Assalamualaikum,
Sebenarnya dah bertahun dengar cerita pasal Mee Udang Kuala Sepetang ni tetapi belum pernah pergi lagi sebelum ni. Alhamdulillah, masa kami dalam perjalanan balik ke KL dari Krabi, kami berkesempatan juga untuk singgah di Kuala Sepetang untuk mencuba kehebatan Mee Udang Kuala Sepetang yang famous tu.
Sepanjang jalan ke Kuala Sepetang tu memang banyak gerai-gerai dan restoran-restoran yang menjual mee udang tetapi kami tertarik dengan Restoran Mee Udang Mak Jah sebeb kami tengok happening sangat so kami singgah la kat situ dan lagi satu restoran ni bersebelahan dengan surau dan mempunyai parking space yang luas.
Suasana Restoran Mee Udang Mak Jah ni memang happening, kalau agak-agak saya lebih seratus orang boleh makan dengan selesa. Kami sekeluarga ambil tempat makan bersila dan apa yang cukup kami puas hati adalah layanan dari pembabtu restoran yang cukup pantas untuk ambil order.
Sungguh menakjubkan, tak sampai 5 minit minuman yang kami order sampai. Saya dan Ashraff minum tembikai laici manakala Yatie dan Afriena minum Carrot Susu. Air tembikai laici dia memang superb class… pekat likat manis memang 5 star punye…. carrot susu pon memang terbaik…. puas hati minum….
Meh kita tengok apa yang kami order tempoh hari…
Mee Goreng Udang Special – RM11
Mee Goreng Udang Special memang sedap sekali. Udangnya sememangnya super fresh. Mee goreng yang digoreng sempurna, cukop rasa padas, masin, manisnya cuma mee itu rasa berkapur sedikit. Mengikut kata Yatie, oleh kerana udangnya bersaiz besar, ia kurang masak sedikit. Kalaulah udang tu digoreng lebih lama sedikit lagi ngam dan kalau dipecahkan telur sebiji digoreng bersama, memang meletop punya. Secara keseluruhan dia memang sedap gaks la……
Mee Udang Special – RM11
Sekarang ni saya nak bagi ulasan pasal Mee Udang Special ni skit….
Udang Bersaiz Giant
PUJIAN dahulu……
- Udang Bersaiz Giant – memang betul-betul besar dan betul-betul super fresh. tengok sendiri lah gambar kat atas tu… udangnya lagi besar dari tepon saya…
- Udangnya banyak – memang betul orang cakap.. selak udang baru nampak mee
- Kuahnya sedap – saya hirup kuah sampai licin.. kuahnya light taste tapi cukop semua rasanya.. Ada masam-masam skit, manis-manis skit, pendek kata secukup rasalah.
KOMEN skit
- Ada udangnya yang terkurang masak – maybe saiz udang yang giant tu menjadi penyebabnya. Udang yang bersaiz lebih kecil sedikit memang PERFECT masak.. cuma yang saiz giant aja yang terkurang sedikit masaknya.. apa apa pon masih boleh dimakan dengan dibiarkan terendam dalam kuah panas tu…
- Muncung udang tu kalau dipotong sedikit dan dibuang utak udang tu lagi NGAM.. sebab otak udang tu mengganggu sedikit rasa kesedapan udang yang fresh tu.. tapi kan.. itu tak jadi masalah.. kalau tak suka kepala udang tu… letak tepi jer… heheheh
Udang Goreng Tepung Special – RM12
Ok.. Untuk Udang Goreng Tepung Special… apa yang boleh saya katakan kat sini.. memang SUPERB terbaik lah…. udang digoreng PERFECT…. tepung dia memang super sedap, rangup sekali dan uummmppphhhh!!!! Apa yang boleh saya katakan kat sini… INILAH UDANG GORENG TEPUNG SEJATI…
Secara keseluruhan memang sedap makan Mee Udang kat sini dan kami syorkan kepada semua untuk mencuba Mee Udang di Restoran Mak Jah ni… so kalau pergi ke Utara.. jangan lupa untuk singgah di Kuala Sepetang ya untuk pekener Mee Udang disana…….
Oh ya….. kepada yang nak pergi… ni dia panduanya
GPS : N4 50.316 E100 38.025
View Larger Map
Dan akhir sekali… inilah dia SawaScore dari kami
Argghhh menyesal masuk bikin gua lapar..hahahaha..terbaik kebabommmm
kakakakkakakkakakkakaka
mee banjir udang mak teh ada lagi ke eh ?
ada.. maybe kalu pi sana lagi nak pekener kat restoran Mak Teh plak.. nak compare raser
dulu pergi sebab keluar majalah 3 hehe :)
Jom EARTH HOUR sabtu ni…
http://www.earthhour.org
x pernah cuba me udang ni.harus try lenkali
yep kena try
sedapnya, terliur :( and i’m allergic lak tu.. sigh
kalau pergi jangan lupa bawak ubat hhehehee
Fuyooo..best nye… meleleh air liur tengok..
Nak pegi ke Kuala Sepetang, jauh sangat.. so Kak ta and Abg Azad pegi aje restoran mee udang Mak jah ni kat Wangsa maju punye cawangan. not bad gak! udang giant!