RSS
 

Archive for the ‘Makan Time’ Category

Makan Burger King


21 Jan 2013

Dah lama tak makan burger King…ada kat 3-4 tahun kot…ye ke..memang lama giler. Dulu masa kerja kat Singapore  tahun 1996, selalu gak makan. Maklumlah kat Malaysia takde lagi masa tu…so harusla. Kalau ke Burger King takde lain yang diorder, mesti Mushroom Swiss. Sebab ada mushroom dan sangat sedap.

190120131229

Fries makan panas-panas sedap la

So semalam lepas stock up nappy untuk Rayyan, terus kiterang ke Burger King.Lama giler tak makan. Sorang order satu set. Semua tamak kan? Swiss mushroon dia dah kecik, Ingat boleh share dengan Rayyan si budak demam ni rupanya dia makan 3/4 of the burger. banyak tu . So terpakasa papa dia pi beli untuk mama lagi. But kali ni I try Grill Chicken. OK  sedap gak . Ashraff and Afriena macam biasa cheese burger, tapi si Afriena makan sikit then dia kata nak bungkus makan kat rumah. So dia melayan makan fries panas-panas, Kheirul macam biasa dari dulu sampai sekarang Whooper je yang dia order.

190120131227

Afriena ..rambut dah panjang. Nak potong tak kasi. Dia kata nak simpan panjang

190120131228

Budak baru baik demam. Dapat MC lagi hari jumaat tapi still pi sekolah . Takpe bukan berpanas pun kat sekolah. Dok dalam building je.

190120131231

Favourite Kheirul – Whooper

190120131230

This is mine. Teringat masa pregnantkan Ashraff, nak makan Swiss Mushroom BK, pergilah Kheirul ke BK Bangsar tengah-tengah hujan dgn superbike dia. Balik kuyup . Tapi dia tak bebel sbb bini dia yang mengandung nak makan pun dah cukup baik.Masa tu asal masuk makanan je muntah. Yang paling kelakar tengok ayam dalam TV pun muntah. mengandung sulung you

Oklah makan Burger King sekali sekala…. kalau selalu tak best gak kan.

 
 

Tags:

Arrowhead Chips atau Kerepek Ngaku


07 Jan 2013

Tak lama lagi nak Chinese New Year..hah apa lagi banyak lah sangat arrowhead tu kat supermarket. KIterang apa lagi..sama ikut membeli. Satu family dok amik isi dalam plastik. Kali kedua beli ni , hari tu beli dah habis buat chips. Kali ni, I cakap kat Kheirul…

alamak malas la mama buat sengsorang..

Takpe…biar papa gorengkan..mama kopek isi dia

So, seperti yang dijanjikan sama-sama la kita mengerjakan kerepek tu. I kopekkan kerepek tu, and he slice them and fry them. lama gak menggoreng tu dalam 2 jam. Dapatlah dua botol. Tapi sekarang tinggal setengah botol. Tengah menggoreng pun bebudak ni dok punggah kat dapur buat menguyah. Puas hati la beli arrowhead ni and buat sendiri.

1

Amik gambar pakai ipad je..Sebab Kheirul goreng lama so dia macam expert. dia cakap kalau nak tahu chips tu dah garing and masak senang je, bila tengok bubble dah takde maksudnya dah garing la tu.

 

2

Nak goreng api takleh slow sangat nanti dia serap minyak dan takleh kuat sangat nanti dia hangus kat tepi. Nak buat kerepek pisang pun macam tu la jugak. teringat kecik-kecik dulu tolong mak buat kerepek pisang, masa dekat-dekat raya.

Arrowhead ni boleh jugak buat masak sup atau pun campurkan dalam masakan berdaging. I tak pernah try mungkin next time beli nak try la.

 

 

 
 

Tags:

BBQ Chicken Recipe


04 Jan 2013

DSC_5273

 

Ini adalah BBQ chicken yang I guna resepi dari buku resepi Ashraff. Dok kecoh dia, mama nanti try masak ni, masak tu . I want to help, I want to see.

