Budak-budak suka sangat dengan tempura. Jangan buang ekor dia, sbb bila goreng nampak cantik.
Ingredient
- Udang besar 20 ekor
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur kuning
- 2 sudu serbuk penaik
- 3/4 cawan air sejuk (ice water)
- secubit garam
Method
- buang kulit udang, belah belakang buang urat hitam dan rasakan dengan secubit garam dan lada sulah
- kacau tepung dengan serbuk penaik dan garam
- masukkan telur kuning kacau
- seterusnya masukkan air, kacau hingga sebati
- celup udang dalam tempura dan goreng hingga warna keemasan
- siap dihidangkan
Nota:
- tujuan letak secubit garam dan lada sulah adalah untuk “enhance”kan lagi rasa udang
- Guna ice water untuk lebih garing
- bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair, cara nak tau tempura ok, tengok belakang sudu . caranya kacau dengan sudu and bila tengok belakang sudu kita boleh buat garisan dengan tangan.
- boleh tampah oregano/prsli atau thyme dalam bancuhan untuk kelainan.