik semua aja… murah plak tu.. harga memang boleh runding punye…

kalu nak tahu.. ni kali kedua repeat beli sayur + strawberi… first round tu kata tak cukop.. pas tu repeat balik pi beli lagi….

Then lepas beli sayur tu.. kitaorang pon continue our jurney balik kampung………

Esok Cuti ….

Ish macam dah lama tak update sawanila.com…. bukan apa macam terbusy la pulak. sebab khamis and jumaat I cuti. Kan Ashraff and Afriena cuti sekolah kena lah bawak dorang pi jalan-jalan.
Tadi pagi bangun tidur, punyala sejuk dan nyaman, macam malas nak bangun mandi. Tapi kena gak bangun mandi, takkan pi kerja tak mandi kan. Tengah dok syok mandi tetiba teringat satu teka-teki yang di beri oleh our project Manager masa kat Holland.Teka-tekinye berbunyi

(I terjemah bahasa melayu ok)

Ada sorang mamat nih , dia tinggal kat mana tah,nak dijadikan citer dia dok kat apartment tingkat 8 bersama isterinya yang jadi surirumah tangga. So setiap hari gi kerja dia naik lif la.Tapi yang peliknya, bila balik kerja, dia naik lif sampai tingkat 3 je, pastu lagi 5 tingkat dia naik tangga. Yang lagi pelik nye, bila hari hujan dia boleh plak naik lif sampai tingkat 8.

So sedara-sedari, agak-agak kenapa ek??
Sila la jawab.

Sorryla, tek-teki ni takde hadiah. just for fun

Tinggal Anak Atas Motor

Bagi saya ini adalah kejadian yang pelik tapi selalu berlaku. Boleh dikatakan setiap hari, saya nampak seorang bapa tinggalkan anak atas motor. Apa nak jadi?

Minggu lalu, saya ternampak seorang budak yang umurnya lebih kurang 3 tahun naik motor dengan bapanya. Sampai je kat kedai, dengan selamba badaknye bapa budak tu tinggalkan anak di atas motor yang tak dimatikan enjin. Takde ke sedetik pun rasa bimbang kat keselamatan si kecil itu? tak terfikir ke kemungkinan akan berlaku. Apa akan jadi kalau tiba-tiba, anak kecil tuh turun dari motor lalu terjatuh, atau apa akan jadi kalau dilanggar lori atau kereta dan yang paling tak nak kita lihat, kalau motor yang tidak dimatikan enjin itu dilarikan orang lain bersama si kecil itu??

Nasihat saya sentiasalah memikirkan keselamatan anak bukan fikir nak cepat je.

Sesal dahulu pedapatan, sesal kemuadian tiada guna.