Kali ni nak citer skit pasal kat apa yang menarik kat Phuket.. Kami menginap di Patong Bay Garden Resort. Resort ni memang betul-betul di tepi pantai dan mengadap ke laut Andaman. Rasernye masa tsunami hari tu resort ni la yang pertama kena kot.
Kami pilih resort ni pasal dia dekat ngan pantai dan tak perlu jalan jauh untuk ke pantai. Bilik untuk Family Deluxe Room resort ni boleh dikatakan luas juga dan sangat menarik.
Hiasan dalaman biliknya agak simple tapi menarik dan saya suka dengan balkoni luar yang mengadap ke jalan besar dihadapan resort.
Korang perasan tak swimming pool ni… cukop famous masa tsunami tahun 2004 dulu… resort ni la yang tenggelam masa tsunami dulu…. sebelah hujung tu laut andaman…
Meh kita tengok kat tepi pantai plak.. melangkah je swimming pool tu.. terus ke tepi pantai… resort ni dah sediakan tempat untuk bersantai.. so memang dah ada tempat dan tak perlu berebut tempat ngan pengunjung pantai yang lain.. tu yang syok tu….
Oklah… meh jenguk kat luar resort plak… hah.. kat sini ler baru menarik.. hevoc giler ngan pengunjung dan segala aktiviti pantai ada tersedia.. cuma kita perlu sediakan duit aja…. kat patong nih semuanya kene duit beb.. nak duk atas kerusi tu pon kene duit….
Kat pinggir pantai patong ni terdapat banyak pondok-pondok yang menawarkan macam-macam perkhitmatan.. biasalah kan.. perkhidmatan urut ada… urut plak tu… ada macam2 urut plak.. ada urut kaki, urut badan, urut minyak, urut harba.. macam-macam la.. selain drp tu… sapa-sapa yang nak buat rambut pon ada.. alah yang ikat rambut cam tali guni tu…….
heheh.. kepada sesapa yang kaki motor yang nak sewa motor pon ada… dari sekecik-kecik motor sampai ler sebesor-besor motor diorang ada sewakan… kalu kapchai tu rasernye dalam RM15 sehari minyak tanggung sendiri aja.. yang motor besor cam Yamaha R1 tu dalam RM250 sehari….
Ok.. lupakan jap pasal aktiviti pantai… ni kitaorang pi round satu patong hari tu untuk mencari kedai makan halal… huh adalah dalam 3 km kitaorang sekeluarga berjalan kot.. sampai bebudak cakap papa dia notti pasal dah penat jalan…
Ok.. Ni nak citer skit pasal halal food in Phuket ni… Kat Phuket ni sebenornye separuh drp penduduk dia beragama Islam, banyak terdapat masjid-masjid di phuket ni cuma kat pantai Patong tu aja yang susah skit nak cari makanan halal. Ada gaks restoran Arab kat sini yang claim halal tapi saya tengok ada gaks restoran arab ni yang served arak.. so kami reject…..
Tempat makan halal yang paling famous kat Pantai Patong ni untuk masyarakat Malaysia adalah Kusuma Seafood. Terletak betul-betul sebelah Andaman Club… Kat sini toksah cakap English.. cakap Melayu jer.. dari tokey sampai ke tukang masak diorang fasih cakap melayu…
Tengok tu… Segala ikan segar tersedia….ikan pari ada, ikan merah ada.. ikan sebelah ada.. ikan siakap ada… ikan yu bodo pon ada… yang paling best.. segala jenis udang ada…. udang kara (lobster) pon ada… harga ikut berat..
Kat Kusuma Seafood ni apa yang membezakan dengan tempat lain adalah Jus Tembikai dia… PEKAT, LIKAT, memang 100% buah… yang putih tu plak.. minuman kegemaran Yatie… KELAPA BLENDED… huh…. nikmatnye dapat menyejukkan orang yang tengah marah la..
Meh kita tengok apa yang kami order hari tu…
tidak dilupakan.. telur dadar….
Sotong goreng tepung….. Memang sedap sekali bila dicicah ngan sos thai
Udang Double XL goreng cili.. huh besornye sebesar telapak tangan sekor…… sedappppppppp tak terhingga ni.. kami amik 2 ekor aja.. harga yang ni baru RM15 (RM6/100g)
Daging masak merah.. mula-mula kami tengok nampak cam keras dan liat aja.. TAPI bila raser… huh.. lembut.. melt in the mouth la orang jerman cakap.. ni la daging masak merah yang paling sedap yang kami pernah raser setakat ni…
Dan yang akhir sekali, Tom Yam Kaw….. aduuiiihh… Sekali raser Tom Yam ni tak terkata… Pekat… likat…terasa semuanya… sedap sampai kuah dia boleh dihirup begitu saja… pas tu plak tak kedekut langsung… udang, ayam, daging, sotong, kepah.. semua ada kat dalam tu… Saya berani cakap la.. kalu korang try tomyam kat Kusuma ni.. gerenti segala tomyam kat KL ni dah raser tak sedap… kalu ikut scale…. tomyam yang paling sedap kat KL ni baru 1/10 jika dibandingkan dengan yang ni… Kitaorang syorkan kalu korang sampai kat Patong ni… jangan lupa try tomyam kaw nih… mesti try punye… die die die must try lah…… psssttt… sampai hari nih masih terasa kesedapan rasernye.. huh….. mabelessssssss
Oh ya… semua yang kami makan kat Kusuma Seafood tu berjumlah 800Baht.. RM80 jer.. kira berpatutan dan kami raser murah gaks la untuk tempat perlancungan macam Patong Beach tu….
Kepada yang ada GPS… ni dia
GPS Position : N7 53.980 E98 18.007
Tengok ni.. Sawascore kat Kusuma Seafood ni
Selesai makan aja.. kami malas nak jalan kaki balik ke hotel… kat depan restoran Kusuma Seafood tu, tut-tut memang dan beratur mencari penumpang… Mula-mula tanya brader tut-tut tu dlm English suh hantor ke Patong Bay Resort.. sekali brader tu balas cakap melayu slang KL laa… huyooo….tergamam kami.. biasanya diorang slang melayu pelat kelantan.. tapi kali ni memang 100% slang KL… so naik tut-tut le kami sekeluarga untuk balik ke hotel……….
Thank god u all exist dalam dunia ni. Bloq ni memang marbeles. Very informative. Kalah Thai’s tourism info. Kalau adq button like, nak like million time. Kitorang plan nak travel by car to phuket coming april. Any futher advice?
terima kasih…
by the way…. have a nice travel to phuket.. n jangan lupa makan tomyam kat kasuma restoran tu….
kalau ada pe pe yang nak tanya.. boleh terus email kat saya kheirul@sawanila.com
Hi slm…boleh bagi info pasal g phuket tak. I nk g on Jan 2013.
you boleh baca kat http://sawanila.com/v10/tag/kra-project/
dekat mana hotel yang murah?tp dkt dgn pntai.
Mostly hotel kat patong murah
Depends pada budget
Boleh check kat booking. Com
Nak Tanya hotel mana yang paling dekat or boleh jalan kaki pergi kusuma seafood, hotel yang you tanggal dekat?
dekat jugak kot…. sbb kiterang jalan kaki. cuma balik tu naik tuk tuk
sis berapa semalam harga hotel ni
Boleh survey kat booking.com