Memang sedap resepi dia, 2 hari berturut -turut buat.  Disebabkan sedap , so let me share resepi dia with step by step ye. Dalam resepi dia guna lemon juice, tapi sebab lemon habis,jadinya I ganti dengan cuka apple. Cuka appe bagus tau untuk kurangkan kolestrol

2

1

sumber: The Quick And Easy Cook Book by Ros Denny and Caroline Waldegrave

 

Hussin Sup di Setapak


31 Dec 2012

Sup-1

Sabtu lepas  la ni.. lepas settle urusan dengan kawan, terus mencari tempat makan. Tak kira bebudak tak nak makan pun kiterang nak gak gi makan. Selalunya,Kheirul kalau ppi makan satu tempat contoh masa lunch then tempat tu sedap mesti lepas tu dia ajak bini dia pi makan.  So , sampai lah kami kat sini. Pukul 4 lebih… tempat masih full kena Q amik seat. Tapi sebab ada budak, tokey kedai bukak meja untuk kiterang. Nasib baik Rayyan tido senang le nak makan.
Sup-2

Order Sup Ayam untuk Ashraff. Sup ayam kampung. Papa dia cakap ni ubat untuk Ashraff. Nanti sunat cepat sembuh. Ashraff pun dengarla cakap..makan lah dia. Banyak isi..last I pun kena tolong habiskan. Ashraff sampai sekarang tak minum ais lagi, so makan kat sini dia order barli suam. Kuat betul dia. Kat rumah pun air suam je.Sedap gak sup ayam ni, rasa manis ayam ada lagi.
Sup-3

Sup tulang rusuk kambing untuk both of us. Sorang satu mangkuk no sharing. Cicah ngan roti. Sedap sup dia. Penuh dengan rempah dan rasa kambing perghh memang masuk sebati. Siap rasa lemak, masin, masam dan pedas. Kuah pekat, likat. Cuma kalau dia rebus kambing tu lama lagi baru lagi best. Hah… memang terasa kambing tu berlari-lari dalam mulut. Malam tu badan panas semacam , berapa kali kena pi mandi. Memang kena pi makan lagi. Kheirul cakap apa kelas kalau datang sini order daging lembu, kambing la baru kelas

Popiah-1

Yang ni popia.. must order as appetizer. Sedap. Sos dia sedap.manis dan pedas. Bila dah nak sampai rumah, baru terpikir… napa kita tak order for take away bang???  Nak makan sini lagi boleh tak suami ku sayang??

Oh ya jangan lupa order teh Madras sekali….:)

 

Restoran Hussin (Sup & Popia)

N0 9 Jalan Puah Jaya
Taman Setapak
Setapak, Kuala Lumpur

Belakang( ke tepi) Masjid Setapak

 

Tags:

Burger untuk Orang Pantang


17 Dec 2012

Habislah kena basuh kalau orang dengar orang berpantang pun makan burger…. Tak sampai hati tengok Ashraff makan nasi je hari-hari. Dah lah dia jenis tak berapa makan nasikan. So , I cakaplah kat Kheirul…bolehtak kalau kita kasi burger kat dia? Maka, kiterang pun buatlah analysis kat burger tu, apa yang tak boleh makan dalam burger tu. heheheh boleh je..janji burger tu buat sendiri. BErpantang ni sebenarnya mitos je kalau dalam medical term…tapi I senang..janji tak gatal, tak berminyak tak sejuk, boleh je makan.

So 2 hari gak lah dia makan burger.  1 biji setengah for dinner, 1/2 for breakfast (dia cakap nak simpan separuh untuk breakfast) dan tengah hari pun burger. I buat burger tu tak letak pun telur cuma lebihkan bread crumb and black pepper. Cheese boleh makan kan sebab susu, so Cheese burger for him with salad. Dia makan je salad sebab I cakap kena makan banyak sayur kalau nak cepat baik. Nampak tempat berjahit tu pun dah kering. Alhamdulillah.

161220121195

I know some people sangat strict pantang, ada yang cuma kasi makan nasi dengan ikan bakar je, no sayur and all. I tak boleh macam tu, makan kena ada variasi, so baru ada nutrisi untuk cepat sembuh luka.Buah pun dia makan.Tapi masing-masing punya pertimbanganla kan. I buat ikut logik je sambil amik tahu apa yang alegik semua tuh.

161220121197

Ok lah ni resepi cheese buger untuk orang berpantang

INGREDIENTS

  • 500g daging kisar
  • parsley dan oregano
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1/2 sudu ground mustard
  • lada hitam dan garam secukup rasa

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • bentukan bahan tadi menjadi leper seperti burger
  • Pastu simpan dalam freezer dalam 1 jam supaya bila bakar dia tak hancur.
  • Grill burger dgn sedikit minyak
  • Sedia untuk dihidang dengan roti burger, cheese dan salad
 

Tags: ,