Nami Island

Part 6

Lepas je kat Gangchon, kami ke Nami Island pulak. Rasanya dari Gangchon tu macam sekejap je.. entahlah sebab macam semua orang tidur. penat.. weh Sampai je kat Ferry, beratur tunggu Ferry. Naik Ferry sekejap je. 10 minit kot. sapa nak lepak luar lepak lah… .

beraty nak naik Ferry. Mei Mei dah start mengada.. nak berdukung. Kalau ringan takpe. Rayyan steady lagi. masih excited

jom naik Ferry… nak naik zipline pun ok.. kalau sanggup lah dengan cuaca sejuk membeku

Tah lah dorang ni tak sejuk ke?

I lepak dalam ada heater . Sampai pulau, Terus jalan-jalan dan pusing-pusing. Sejuk sangat kat sini. Lapar pun satu hal. nak makan macam tak sempat ni. Sebab ada masa 2 jam je kat sini

dah sampai

bangga kan…kami syak yang pasang bendera ni tak orang Malaysia, orang Indonesia

So pusing-pusing, round-round ambik gambar, pastu pergi toilet, lepas tu makan pau, main kejar kejar dengan burung merak lepas naik Ferry balik Seoul.

gambar berlatarbelakangkan air pancut yang beku.. dia punya sejuk no pay play you know

kedai pau.. sempoi je…
KRW1000 sebiji pau. sedap, red bean paste kurang manis

suka nah ..mintak makan dgn orang tau…
nak balik…nak pi ke ferry dah…

Orang cakap kalau datang Korea, kena pergi Nami Island, yes memang betul kena pergi…tempat cantik, pengalaman tu takleh beli lah..

Dah dah balik…. balik homestay , beli nasi kat CU Mart, panaskan Dendeng yang Khairul Aming “bekalkan” tu, buat telur mata, masak sardin… pehhh sedap gila. Makan pulak strawberry yang kami beli semalam tu.

pergi Korea kena beli ni…carilah kat area Subway ataupun kedai runcit kawasan penduduk.. memang murah. kadang kat Itaewon ada pakcik tua jual buah atas lori.. untung nasib dia jual strawberry tak pun epal.. Harga sentiasa berudah

Gangchon Rail Bike

Part 5

19 Dec, 2024, kami pergi ke Gangchon Rail Bike. Kami ambik pakej Alpaca World– Gangchon Rail Bike- Nami Island.

Sydag sampai GAngchon Rail bike

Semua tempat yang dituju ni best. Dan Gangchon ni best giler. Bak kata Michiko, the scenery is so beautiful. Lets come back here next year. Dah tau dah… Kenapa sebab kaki dia tak sampai kayuh rail bike tu.

kopi kopi dulu sementara tunggu orang lain siap makan. No halal food here so makan apa yang ada je.

Sebelum mengayuh, kiterang minum2 kopi, budak kecik dua tu makan ice strawberry while waiting for others makan. Kami tak makan sbb dah makan bekalan sandwich, susu dan yogurt kat Alpaca World. Pastu melayan budak² main permainann tradisiona

ada macam-macam permainan tradisional, sementara tunggu rail bike

Penat kayuh. Orang kat belakang dah rapat. Maklumlah yang kayuh dua orang. Yang Kat belakang tu 3 orang. Tak tau apahal nak laju…

dah dapat rail bike, kena test brake, pakai seat belt, adjust seat

ada masa kena kayuh, ada masa tak payah kayuh, jaga brake je..

Sbb kita nak menikmati pemandangan yang indah.sepanjang jalan boleh tengok Sungai Bukhangang. Pastu nampak gunung² , ke bukit²?. Ada dah snow yang dok atas2 tepi jalan. Anak2 sungai pun dah beku. Semalam tu dalam tak sedar kami mengayuh dalam 6km. Rupanya sangat berguna bila selalu berlari atas treadmill Dan jogging kat taman sambil kena kejar anjing. Kurang lah rasa penat. Hehehehhel.

Oh ya Gangchon Rail bike ni sebenarnya bekas jalan keretapi yang digunakan selama 70 tahun menghubungkan Seoul dan Chuncheon.

