Tag Archives: Pantai Remis

Main Layang – layang lagi

Last weekend, again pergi Pantai Remis sebab budak-budak nak pergi main layang-layang. So lepas habis kelas Tae kwon-do, balik mandi singgah A&W restoran makan tak segera untuk quick bite , solat kat situ then terus ke Pantai Remis. Sampai sana, beli kite untuk Afrieana dulu , sebab yang hari tu punya dah rosak.

Tengah setting layang- layang bebudak dengan penbuh kesabaran

Lepas beli test, test tak ok plak, pi tukar balik….baru ok. Start main layang-layang, while papa nya layang yang besar , I layan Rayyan yang dok komplen kaki dia kotor sebab ada pasir.hish susah betul budak bandar ni tau.Hari tu, hari panas tapi sebab angin kuat, so lepak je la.

Tinggi tak dia terbang

Punya kuat angin sampaikan kite Ashraff boleh terlepas, kena beli baru plak. Dekat sejam dak kat situ, tengah kemas-kemas nak balik layang-layang terlepas terus tersangkut kat pokok.

Ni bukan merajuk, ni tengah main pasir. Si Afriena ni takleh dibiarkan, makin lama, main dekat dengan air. Nanti makin lama duduk dalam air

Biarkan je la, malas dah nak beli baru. Nanti pergi beli lagi. Habis layang-layang kiterang pi makan kat Medan Ikan Bakar Jeram lagi sekali.. Repeat ketam yang sedap dan makan ikan terubuk bakar. sedap sangat

Pantai Remis

You all pernah pergi Pantai Remis kat Kuala Selangor tak? Last Saturday kiterang pi sana. Dalam pukul 4 camtu, elok je sampai sana before asar. Actually kiterang nak pi makan seafood kat Jeram tu, but since sampai awal, so ke Pantai Remis dulu.  Masa sampai tu ingat tak nak turun, tapi tengok ..wow happeningnye…

Bukan happening apa pun happening tengok orang menjual sayur-sayur kampung, ada ubi kayu, tapai, betik muda..macam-macam lagi la. Tapi yang menarik perhatian saya adalah seafood yang dorang jual. Ada mentarang, tiram, siput, anak dara laut (yang ni binatang pelik, asyik pancut je) , kerang  XL yang dok asyik tersengih je.

Mulalah kiterang anak beranak menjakun. Geram nak beli tapi kiterang tak bawak kotak ice. Memang telah saya sematkan dalam hati, Insya’ Allah kalau pergi lagi, nak bawak kotak beli Mentarang. Nampak tak mentarang tu kat gambar atas.. besar-besar geram. Takpe…nanti pergi lagi pujuk suami ku itu.

BUkan setakat binatang laut dorang jakun…dorang jugak jakun dengan layang-layang. Nak tak nak terpaksa beli layang-layang sorang satu. Harga dia RM5 satu. tersengih-sengih masing-masing dapat kites.

Ni brother kites tolong pasang tali. Sabar menanti. Siap bayar sendiri tapi pakai duit papala kan.

Tengok muka memasing..tersengih je….maklumlah..dapat main layang-layang tepi pantai..

Ramai gak orang main layang-layang kat sini.Masa ni air baru nak pasang. Oklah..tempat nak lepak, cuma kalau pantai ni dibersihkan sikit, batu-batu tu disusun elok, mungkin dia boleh jadi tempat rekreasi yang lebih menarik dan selamat.

Kiterang lepak sejam gak kat situ sebelum pusing balik ke Pantai Jeram untuk makan seafood plak.  Next time kite pi lagi ok anak-anak? Dorang happy lah dapat main layang-layang kat sini.