BEginilah cara nak spend time… I am so boring kat rumah sebab asyik buat benda sama je. Masak, kemas, cuci baju bla bla bla… yes it is. So I make another hobby. Tanam sayur. At first my SIL kasi pokok pudina, so tanam pudina dulu. Then, I tanam kangkung. Ala tak beli benih pun, amik batang kangkung yang lepas siang then cucuk je dalam pasu. Pastu Tanam daun sup. Batang daun sup yang tak pakai tu, I cucuk je dalam tanah, hidup plak dia.
Pokok sup dan pokok bayam
Pastu macam best plak kan…try beli benih bayam…tabur naik plak bayam tuh. Alhamdulillah. Pastu try lagi, semai biji tomato, yang amik dalam fridge , amik 2-3 biji benih, naik jugak. bestnya… Mintak-mintak, tanaman saya ni tak jadi mangsa burung yang selalu bertenggek kat tepi tingkap la. I siram pokok 2 kali sehari and kasi baja tahi kambing 1 minggu sekali.
Yang kecil tu pokok tomato, kena cari pasu lagi sebab, satu pasu satu pokok, pokok kangkung and pokok pudina
Sedap mata memandang pokok-pokok ni…hijau je.