Ride to Songkla

Ni kira first time ride jauh. Selalunya ride dekat balik hari je.. Kali ni just sikit. Overnight semalam and then pagi tolak balik.

tayar golek 3am, best sikit angin sejuk. Ingat tak banyak kereta. Apa segala jenis jentera ada. Ramai nya org nak pi Siam. Masa berhenti solat subuh pun ramai orang. Berbas – bas..

Ni Kat Immigration Thailand. Tgh tunggu VEP clear. Lama bebenor
Lapar..lapar… 1/2 enormous itil Baker, kita makan sorang wak
Kasi close-up sikit…

Di sebalik kebest-an dan keromatisan Naik motor berdua pi Siam, Ada kepahitan Dan kepanasan,
Stress menunggu kat immigration. Itu dah VIP… Yang tak VIP lagi pahit kot.
Dah lepas immi, kena terus kan lagi 30km ( macam kena scam je)
Hahah.. Perut lapar
Nasib baik itik bakar dia sedap.
Setengah ekor itik aku makan sorang.

ok next post…

Hajj Korean Halal Food

Part last…

malasnya nak update, tapi sebab makan kat sini pun sedap..so kena update. Ni percubaan kedua nak makan kat sini, first time datang penuh. Dia tak ambil ramai orang sebab cuma sorang masak dan tempat kecik. Muat kami satu family je.

Tapi makan dia memang sedap. Macam makan masakan seorang ibu. Sambil tunggu dia masak, memang akan kedengaran keletang keletung kat dapur..hahaha kalau jiwa broken tu tak payah lah makan.. kot korang terasa.

Tapi sebenarnya dia baik. Kiterang bersembang pasal politik. haa bukan main lagi English dia tak bleh cakap mana, Korean je lah… pandai-pandailah korang nak bersembang. Suka dia tengok kami anak ramai..

Kami ke sini selepas ice skating kali kedua kat Seoul plaza, lepas tu solat kat masjid, pastu baru makan.

MAkanan kay sini murah sikit..

Seafood noodle. Rasa dia memang sedap lah… mangkuk besar gila. Siap share dengan semua orang. MAkan macam ni panas-panas ..dengan kat luar yang sejuk..memang sajak
Rayyan punya…dia kata sedap. Sedap lah tu sebab dia makan licin..
Spicy Squid. Ni memang sedap..edas berdesing.Memang kena… tak tau pes sambal apa dia letak.
Afriena and Ashraff order bibimbap. Dorang cakap tersedap. Aku try..memang sedap. Sedap sangat compare dengan kedai Eid. 5 star.

Kami order juga Nasi with grill fish untuk Mei Mei and fried chicken untuk Aqilah. Puas hati makan sini walaupun kena tadah telinga keletang keletung kat dapur…hahaha