Tag Archives: My Atuk

Yang pergi takkan kembali

Masih lagi rasa penat. Balik kampung je pun,Balik pun sekejap sangat  ngan anak-anak. Hari Khamis lepas, hati terasa nak balik sangat-sangat bila dapat tau Atuk yang dipanggil Ayoh masuk hospital lagi. Dah banyak kali masuk hostpital..biasalah sakit tua. Masa CNY hari tu dia dah tenat sangat-sangat, macam dah nak pergi. Tapi kuasa Allah… esok dia kembali sihat. Ingatlagi dari pukul 11 malam sampi pukul 3 pagi dia macam dah nak habis nyawa. Alhamdulillah dia ok.

Tapi kali ni tak. Bila dia cakap nak balik rumah… bila dia cakp hari Khamis atau hari Jumaat dia nak pergi, so hati sangat gundah gulana. I just packed mana yang sempat.  Tumpang my sis punya kereta balik kampung.  Kira semua balik lah.. bertolak  pukul 5.30 pagi..4 kali berhenti pukul 12 sampai rasanya. Terus ke rumah Mak sedara sebelah rumah tolong-tolong sikit pastu balik lepak makan nasi, sambung pi cuci pinggan kat rumah Ayoh belakang rumah sbb Ayoh request suruh buat solat hajat dan baca Yassin kat rumah dia. Patutlah hati I tergerak nak cuci bilik mandi, so I did that with my cousin’s wife, rupanya dia nak  “balik mandi” kat rumah. Lepas siap semua, teman anak-anak main bawah pokok manggis, kutip buah manggis yang Uncles dorang panjat. Suka dorang. Lepas tu barulah ke hospital melawat. Ramai orang. Tengok Ayoh terbaring lesu, sedih hati… Mana tak sedih.. dulu masa kecik-kecik dia lah yang ajar I solat, ajak solat berjemaah, kalau tak nak solat mesti kena marah. hehehe budak-budak kan… Dia lah yang ajar bawak basikal sampai ada satu hari I jatuh dalam lubang, Bawak pergi sawah.. naik motor teman dia menyabit rumput…hahahaha sungguh lasak I dulu. Dia lah jugak yang bawak I buat IC masa darjah 6 dulu. Masakan memori ini akan dilupakan .

Teringat lagi masa I baru beli kereta kelisa kuning bawak balik raya , dia  ajak pergi rumah tok sedara (adik dia ) masa raya…Dahlah masa tu baru pandai bawak kereta… kuat jugak dia pegang holder kat seat tu masa amik corner..

Kat hospital masa semua cucu datang..sorang sorang dia panggil tanya, suruh berdiri kat sebelah. Happy nampak dia. Sempatlah anak-cucu baca yassin untuk dia.  Dah pukul 7 barulah kiterang balik, itupun Mak guard suruh keluar… Sempat I singgah kedai beli diapers untuk Ayoh sbb niat dihati nak pergi lawat lagi esok pagi. Rupanya pagi pukul 3.40 dia pergi untuk selamanya. PUkul 4 pagi lagi kiterang bangun. Buat apa yang patut tunggu jenazah balik. Menitik jugak air mata ni bila tengok dia pulang. Hati terdetik memikirkan hari kita plak macam mana….Sampai je…anak-cucu duduk keliling baca yassin. Lepas baca yassin , dengar azan solat subuh, pi solat subuh dulu. settlekan anak-anak makan..  lepas tu sambung balik teman ayah . Masing masing baca ayat suci alquran. Cicit-cicit pun datang mengaji. Anak-anak sepupu, Ashraff ,Afriena pun duduk baca yassin… Untung Ayoh. All went easy. Anak-anak, cucu-cucu, sedara-mara, orang kampung semuanya datang menguruskan ayah… Alhamdulillah…

You great person. Kalimah Allah “lailahaillallah” tak pernah lekang di bibir Ayoh

Solat jenazah pun berjalan lancar. I tak sempat nak join solat sbb ada budak laki, langgar masa ramai-ramai..batal wuduk sudah. Ashraff pun solat sama. Berapa kali dia cakap nak solat jenazah… Semoga ia akan jadi satu panduan untuk Ashraff.

Ayoh …. ramai orang cakap ayoh handsome masa  nak hantar ayoh “balik”

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Pukul 12 semua dah selesai. Terima kasih pada yang hadir melawat yang datang menolong. Kalau terkasar bahasa mohon maaf ..

للَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

He will be always in my doa..Insya ‘ Allah