BAlik dari Itaewon, dah kenyang kan semua.. maka balik tu tidur kor sampai petang. Masuk maghrib , solat. Semua macam tak nak makan, so dorang makan je apa yang ada. Ada yang makan roti,buah2 and noodle cup.
Lepas selesai makan, keluar kejap ngan Afriena and Ashraff, Keluar pergi Daiso and Olive young. Daiso depan airbnb je, hahahah senang sangat, Sapa nak pergi Seoul, duduk lah sini… dekat dengan Train, bus, Daiso, tempat makan, supermarket..Nak night stroll pun dekat. boleh layan street dance, buskers…
So kiterang pergi Daiso..look look see see… tiba-tiba balik bilik, barang dah banyak. Daiso yang best, murah lah..2-3 kali pergi Daiso, akhrnya banyak arang terbeli. skincare, mask, hair care..ahh macam-macam. terus tak masuk Olive Young. Kami sedar kami siap hahahaha…
Balik airbnb, lepak sekejap tepi tingkap..sekali budak-budak ni..eh eh I can see.. its snowing..
Masya Allah…its snowing…bdak dua tu..first time nampak snow..melompat-lompat nak turun..padahal masa tu dah pukul 9.30… Dah kena sarung baju, warmer jacket, turun bawah, mulanya..turun nak lepak depan je…mmmm dorang ajak sampai ke seberang jalan, sampai street market.
Dah sampai situ siap video call cousin doran glagi
Siap video call cousin dorang lagi sbb nak sampaikan khabar berita. Pastu dorang siap bersembang ngan local lagi.. so lepak layan satu dua lagu… lepas balik lah esok ada tempat nak lawat lagi
Kalau pergi Itaewon, memang senang lah cari tempat makan. Pastu masa kat sana, macam dok kat Mytown dah. Ramai je orang Malaysia. Sepanjang jalan banyak kedai runcit halal. Sempat lah kami membeli ayam mentah halal kat sana. ok .. Nama kedai untuk barang runcit halal, ialah foreign Food Mart.ingat tu nak cari lauk-lauk basah, pergi je ke Itaewon. ayam , ikan kambing, daging, barang keriing. Semua ada.Insya Allah. kot lah nak masak kan. Macam kami, kami masak sekali sehari.Nasi beli je nasi yang dah masak kat convenience store, pastu panaskan.
Kat Itaewon, ni kami pergi dua kali. hari jumaat sekali, hari selasa sekali. Kita cerita hari Jumaat lah. So kami makan kat Eid. Sementara tunggu nak makan kat Eid, Kami makan ayam goreng Yell-o Chicken dan Teokbokki dari Manis Kitchen.
Beli tteokbokki makan panas-panas , dalam tempat yang sejuk.
Finally dapat masuk Eid . Suasana dia macam kat KL. Korang cakap melayu je. Waiter and waitress pun cakap melayu je. Kita tengok apa kami order
Tteokbokki and riceball.
Banyak kami order. Jangan risau memang habis. Sejenis makan banyak. Kami sepakat mengatakan, Eid ni kira overrated. Rasa makanan kurang sangat,kalau datang lagi memang tak repeat lah. 2.5/5.0 star lah. Tapi alhamdulillah kenyang. sebab portion besar walaupun harga agak pricy.
Habis makan, kami gerak ke Foreign Food Mart, beli barang dapur, titbits dan roti. Selesai membeli kami ke bus stop. Balik Hongdae. Sejuk sangat masa tu.
Inilah muka budak yang excited naik bas. Excited nak tap T Money, nak duduk dalam bas macam orang besar. Lega sikit masuk dalam bas, ada heater, Kami pun balik dengan kekenyangan. Balik lepak homestay. Malam tu nak keluar lagi dengan anak-anak yang besar. Nak pi Daiso and Olive Yoing. Daiso kami depan homestay je. Olive young pulak sederet je.
Dah menjadi kebiasaan kami, kalau travel mana-mana mesti nak pergi masjid. Jumpa komuniti islam kat sana. Solat Jumaat kat sana.
Part 7 dah… Hari Jumaat, kami ke Masjid Itaewon. dalam pukul 11 macam tu naik bus. i. Sebenarnya, naik bas kat Seoul ni senang sangat. nak nak kami yang tak pernah naik bas.. Sampai je Depan tangga yang tinggi tu..hahaha merangkaklah naik..pastu jalan lagi dan lagi. Tapi kami fun je lah
10 mint gak lah sampai masjid. Kiterang dah ambik wuduk kat homestay siap-siap, so dalam bas jaga je lah wuduk. sampai sana, ada yang sambut depan masjid, . Ramai jugak jemaah.
So kami solat jumaat hari tu, Khutbah dalam bahasa KOrea dan English.
Habis soalt, ada agihan roti untuk semua orang. Sedap jugak roti tu makan dengan kopi panas kat luar masjid sambil berbual dengan jemaah lain. Habis tu kami turun bawah cari tempat makan.