Yearly Archives: 2009

Nasi Lemak Sambal Sotong

nasilemak2 nasilemak1

Hari ini memang cukop special skit sebab Yatie masak nasi lemak sambal sotong fresh from dapur sendiri. Maklom ler dah 2 minggu cari nasi lemak yang sedap tak jumpa. Ada yang nasinya sedap tapi sambalnya plak yang pedas macam nak membunuh orang dan ada plak sambalnya yang sedap tapi nasinya plak yang berantah.

So, apa lagi… bikin sendiri la nasi lemak tu baru dapat selera sendiri pas tu plak dijamin bersih dan yang pasti SEDAP…..

So korang tengok jer gambar nih ye saya nak menjamu nasi lemak sambal sotong yang istimewa ni…….

Majlis Berkhatan Haiqal dan Haqeem.

Potong!!!… Potong potong poooooottttooonnggg…!!! Potong sajer lah…!!!

Hah tu dia majlis berkhatan dua orang anak saudara kami yang hensem nih Amirul Haiqal & Amirul Haqeem.

hh3hh2

Hensem tuh.. macam pahlawan melayu….

Biasalahkan.. musim cuti sekolah yang panjang ni dipenuhi dengan bermacam-macam jenis majlis… ada majlis nikah kawin dan yang paling famous adalah majlis berkhatan…Kalau dulu-dulu, berkhatan juga dinamakan sebagai berjawi… bersunat…. potong dan sebagainya. Namum apa juga perkataannya.. berkhatan berasal dari perkataan Arab ‘Khittan’ yang membawa maksud ‘potong’.

hh4

Sedikit info tentang berkhatan:

Berkhatan nih adalah satu tuntutan yang sangat dititikberatkan oleh budaya Melayu dan yang paling utama dituntut oleh Agama Islam. Berkhataan adalah wajib bagi setiap umat Islam lelaki dan perempuan namun ada sesetengah ulama’ berkhilaf, berkhatan untuk perempuan adalah sunat.

Pada pendapat yang muktamad disisi mazhab Syafi’e, Berkhitan bagi anak perempuan adalah wajib sebagaimana diwajibkan ke atas kanak-kanak lelaki. Meninggalkan yang wajib maka hukumnya adalah haram.

*Rujukan Kitab Fatwa Syeikhul Azhar As-Syarif juzuk 1 m.s. 50-53

Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk bersolat dimana sekiranya tidak berkhatan, najis masih lagi terlekat didalam kulit pada hujung kepala zakar dan solat tidak sah sekiranya tidak suci dari najis. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apabila seseorang mencapai umur akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang ‘foreskin’ , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di ‘daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing’ (yakni klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.

Bagi masyarakat Melayu, kebiasaannya berkhatan bagi lelaki dilakukan semasa peringkat umur mumayiz dan bagi perempuan semasa bayi dilahirkan.

hh5

Majlis berkhatan ini juga diselitkan dengan upacara berzanji oleh kaum ibu dan disusuli pula dengan majlis tahlil dan doa selamat oleh kaum bapa pula selepas itu.

hh7

Upacara menepung tawar kedua-dua beradik nih…… dah naik pelamin tu lepas berkhatan ni sudah kira selamat menempuh alam dewasa….

hh6

Selepas semua upacara selesai.. masa yang paling ditunggu-tunggu… makan time… menu sungguh menyelerakan… saya makan sampai tiga round tuh.. sedap betul.. nak nak masakan kambing special tu… apa nama masakan tu pon tak tahu.. janji belasah jer….

hh1

Hah yang ni plak masa untuk bersalam-salaman kepada para tetamu… raser-rasernye penuh semua poket yang ada pada baju melayu dua beradik nih.. senyummm lebar nampak…

Last sekali, kepada Haiqal dan Haqeem.. pesanan dari Ayah Chik sekeluarga, selamat menempuh alam dewasa dan jangan tinggal solat, mengaji Al-Quran sampai khatam dan jadilah anak yang soleh supaya disayangi oleh keluarga dan diberkati oleh Allah SWT……..

ps: Terima Kasih kepada Pak Cik Zainal untuk gambar-gambar diatas… saya songlap dari Facebook pakcik…

Mentang-mentanglah tak sekolah

Mentang-mentanglah tak sekolah…. dah nak pukul 11am pun belum bangun. Tunggulah lagi 2 minggu nak bukak sekolah sure liat dorang nak bangun.mesti nangis.

dec2301

Macam biasalah aktiviti dorang musim cuti sekolah.. bangun tidur, makan, main game , tengok TV then swimming. Dah gelap dah kulit dorang pergi swimming.Weekend jer baru keluar.

Time dorang tak bangun lagi yang best nih, boleh kemas rumah, mop rumah tanpa gangguan. Abu pun aman.