Yearly Archives: 2008

Buat Kuih Lepat ke???

punya la best tajuk entry ni… buat kuih lepat.

Ni lah rupa budak yang tengah buat kuih lepat. Kejadian ini diambil semasa I dok dengar Nutrition talk last Saturday. Dah 4 tahun tapi still tak nak pergi ke tempat yang sepatutnya.

Kalau time dia dah nak sampai, mesti cepat -cepat menyorok. I dah pening kepala dok pikir macam mana nak suruh Ashraff pi yak yak kat toilet. FYI, dia dah tak pakai nappy waktu siang tapi time nak yak yak cepat -cepat nak nappy , kalau nak shee she boleh lak pergi toilet. I dah try off nappy masa dia dah nak berak, bawak pergi toilet, last last dia tak berak jugak. sanggup dia tahan berhari-hari nak yak yak kalau takde nappy.Kat rumah dah potty , tapi tak nak pakai….

So moms out there, any tips for me? Malulah dah besar tapi nak nappy lagi

Resepi: Lasagna

INGREDIENTS

  • Sekotak instant Lasagna – I used San Remo
  • 300g daging kisar
  • 1 tin tomato kisar/diced
  • cendawan butang -dihiris
  • 1/2 btg carrot – dadu
  • 1 biji besar bawang kuning – dadu
  • 2 ulas bawang putih -dadu halus
  • 1 sudu kecil rempah bolognese – oregano, daun parsli,bay leave
  • 3 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 gelas susu segar
  • 100g mozarella cheese yang telah diparut
  • 2 sudu minyak zaitun/jagung
  • sedikit air
  • garam dan lada putih

METHOD

Sos Daging

  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang besar, carrot dan cendawan
  • masak sehingga layu
  • selepas itu masukkan daging kisar, kacau sehingga masak
  • tambahkan tomato kisar ,rempah dan sedikit air
  • rasakan dengan garam
  • bila masak tutupkan api

Sos Putih

  • Cairkan mentega
  • masukan gandum, masak sehingga sedikit berbuih
  • selepas itu, masukkan susu segar, masak sehingga sedikit pekat di atas api yang kecil
  • bila pekat tutup api, masukkan sedikit keju

Cara melapis:

  • Lapis secara alternate sos putih, pasta, meat sauce,pasta, sos putih, pasta, meat sauce,pasta, sos putih.
  • Pastikan sos putih adalah yang paling atas.
  • Lepas tu taburkan cheese mozzarella atas sekali.
  • Bakar selama 25 minut atau sehingga perang keemasan

Note: boleh juga tabur cheese dalam setiap lapisan

The Celebration…

Yesterday, right after the gathering kat Kizsport… cepat=cepatlah kiterang lari ke JJ kat bawah. I told Kheirul aka the busiest Photographer, Papa,mama nak cook Lasagna tonite as for the Nuffnang Friso Family Day Out Grand Prize Celebration

So , here you go the Lasagna…hot! hot! baru keluar from oven… tak sempat nak snap dah lesap. I puji sendiri la.. sedap la… so sapa nak rasa kena lah datang ok…

I ‘m sharing the recipe here