First time buat nasi dagang sendiri. I belajar dengan mak mertua. Masa dia datang hari tu dia ajar. Dia cakap suka ajar I masak sebab katanya, I ni suka mencuba. hehehe . Memang ke I suka belajar masak. Nasi dagang yang dia ajar ni , adalah versi tanak. Rasa dia sama je dengan yang kukus. Sebab kalau setakat nak makan kat rumah tanak lagi senang dari pada buang masa kukus. Lepas tu versi yang MIL ajar, tak pakai santan. Dia letak minyak sikit. So I try buat sendiri, emm rasa dia sedap, lagi sedap dari yang beli kat pasar malam #masukbakulangkatsendiri. Sebab yang kat pasar malam mesti ada berantah. MIL cakap dorang meniaga asal boleh je, bukan jenis masak hari-hari. MIL memang suka nasi dagang, kalau boleh hari-hari dia nak makan nasi dagang. Samalah dengan Rayyan, Sekali makan bertambah 3 senduk nasi dagang. Kang nanti balik kelantan nak beli lagi lah…senang nak masak rumah.
Cara masak nasi dagang versi tanak tanpa santan
INGREDIENT
- 2 cawan beras nasi dagang -cuci bersih dan rendam 2-3 jam
- 2 cawan air
- 1 sk garam
- 2 sk gula
- 4 ulas bawang merah – mayang halus
- 2 ulas bawang putih mayang halus
- 1 sk halba
- 1 1/2 inci halia -mayang halus
- 6 sudu minyak masak (tapi saya kurangkan separuh)
METHOD
- rendam beras bersama bahan yang telah dimayang, halba garam dan gula selama 30 minit
- Selepas 30 minit, campurkan minyak dan masak seperti biasa hingga kering
Nota: kalau guna lebih minyak, nasi nampak berkilat sikit
Kalau dah makan nasi dagang , mesti ada gulai ikan tongkol atau orang kelantang panggil, gulai ikan ayo. Resepi dia seperti berikut
INGREDIENT
- 3 keping ikan tongkol direbus dengan asam(3 keping) dan garam hingga masak
- 1 inci kunyit hidup *
- 1 inci halia*
- 1 inci lengkuas*
- 7 bawang merah*
- 3 biji bawang putih*
- 2 batang cili kering (nak pedas letaklah lebih)*
- 1 sk ketumbar *
- 1 sk jintan manis*
- 1 sudu besar serbuk kari ikan (saya guna rempah gulai kawah)*
- 1/2 kotak santan
- 2 sudu minyak masak
- garam dan gula melaka secukup rasa
- 2-3 biji cili padi
METHOD
- Kisar semua bahan bertanda *
- tumis dengan sedikit minyak hingga pecah minyak
- bila dah pecah minyak, masukkan air rebusan ikan, diikuti dengan ikan dan asam
- masak hingga mendidih, baru masukkan santan , rasakan garam dan gula
- renehkan hingga pecah minyak dan masukkan cili padi
- Sedia untuk dihidangkan
Nota: MIL tak tumis, dia masak dengan santan, tapi sebab saya nak kurangkan santan, saya tumis dengan minyak sikit. Untuk dapatkan tumisan yang pecah minyak dengan menggunakan minyak yang sedikit, api kena pelahan. Rasa kuah dia mesti sedikit masam dan sedikit manis. Kalau tak cukup masam boleh letak asam keping sbb biasanya ikan dan air rebusan dia dah masam.Selain tiu, resepi MIL ada serai tapi saya tak letak sbb serai habis :), tapi rupanya tanpa serai sedap juga rasa dia. Feeling nak bukak gerai nasi dagang dah ni . hahahaha
Mohon share yer Kak Yatie, dah lama teringin nak makan nasik dagang nie, maklumlah duduk di perantauan semua nak kena buat sendiri