Sepanjang mengayuh sebenarnya tak digalakkan pegang phone sbb takut phone jatuh. Kalau jatuh memang bye bye. Lagi pun masa sejuk beku, tangan kurang grip. tapi sebab view lawa, masuk terowong pun lawa..worth every penny bak kata oghe kkapo kerlo.

Ni info dia sikit

History

The Gyeongchun line was discontinued after the Gyeongchun Subway Line opened, and the old tracks were converted into the Gangchon Rail Park.

Location

The Gangchon Rail Park is located in Chuncheon, Gangwon-do.

Features

The park offers a unique and fun experience of pedaling a rail bike along the old train tracks while taking in the scenery of the Bukhangang River. The park has four tunnels with different themes, including a VR tunnel.

Lepas habis mengayuh, berhenti kat Station dia, view tepi sungai lawa. Sebelah kanan sungai, sebelah kiri bukit.. Ada air terjun yang dah beku. Sebab dah petang, refleksi gunung dan sungai versi musim sejuk sangat cantik.

frozen waterfall

Maas nak balik ke bas memang dia angkut ngan train jalan perlahan menikmati ciptaan Allah.

dalam train nak ke bas… next is Nami Island

Serius… kalau datang Korea, silalah ambik trip ke Gangcheon. Kalau takleh kayuh..suruh orang lain kayuh.

layan vview yangacam poscard

– الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَال

Alpaca World, South Korea

Part 4

19 Dec 2024

Hari kedua kat Seoul, dah ada aktiviti. Kami ke Alpaca World. Trip ni kami booking kat Klook. Harga masa beli kat Klook adalah MYR260.65/pax. Beli 2 bulan sebelum. Mungkin sekarang murah lagi memandangkan pertukaran matawang Korea Selatan menurun. Pakej kami Alpaca World-Gangchon Rail bikeNami Island.

So hari tu ber,ula dari pukul 5 pagi dah bangun, getting ready solat subuh, laundry dan siapkan bekal sandwich unutuk ke Alpaca World. Pick up time kat seberang jalan je, sekejap je, yang lambat nak siapkan budak-budak kecik nak pakaikan baju berlapis-lapis, nak kejutkan anak-anak yang dah tua ni sebab dorang sambung tidur balik. Padahal kan, dalam bas boleh tidur dalam sejam dua.

Sampai je kat pick up venue, terus naik bas dan teruskan perjalan, pick up orang lain lagi kat Myeong Dong dan Dangdaemun. lepas tu teruskan perjalanan ke Alpaca World. Layan ah view luar tingkap, pastu tidur, pastu layan view pastu baru sampai.Alpaca World ni terletak ni Gangwon-do,katanya daerah tersejuk.

Ni dia tengah bagi briefing. Pastu pakat panggil alpaca. berlari semua alaca dalam barisan. memang disiplin betul

Actually, kalau ada anak-anak memang disarankan ke Alpaca. MEmang sangat fun lah untuk dorang. Dorang boleh beramah mesra dengan Alpaca, bagi makan. Kalau budak 5 orang ni semua animal friendly, especially budak kecik dua ni.

member lama

Alpaca tu dorang buat macam kucing, Yang alpaca pulak macam attention seeker. asal datang je mintak belai. Mama nya risau takut kena ludah ke kena tendang ke..

semua excited, yang Rayyan tu tengah dok komplen, alpaca makan kat tangan dia melelh air liur. nak cuci glove..geli..

Sessi dengan alpaca kurang lebih dalam 30 minit, lepas tu kami pi tengak binatang lain pulak. ada burung helang,arnab,capybara,, guinea pig. macam-macam lah tu pun tak habis nak pi tengok. Malas nak panjat bukit.

Afriena melayan alpaca.. but me.. erhati je. I am not that friendly

friendly kan

lawat arnab

Dah habis masa melawat binatang.. turun bawah. Since tak jumpa tempat makan kami buka bekal. Makan sandwich telur dan sardin, pastu ada yogurt, susu dan air suam. semua bekal. makan kat luar tempat sejuk, sambil berjemur..memang lalu makan. habis licin lah Dah settle cukup ahli bas, baru naik bas bertolak ke Gangchon Rail bike.

Yang ni kita update lain ye.. part 5