Monthly Archives: August 2009

Bubur Nasi Ayam

buburnasiayam

Lama sungguh tak buat posting pasal makan ni. Maklum lah, orang rumah tu dok asyik uwek-uwek jer… semua takbleh nak makan.. itu loya.. ini loya… tapi malam nih tak loya plak…

Ni ler dia… makan malam yang sempoii abis.. Nasi Bubur Ayam… Nih sebenarnya gabungan dari nasi bubur dengan sup ayam… dikenakan pula dengan telur masin plak tu… terangkat beb….

Yang pasti rasanya enak… nak resepi… kene tanya Yatie la.. saya tukang makan jer..

Apa Itu Selsema Babi H1N1….

swine-flu

pic from Google Images

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.

Apa Yang Anda Perlu Tahu

Asal virus ini.

Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 – 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat – lewatnya hari ke – 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa Yang Berisiko

1. Orang yang ada masaalah ‘obesiti’ @ gemuk
2. Perempuan mengandung
3. Orang yang ada astmatic
4. Orang – orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak –
kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan – golongan yang rendah tahap imuniti
contohnya HIV)

* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan – golongan di atas.

Simptom – Simpton

Day 1 Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3 Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera
Day 5 and > Lung collapse @ koma

Langkah – Langkah Kawalan

1. Golongan – golongan yang berisiko, elakakan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3. Elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’

4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika
terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang – kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa – apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan
kepada vaksin @ ubat – ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap
persekitaran badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal – awalnya pada Oktober dan hanya untuk ‘frontliner’ sahaja dan untuk orang awam
selewat – lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test
kepada 1 batch sample.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

Ini Adalah Sumber Dari Taklimat H1N1 Oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit Dari Kementerian Kesihatan Malaysia Di Pan Pacific KLIA Pada 01.08.2009.

Perokok Pentingkan Diri Sendiri

First of all, all the perokok jangan pulak terasa or marah. Ini hanya luahan rasa seorang perempuan yang tidak merokok dan seorang ibu.

Everyday, setiap petang menunggu si suami menjemput isteri balik kerja, banyak lah “dinasour” dok bersidai menghembuskan asap yang sedikit sebanyak menyumbang kepada pencemaran udara dan banyak menyumbangkan kepada kanser. Kalau tak kepada diri sendiri, sumbang la kat orang menyedut udaranye.

Kenapa mesti merokok? apa faedahnye? I don’t see any benefit, in fact for me, it’s like burning your notes. Tapi tu tak kisahlah not my money but hey, don’t you think about other people? I hate people smoke beside me. Macam tak reti hormatkan orang lain. dok sembur asap macam scerobong keretapi. Selalu kalau org smoke macam tuh, I belah jer or kipas -kipas kan asap suruh dorang paham sikit. Kalau ngan Afriena or Ashraff, lagilah I marah, I taught them to say smelly depan -depan smoker tu jugak.

Wahai perokok -perokok semua, sila lah behenti hisap rokok. sayangilah diri anda. Nanti kena kanser. Kalau tak takut kanser at least, sayangilah duit anda. Kalau tak sayang duit gak, bawak-bawaklah pikir pasal orang lain yang tak suka dengan bau rokok and kesan dari asap rokok.