RSS
 

Archive for the ‘Review & Nice Places’ Category

Pantai Remis


30 Jan 2012

You all pernah pergi Pantai Remis kat Kuala Selangor tak? Last Saturday kiterang pi sana. Dalam pukul 4 camtu, elok je sampai sana before asar. Actually kiterang nak pi makan seafood kat Jeram tu, but since sampai awal, so ke Pantai Remis dulu.  Masa sampai tu ingat tak nak turun, tapi tengok ..wow happeningnye…

Bukan happening apa pun happening tengok orang menjual sayur-sayur kampung, ada ubi kayu, tapai, betik muda..macam-macam lagi la. Tapi yang menarik perhatian saya adalah seafood yang dorang jual. Ada mentarang, tiram, siput, anak dara laut (yang ni binatang pelik, asyik pancut je) , kerang  XL yang dok asyik tersengih je.

Mulalah kiterang anak beranak menjakun. Geram nak beli tapi kiterang tak bawak kotak ice. Memang telah saya sematkan dalam hati, Insya’ Allah kalau pergi lagi, nak bawak kotak beli Mentarang. Nampak tak mentarang tu kat gambar atas.. besar-besar geram. Takpe…nanti pergi lagi pujuk suami ku itu.

BUkan setakat binatang laut dorang jakun…dorang jugak jakun dengan layang-layang. Nak tak nak terpaksa beli layang-layang sorang satu. Harga dia RM5 satu. tersengih-sengih masing-masing dapat kites.

Ni brother kites tolong pasang tali. Sabar menanti. Siap bayar sendiri tapi pakai duit papala kan.

Tengok muka memasing..tersengih je….maklumlah..dapat main layang-layang tepi pantai..

Ramai gak orang main layang-layang kat sini.Masa ni air baru nak pasang. Oklah..tempat nak lepak, cuma kalau pantai ni dibersihkan sikit, batu-batu tu disusun elok, mungkin dia boleh jadi tempat rekreasi yang lebih menarik dan selamat.

Kiterang lepak sejam gak kat situ sebelum pusing balik ke Pantai Jeram untuk makan seafood plak.  Next time kite pi lagi ok anak-anak? Dorang happy lah dapat main layang-layang kat sini.

 

Tags:

Kat mana nak makan seafood yang sedap?


27 Jan 2012

Panjang nye tajuk dia…hehehe ni gara-gara dok mencari port nak makan seafood yang sedap masa cuti CNY hari tu. Banyak lah tempat dok google, Most of the tempat mesti ada yang kasi negative , ada yang kata tempat tak berapa bersih, meja kotor lah… eeuwww yang ni no no no, we are very fussy about this. Dah lah bebudak ni cerewet, meja kotor tak nak duduk. Pastu ada review tempat tu serve dia lambatlah… adddoiii yang ni memang tak syok, sebab kalau pi makan ngan bebudak memang takleh tunggu lama nanti budak boring. Ada gak yang cakap rasa kurang memuaskan, makan tak fresh… so last sekali we all decide tak payah pergi la…

We all selalu makan seafood , banyak gak try tempat- tempat yang berbeza cuma kali ni nak cari tempat yang tak pernah pi lagi… any recomendation?

For those yang dok cari tempat makan seafood yang sedap boleh try kat sini

Bagan Lalang

Selalu kalau nak makan seafood kiterang pergi HM Bagan Lalang tu je…. jauh gak tapi makanan dia ok. Ni masa ni pergi pmasa tak habis pantang 100 hari lagi so I makan ikan stim je. Pastu pergi lagi makan betul-betul..ikan bakar sedap, sotong tepung sedap

Yang ni kat Jeram plak…. sedap gak makan cuma serve lambat sikit. Tapi okay lah sebab bebudak boleh memain kat tepi pantai sambil menunggu. Ha yang ni nak pi kena booking dulu, takut takde tempat.

Kat Restoran Nakhoda kat Umbai pun sedap. tapikan jauh le nak pi. Tapi kalau buat reunion adik beraki ok gak kan.Black pepper crab dia is the best.You all boleh baca review kat sini.

