Raya kedua malam tu, pukul sepuluh kiterang dah gerak balik KL. Nak kena beraya kat KL plak. MIL beraya kat KL. Tolak pukul 10, Pukul11 Rayyan dah cakap nak tido. So tidokan dia kat seat belakang. Dia seat VIP, dok sorang belakang. Siap bawak bantal selimut 3 beradik ni kalau travel. Sambil tidokan dia, I pun tertido kat belakang. Best dok belakang. Tak sesejuk depan. Dah lah kat belakang tu macam ala-ala ada tilam tapi sebenarnya takde tilam pun. Pastu bila Kheirul panggil pi depan baru tersedar dari tido. Jeles lah tu.Ashraff dan Afriena pun dah tido. berselimut bagai. So I cuma baringkan seat, make sure seat belt pakai letak bantal and selimut. Pastu off TV. Dorang tengok citer Despicable Me yang entah ke berapa kali. Tu kira nasib baik Rayyan tak cakap nak tengok citer Rio tak pun Smurf. Yang dia minat scene, kucing kena baling la. Memang suka sangat siksa kucingkan.hehehe begitulah ragam anak-anak kalau road trip. Kenalah kita pandai sesuaikan. Make sure dorang tak bosan. Sbb bila bebudak bosan, memula masing-masing nak cari gaduh. Masa trip ke Phuket and Krabi macam tu lah kiterang buat. Kena berlatih ye anak-anak supaya senang nak roadtrip jejauh.
Anyway… selepas 6 jam dalam kereta, pukul 4 pagi dah sampai. Sampai je terus zzzzzz sampai 6.30 untuk Subuh then sambung balik sampailah I dengar bebudak bising kat luar tengah kira duit Raya. Yes including Rayyan sibuk dengan tabung angrybird. Pepagi tak tahu nak masak apa, so I kasi dorang makan kuih raya je hahahaha…. Penat masak bagai kat dapur belum habis lagi. So lepas bangun tidur, zuhur kiterang beraya ke rumah SIL. Ada sate. Selain sate ada kuih raya. My SIL memang rajin melayan bebudak …. suka lah dorang kan.. Lagi dorang suka bila dapat duit Raya. Banyak gak total duit Raya dorang, nanti nak kena pi Tabung Haji plak. macam biasalah every after Raya. Tak pun transfer online je.
Baru nak gerak. Semua nak dok tengah. habis belakang sapa mau duduk?
Tak paham kenapa senyum macam masa amik gambar.
Suruh Ashraff amik gambar… tak lawa lah Ashraff
Asyik jelah dengan phone. Perangai anak bongsu kot
Ni pun perangai anak bongsu gak kot…takleh dok diam
Begitulah cerita raya kami. Sampai Raya ketiga je…. sebab raya ke-4 dah ke IKEA bawak MIL. Dia nak cari pisau sbb dia berkenan dengan pisau yang I pakai kat dapur. ohh raya ni belum lagi pekena rendang. Insya’ Allah nak masak this weekend. Bila dah ada rendang kenalah ada nasi impit pastu kena buat kuah kacang untuk bebudak plak. Ke tak payah buat je sup ayam makan macam soto??? malaslah nak goreng kacang. Tanya bebudak lah dulu nak kuah kacang ke tak.
Selamat Hari Raya you all