Laksa Kelantan lagi

Assalamualaikum…

Oleh kerana Laksa Kelantan ni merupakan resipi yang paling top sekali di SawaRecipe so tengahari tadi kita orang buat balik Laksa Kelantan ni. Nak dijadikan cerita… semua bahan-bahan nak buat laksa kelantan ni memang boleh didapati dengan mudah kat area rumah cuma Laksanya sahaja yang susah.. Jadi pagi tadi jenuh gaks la dari kedai ke kedai pi cari laksa kering.. tapi tak dapat.. last sekali.. masuk Giant la gaks…. baru ada.. Alhamdulillah… dapat.. walaupon brand Giant… pon kira ok la…

laksa

Ni cara penyediaannye… Laksa Beras Chap Giant tu direbus dengan air menggelegak dengan api yang perlahan sempai ianya lembut…… nak tahu masak senang jer… amik seurat laksa tu dan picit dengan jari sampai putus… kalu senang putus tu dah masak la tu.. hehehehe

Ni dia sambal kosong… cara nak buat cukop senang… lada besar dan lada kecil merah ditumbuk sampai lumat….tu jer…

Yang ni plak.. ulam-ulaman…. timun, kacang panjang, daun kesum, bunga kantan dan kobis, semuanya dihiris halus. Tidak lupa taugeh atau kace cambah dan asam limau untuk menambah perisa..

Akhir sekali.. semua ulam-ulaman itu dicampurkan dan jadilah Laksa Kelantan yang cukop enak. Tidak dilupakan sedikit BELACAN untuk menambah KICK laksa tu….

Punye le sedap tadi.. sampai tak sedar dah pekene 2 pinggan….. kalau korang nak rasa.. request dengan Yatie ye.. saya tukang tulis dan tukang makan aja ni.. hhehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.