Satu lagi tempat yang sedap, Seri Muara Alai kat Melaka.Restoran tepi sungai pastu choices of seafood banyak sangat. Nak baca review ada kat sini ye.

Tapi kalau ke belah Pantai timur lagi best sebab seafood dia murah sikit. Boleh tray kat Tanjung Lumpur. Kaw kaw punya sedap. Nara Seafood sedap, Phuket Seafood pun not bad and yang unik Ikan Bakai Petai. sedap tau n murah.

So you all ada tempat nak rekomen tak untuk Sawanila Family pi terjah? tapi jangan lah kome cakap kat Sabah nun…

 

 

Tags:

Dyson vacuum -my review


21 Dec 2011

Actually dah sebulan lebih beli vacuum ni sajalah nak share some info pasal vacuum yang paling best.Vacuum yang lama yang telah berusia dekat 8 tahun macam dah tak larat nak sedut. Dah lah tukang yang vacuum ni ada sikit malas nak pakai sebab dia berat. Yelah berat and buat sakit belakang. So maca biasalah…ngadu kat husband tapi bukan ngadu domba suruh beli baru, just mintak toling husband vaccum rumah . SO bila dia vacuum, dia pun complain … vacuum ni macam tak nak sedut je. hehehehe baru tau ye bang…So dia pun ajaklah pi Harvey Norman kat Ikano. Mana lagi tempat nak cari benda pelik.

Dyson vacuum cleaner DC26

Apa yang peliknya??? I dah kasi specification untuk vacuum baru..

  • Nak yang kecik  -sebab senang nak simpan , limited space kat rumah ni
  • ringan – senang nak bawak kehulu-hilir dan akan memberu semangat untuk rajin vacuum
  • tak bising – Rayyan tak suka bunyi vacuum, mesti dia nangis.
  • kuat sedut -ni penting tak nak lah yang jenis malu-malu
  •  senang nak cuci – harus sebab tak nak sikit-sikit abang tolong cuci boleh lagipun dia bagless
  • flexible -boleh sedut mana-mana tempat, lantai, karpet tebal, dinding, kipas, bawah katil..

So masa kat kedai tu..cakap nak macam tu macam ni, orang tu pun recommend amik dyson.Beli kat The Curve tapi kena amik kat Mont Kiara sebab habis stock. Lepas dapat je vacuum, esok tu ada orang tu rajin  vacuum rumah hehehe, Puas hatilah pakai vacuum ni sebab senang nak bersihkan dia, main tekan je. Tak berapa bising macam vacuum dulu . Rayyan pun suka vacuum ni , dia pun sibuk nak vacuum rumah sekali.Bila orang habis vacuum dia pun sibuk nak tekan button cabel.

 

Apam Balik Nusantara Kg Baru


02 Nov 2011

Assalamualaikum semua,

Tapi masa kat opis dok berborak pasal apam balik, pas tu borak punye borak terlepas tweet plak pasal Apam Balik Nusantara kat Kg Baru tu… Tetiba plak wife dok menyampuk suh beli la plak.. Sebenornye, saya pon nak gaks makan Apam Balik the Best In Nusantara nih… Kalau korang pi jejalan kat Kg Baru tu.. jangan lupa singgah beli Apam Balik Nusantara ni…. memang the best la…

Tengok tu…. Apam Balik Nusantara nih paling best… tidak macam apam balik yang dijual dikebanyakkan pasar malam yang cinonet aja.. nipis plak tu.. dah ler nak liat semacam sampai terpelanting gigi palsu kalu silap gigit…. tapi yang ni isinya tebal, tak kedekut barang, inti penuh dengan jagung dan kacang yang melimpah ruah.. rasernya.. cukop enak sekali terutama kalau makan panas-panas…

Ada kalangan sahabat saya yang tanya.. “Aper ker Special bebenor Apam Balik Nusantara nih???”  Saya jawab balik.. korang selalu makan apam balik inti kacang ngan jagung aja kan…. kalau korang nak cuba makan Apam Balik inti jagung, kacang, coklat, durian, dan keju atau kombinasi bahan-bahan tersebut contohnya kacang jagung, coklat kacang, kacang jagung atau yang paling special durian cheese, meh ler cuba Apam Balik Nusantara nih… Ada Berani????

