Piknik & BBQ @Ulu Yam

Pada hari Ahad yang lepas, kami sekeluarga telah pergi berkelah di Sungai Tua, Ulu Yam. Perkelahan ini juga disertai oleh adik-adik saya. Perkelahan ini dirancang pada saat-saaat terakhir, mujurlah sempat kami membuat persediaan.  Saya dan KHeirul sempat membeli bahan masakan untuk BBQ. Menu BBQ kami ialah lamb shoulder, lamb chop, chicken wing dan sausages. KAmi keluar dari rumah kira-kira pukul 9  dan sampai di tempat yang dijanjikan pukul 10 pagi. Bila semua adik-adik sampai kami pun bertolak bersama-sama. Sesampai je di sana, anak-anak sungguh teruja. Maklumlah jarang jumpa sungai. Untuk pengetahuan, Ini adalah perkelahan pertama bagi Rayyan.

Sampai sahaja di sana, KHierul dan Ashraff mula memasang khemah, manakala adik-adik lelaki yang lain memasing khemah lagi satu. MEriah sungguh dengan hilaian ketawa anak-anak dan sepupu-sepupu mereka. Air sungai yang sejuk bukan penghalang untuk mereka bergembira. Sementara yang lelaki sibuk pasang khemah, yang perempuan sibuk memenuhkan meja dengan makanan. Ada nasi lemak, mihun goreng, nasi goreng, roti, selain BBQ dan ada juga nugget.

3fd41889-c707-4b66-b65d-56436a6106d9

Selesai memasang khemah, adik lelaki, Fahmin menghidupkan api untuk BBQ pula. Beruntung jadi kakak yang kecil semua adik-adik yang buat. hehehehe tappi takdelah saya duduk sahaja… saya mula menjadi chef BBQ. Sementara yang lain mandi , kita bakar dulu kambing dan ayam. Nanti bila yang sedang mandi kesejukan naik ke atas boleh makan. 17b001b3-8b4f-46e5-8caa-7802dd49e9a9

Chef of the day…. bila dah kesejukan, tempat yang paling selesa adalah di tepi BBQ pit.  menumpang haba sambil masak.
2eb093a2-cd08-4126-848f-cfba5622a969

Seronok rupanya bila memasak di tepi sungai. TEringat zaman kecil. Kami adik beradik selalu pergi ke sungai dan memasak. Selalunya kami bakar ikan yang ditangkap, masak mee segera dan juga membakar ayam. Itulah perkelahan kami adik-beradik semasa kecil. MEnghiburkan diri kami sendiri kerana tidak mampu untuk bercuti seperti orang lain.

72a3be95-938a-4c31-b533-2c886c333c1f

Dalam 10 orang adik beradik, kami bertiga je perempuan. Saya yang sulung, yang depan tu cikgu kaunseling adalh yang kedua, dan sidah yang keepat masih belum berpunya lagi tau.

2438f8c9-b6d9-460b-b47c-db8f6f8a01e8

Mandur sedang memerhatikan anak buahnya menjalankan tugas…

6113a860-a012-4440-8873-d54a9c94c766

Selepas tugas BBQ diambil alih oleh lelaki-lelaki, kami pula berkubang didalam air. Sejuk hingga ke tulang.95b9b29e-637d-45d2-8ac6-9217cf8ff9c3

Anak -anak cakap, mama ni nakal… suka kacau papa. hehehehe… Itulah saya. Sebelum mandi kacau suami masak dulu.6146be0b-060c-4e98-97d2-0fa2d2b55c8c

Tengoklah anak-anak.. mana tahu erti takut kalau dalam air. Tempat tu dalam sebenarnya. Kalau kami yang tua berdiri, memang tak pijak lantai. Semua ni berani. Sedang asyik mandi, tiba-tiba kelihatan seeekor ular air sedang menumpang laluan. Nasib baik saya di atas. Hahaha kalau tak mau mendengar pekikan… Anak-anak nampak ular, cuma cakap ada ular… bila ular sudah ke hilir sambung berseronok..

a199df2b-e961-417c-98f5-15bdb8bfea6b

Semua seronok kan… Inilah masa-masa yang seronok. Bersama meluangkan masa bersama adik beradik  dan sepupu.

69667f78-81ed-44ba-bfe6-71db64fc0cfc

Adik ipar yang memberi idea untuk berkelah.  Mesra orang nya, senang bertegur sapa dengan orang. Orang bisnes agaknya memang macam ni  kan?
d16832fa-e88b-4d57-accb-c3ee944f137c

Belum habis lagi bergambar. Walau dah berapa kali dipanggil suruh naik makan.

6e61aa68-8f03-4ba3-ab4b-938a05fe5d13

Layan je lah asal hati gembira.

acc88f72-ca49-43c3-958d-be35b64f99e9

Bagus tempat ni. Ada disediakan BBQ pit, pondok dan tong sampah, cuma mentaliti pelawat disini yang suka membuang sampah merata, walaupun disediakan tong sampah. Berbeza dengan negara luar, mereka menjaga kawasan reakrasi dengan baik. Lepas makan, sampah dibungkus elok bagi mengelakkan pelawat yang tidak diundang seperti tikus. Bila ada tikus, adalah kencing tikus, adalah ular yang datang. Kami naik ke atas lebih kuarang pukul 2, solat dalam khemah , lepas terus hujan. Jadi bersiap-siaplah kami mengemas dan pulang ke rumah. Sekarang anak-anak meminta untuk berkhemah pula. Sekarang masing-masing sibuk mencari tempat untuk berkhemah.

Anda ada idea?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.