Monthly Archives: October 2009

Resepi Roti Canai

gambar-04

INGREDIENTS

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu susu tepung
  • secubit garam
  • semangkuk air sejuk (air peti sejuk)
  • Minyak sapi secukupnya

METHOD

  • campurkan susu dan air sejuk bersama garam
  • Masukkan gandum kedalam bekas adunan
  • Masukkan air dan mulakan proses menguli.
  • Bila adunan dah tak melekat pada tangan, rehatkan adunan selama 1/2 jam
  • Selepas 1/2 jam, buat 10 biji doh kecil.
  • sapukan doh dengan minyak sapi
  • Rehatkan lagi selama 1/2 jam
  • Selepas setengah jam bolehlah mula mencanaikan doh dengan menggunakan sedikit minyak sapi atau minyak masak
  • Selepas siap boleh mula mengoreng dengan sedikit minyak.
  • Bila masak kepuk-kepukkan roti tersebut
  • Siap untuk dihidang bersama kari ayam/ikan atau sambal tumis ikan bilis.

Mee Kuah Special untuk Makan Malam

Dah lama rasernye tak buat posting pasal makan yang dimasak panas-panas dari dapur. Bukan apa… dah lama tak buat masakkan yang unik… tapi malam tadi Yatie buat satu hidangan yang cukop sedap untuk dimakan tak kira siang ataupon malam.

meekuah

Pics by Kheirul : D300 : Tamron 17-50mm A16NII : ISO400 : 1/50 : F2.8 : Auto WB

Mee Kuah ni memang cukop sedap dimasak bersama daging segar tempatan yang cukup lembut sekali sehingga sesapa yang memakannya akan lupa perasaan nak diet tu untuk seketika.

Seperti biasalah.. saya ni tukang amik gambar dan tukang makan aja.. kalau nak resepinye kene tunggu Yatie post nanti lah.. or terus tanya dia camne nak masak mee kuah ni……

Silalah menjamu mata yer…….

Gaya anak daraku tidur

Asyik-asyik citer pasal anak je kan.. maklumlah surirumah tangga kan. Tapi ada orang cakap jadi surirumah otak jadi sempit. Betul ker???

Ha… tengoklah aksi anak dara I tidur??? ganas tapi Alhamdulillah takde jatuh katil lagi. Ni scene pukul 7am. Ashraff dah siap mandi pakai uniform. Afriena???

Ganas betul tidur. kalau tumpang katil kiterang memang kiterang cam menumpang kat katil sendiri tau… habis dia tolak semua orang.