Hah.. gambar kat atas nih adalah Apam Balik Durian…kalau nak special lagi…. Apam Balik Durian + Cheese…. peeerrrrggghhhhh baunya sebatu dah dapat hidu.. memang menusup kalbu betul… ramai orang cakap “eh… kene ke durian ngan apam balik, macam tak kena jer”. Tu la.. belum cuba belum tahu… kalau dah cuba gerenti nak lagi…

Tengok tu.. isi durian berketul-ketul lagi kat dalam apam tu.. memang sapa-sapa yang cuba apam balik durian nih… akan bisu dan terkedu  selama 10 saat ler.. memang syioook abis la.. Isi durian bila dah sebati ngan apam tu akan membangkitkan satu rasa yang sangat istimewa… kepada semua penggemar durian pasti akan suka dan kepada sesiapa yang bukan penggemar durian macam Yatie tu pon siap boleh request nak beli lagi….

Apa-apa pon… 5 bintang kepada Apam Balik Nusantara nih.. so kepada sesapa yang nak beli or nak mencuba.. bolehlah ke Kampung Baru… landmark dia senang … just susul masuk ikut Jalan Raja Muda Musa (Nasi Lemak Antarabangsa) dan terus sampai jumpa simpang 3 dan ikut kiri… dalam 20 meter drp simpang tu.. Apam Balik Nusantara terpacak kat situ. (jual atas motor roda 3)

View Larger Map

 

kita tengok SawaScore Apam Balik Kg Bharu ni…

 

 

Tags: ,

Al-Munawarah Chinese Restaurant


02 Aug 2011


Ni citer hari sabtu lepas ni, plan nak ke Shah Alam untuk pi gunting rambut. Tapi sebelum tu kenalah pastikan perut diisi dulu. Bebudak pun dah bising padahal breakfast makan banyak. So puaslah dok pikir nak makan apa. Susah-susah cari, suruh GPS je cari. tup tup keluar chinese muslim ceafood. a hah syok gak, so just follow the instruction sampailah kat belakng tuh. seksyen 11. Siap cakap seramnya rumah kat sini bebesar. kawasan orang kaya nih.
Sampai je, terus dorang kasi menu, aiik baru nak duduk. oklah. Kiterang amik nasi and Ashraff amik mee share dengan Afriena. Dorang suka lah kalau makan style cina ni. Anak cina betulkan.
Ni Kheirul punya, Jia Chong beef. Dia masak dengan halia. Rasa light-light gitu. Ada nasi and fish ball soup.


Pastu add in Ikan dory masak sweet sour


Mine, set Kam Heong beef. Pedas and terlebih rempah ni. tapi sedap. panas badan gua.


Bebudak? Kway tieu kung fu. Sedap tuh. Bayangkan sepinggan besar penuh sayur, lauk and budak 2 orang habis makan? Selain tu, kiterang order gak pau BBQ dua. air plak, masing-masing minum air barli kecuali Afriena air cincau. Mine is Barli panas sebab kena share dengan Rayyan. Banyak sikecik tu makan.
Harga makan kat sini murah gak makan cam ni. Dorang ada gak buat makan pakej. RM200 for 10 pax. Ok tak? ni boleh pi bukak puasa adik beradik ni. Next time nak pi makan lagi sebab hari tuh tak perasan ada itik gantung kat belakang. haiyya, lepas order baru nampak. Oh ya servis kat sini cepat.

OK. sesiapa yang nak pergi ke Restoran Al-Munawarah ni… ini alamatnya

Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

kalau nak senang pakai GPS kat bawah nih yer….

GPS Position : N3 5.047 E101 31.548


View Larger Map

Jom tengok berapa score dia….

 

Tags: ,