Inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli rombongan, tak kira mak ke, bapak ke, anak-anak ke semua excited nak naik boat terjun dalam laut. Kiterang serahkan pada geng konvoi untuk arrange dengan hotel pasal island hoping. Disebabkan kiterang ni ramai sangat so dapatlah satu boat untuk geng-ngeng giler-giler kiterang. Lepas breakfast kat hotel, dalam pukul 9 waktu tempatan, tuk-tuk pun datang. heheh merasa gak naik tuk-tuk macam lori tu.dapatlah naik 2 family.
Rayyan naik tuk-tuk pun menggelabah takut terus nak ehem ehem (nak susu lah apa lagi) . Kang kalau tak meraung. Ala naik tuk-tuk pun tak lama, dalam 10 minute je dah sampai. Sebab boat parking kat tempat lain bukan depan hotel sebab air surut.
Lepas tu, nampak boat semua senyum… oh ye before nak bertolak ni semua makesure pakai baju berenang sesiap kang karang rugi tak tukar baju. bebudak pakai T-shirt dulu nanti senang main bukak je.
ni masa mula-mula naik boat, semua nak duduk dgn mama sebab takut… pastu karang dorang duduk depan sekali. FYI, Ashraff n Afriena pernah naik boat nmasa dorang kecik dulu masa pi pulau kapas tapi rasanya dorang tak ingat kot and Rayyan first time, biasalah sikecik ni, kena angin je tidur. bagus..mama dan papa suka
Naik boat dalam 30-40 minit gak baru sampai.Masa nak sampai first pulau tukan…saja je bapak-bapak budak dok meggelabah ingat boat nak langgar pulau padahal pantai tu dok belakang pulau. Sampai je, semua dah dok excited nak terjun.
Ini la rupa tempat yang nak dituju. Air jernih giler. Tak payah cakaplah. boleh nampak ikan dok berenang. Tempat ni rasanya begitu menenangkan. Hilang stress.
Since Rayyan tidur, so I bawak bebudak main air sambil ajar macam mana nak pakai snorkel. Letih mengajar tak gak reti maybe snorkel tu bukan size dorang. next time kalau nak pi laut kena cari saiz dorang baru senang nak guna.
Dorang pakai pastu selam sikit sbb nak tengok ikan. I siap boleh tangakap ikan yang dah nyawa-nyawa ikan. Ikan merah lagi tau.
Tangkap 2 ekor kasi kat bebudak, pastu dorang kasi kucing (kucing pulau kot) makan. First pulau dorang benti untuk 40 minutes. Pastu naik bot lagi untuk ke pulau yang kedua. Yang ni pulau dia, kecik sangat . Tak lama kat sini dalam 20-30 minits sebab semua sepakat nak ke pulau seterusnya sebab yang ni pulau dia, banyak batu licin.
Air dia jernih boleh nampak ikan tapi bahaya untuk anak-anak. So next stop. Next stop, dia pergi macam lagoon je. Takde benda yang boleh digambarkan selain Subhanallah. Lawa sangat. semua senyap seketika. Mungkin semua sedang mengagumi.
Ni baru pintu masuk dia, kena masuk kedalam. tempat dia dikelilingi pulau batu kapur. cantik sangat. Air dia crystal clear.
Ni kat dalam dia. kalau dapat amik gambar dari atas memang lawa. Masa ni rasa macam nak terjun je tapi takde sapa pun nak terjun. kalau ada geng mau I terjun sekali. Ada few mat salleh dok snorkel… Air dia dalam ni tapi boleh je kalau sapa boleh berenang or just pakai life jacket. So lepak dalam 20-30 minit, tak turun pun sbb takde pantai sini, so kiterang ke next pulau plak.
Pulau last ni kiterang lepak lama dalam2 jam lebih. kat sini best sebab pantai dia sangat sesuai untuk mandi manda. Ombak dia kuat tapi kena mandi sebelah yang ada pulau kecik sebab ombak tak berapa kuat. Ikan-ikan banyak siap berenang kat celah-celah kaki. hehehe geli gitu sebab ikan-ikan berenang kat kaki, gigit manja.
Kat sini Rayyan dah tak ingat dunia dah, suka sangat dia dengan laut. Mula-mula tu tak nak pijak pasir , dia geli lepas tu…. berguling-guling dia . Dah berapa kali kena selam dalam air rileks je dia. Memang jenis tak minum air sambil menyelamlah. Kat pulau last ni, ada makan-makan lunch dorang buat buffet. Oklah Nasi lauk, sayur ,fruits and air.
Ashraff n Afriena enjoy sangat makan dalam laut hahaha. Lepas makan sambung mandi balik. Oh ya makanan buffet tu termasuk dalam pakej island hoping. Dorang Charge 13200 Baht untuk sebuah boat inc van to Ferry, life jacket, snorkel set, makan and boat. So kira-kira dalam 2200 Baht satu family. Ok tak? murahlah kan.
Lepas makan, mandi lagi…kali ni kat sebelah hujung, ombak dia tak kuat
Ni rupa budak mandi tak ingat dunia…sila jangan fokus ke tempat lain ye :P
Afriena tgh belajar berenang
Lawakan :)
Nampak tak air yang kaler jernih, pastu makin lama makin biru tuh? maknanya makin lama makin dalam, Yang ada papan tanda tu memang tak pijak pasir, tapi banyak ikan. Dah pergi test.Ikan berenang kat celah-celah kaki sambil gigit manja perut -perut orang. Jangan risau bukan pirahna
Dah lepak lama, semua tak nak balik, tapi kena balik gak sbb gila tak penat, nak kejar time solat lagi n off course sgt lapar. Orang pertama naik boat was Ashraff followed by Afriena, saja nak cop tempat depan sekali. Bila naik bot utk balik semua dah penat dah, siap ada yg tidur lg.Dalam 30 minit gitu baru sampai, bot berhenti depan hotel…jangan marah hotel lain hahah….turun bot lintas jalan sampai hotel pastu acara mandi beramai-ramai.
While menunggu orang lain siap, main ipad dulu, sebab lapar so main makan-makan secara maya dulu
hahaha mandikan semua bebudak sebab nak kena bilas baju-baju yang penuh pasir. Lepas tu , solat then terus keluar cari makan lagi. Laparrrrr
harap one day sampai krabi pulak..
memang cantik sgt viewnya .
yes kak cantik…
lenanya rayyan tido bawah pokok.. syiok betul!~
sunbathing bawah pokok…
Thanks for sharing! Lawa sungguh the islands. Note to self : Wajib pergi Krabi ! :)
yes…..kena pergi…
Lawa nye tempat tu, Yatie.. tak puas Kak Ta tengok gambar2 tu. Ni kat Krabi ke? Nanti Kak Ta dptkan details from Yatie, ya. teringin nak gi ni..
ok should go
yati bestnyer! rasa teringin nak bwk my kids pi sesuai kan?
kalau nak-anak suka pantai mmg sesuai. just find a family friendly hotel like Srisuksant